PEMUDA E.R
He might be cheerful
But he dangerousMATA burung gagak itu meliar mencari makanan. Berpaling ke kanan dan ke kiri jika terdapat cacing menari inang di atas jalan pejalan kaki itu. Saat berganti minit, usahanya berbalas kejayaan.
Burung gagak itu sudah meleleh air liur melihat cacing yang seakan - akan melambai ke arahnya. Kakinya melangkah terkedek - kedek bergerak ke arah cacing itu sebelum mematuknya.
"Wargh! Dah lambat!" Burung gagak itu membuka kepaknya menuju ke pokok. Pemandangannya teralih pada Alia yang sedang terburu - buru berlari.
Ini mesti burung gagak itu sedang maki Alia sekarang. Tidak guna punya perempuan. Terlepas rezeki aku!
Oh, ya! Alia sudah kembali bekerja setelah mereput sahaja sepanjang bercuti selama tiga hari. Kalau boleh mahu cuti lagi tetapi nanti semua pekerjanya mahu cuti juga kalau si bos cuti lama. Huhuhu, apalah nasib.
"Sudah lambat. Sudah lambat. Sudah lambat. Sudah lambat." Mulut Alia terkumat - kamit sambil berlari dengan penuh laju ke arah kedainya.
Dengan tudung senget malah dengan baju yang sedikit berkedut... Memang tiada harapan Alia mahu orang meminang dia. Sendu betul hidup kau, Alia.
Tubuh Alia berlanggar dengan seseorang apabila berlari ala Usain Bolt. Sampai terkeluar bunyi 'gedebuk'!
"Sorry wey. Saya lambat pergi kerja ni. Sorry sangat - sangat." Alia membetulkan hujung tudungnya yang penyek kerana berlaga dengan tubuh seseorang itu.
"Tak apa." Alia terkedu apabila suara yang seperti biasa didengar. Dia mendongak untuk melihat wajah si pemilik suara itu.
"Uzaiman?"
Uzaiman tarik senyuman pendek. Tangan kanannya membuat simbol 'peace'. Selesai membuat aksi comel itu, Uzaiman bertanya. "Awak selamat daripada kejadian gudang terbakar tu?"
Alia mengangguk. Mindanya teringat pada mangsa kebakaran tersebut. "Tetapi Afidah..."
"Erm." Uzaiman melarikan matanya, mungkin tidak mahu Alia menampakkan riak sedih melalui matanya.
"Tidak apalah. Mungkin Afidah sudah tenang di sana." Alia berkata apabila melihat Uzaiman bagaikan kehilangan kata - kata.
"Siao Fang kata awak tak ada waktu tu. Awak pergi mana?" Alia menduga Uzaiman walhal dia sudah tahu jawapannya dari mulut Siao Fang sendiri.
"Mak... Mak saya ada kat rumah. Sebab tu saya teman mak saya." Uzaiman menukar topik. "Hey, awak nak tak..."
Bunyi deringan telefon Alia menghentikan kata - kata Uzaiman.
"Sekejap ya." Alia mengangkat tangan, meminta Uzaiman menunggu sebentar. Dijawab panggilan itu sebelum menyapa pemanggil. "Hello?"
"Woi, bila nak datang?"
Alia menjauhkan telefon dari telinganya. Kuat betul bunyinya! Siapa ini? Alia melihat nama yang terpapar pada skrin telefonnya. Oh, Amanda. Patutlah... Suara dia sememangnya kuat sehingga boleh pecahkan gelas!
"Aku terlanggar oranglah. Maaflah." Alia merendahkan suaranya, tidak mahu Uzaiman mendengar perbualannya.
"Kau memang. Selalu langgar orang. Nasib kau tak terbang kalau tak dengan burung sekali engkau rempuh dia. Tak ingat ke kau kerja hari ini? Atau kau ambil cuti lagi?"
YOU ARE READING
Pemuda E.R
ActionPEMUDA E.R He might be cheerful But he is dangerous 🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️ Nur Alia Natasha? Siapakah dia? Ya, dia seorang anak bongsu daripada tiga orang adik beradik yang juga kehilangan ayahnya ketika usia masih muda. Kerja...