31

286 22 8
                                    

PEMUDA E.R
He is dangerous
Bu he will be a legendary

SEMALAM, Datin Seri Linda dijatuhkan hukuman sebat enam kali dan dipenjarakan sepuluh tahun kerana terlibat dengan melakukan peniruan senjata api dan memperdagangkan senjata tersebut di pasaran gelap bersama orang yang bersubahat dalam kejadian tersebut.

   Lelaki bernama Eriz akan menghadapi hukuman sampai mati kerana melepaskan tembakan menggunakan senjata tiruan. Sebenarnya peluru yang diisi dengan bahan kimia berbahaya yang menyebabkan lengan kanan serta bahu Izzkhair mengalami kelumpuhan.

   Eh, White Knight kena tangkap ke? Eh, tidak... White Knight sebenarnya bekerjasama dengan pihak polis dalam menangkap jenayah. Kiranya seperti Endanger Regulation ini kumpulan penjenayahlah. Malah, senjata api milik White Knight itu berdaftar.

   Sejak kematian suami Datin Seri Linda lima bulan yang lalu gara - gara perbuatan Ah Long, Datin Seri Linda dahagakan duit untuk membayar hutang Ah Long dengan bunga yang melampau - lampau! Jadi, dia memilih untuk masuk ke dunia jenayah demi membayar segala hutang suaminya.

   "Assamualaikum!"

   Alia yang sedang sibuk bermain game FreeFire bersorak apabila berjaya mengalahkan musuh. Entah dengar atau tidak orang memberi salam tersebut.

   "Wey, Alia. Kau tak dengar ke orang bagi salam itu? Sejak kebelakangan ini main FreeFire sahaja kerjanya." Amanda merungut dengan tabiat rakan serumahnya sejak kebelakangan ini. Halau dari rumah nanti baru tahu.

  "Ala, kau nanti kan nak tunang dengan Fitri. Dahlah main cinta - cintun dengan Fitri waktu aku kena culik." Alia menukar topik bagi mengelakkan Amanda terus membebel. "Ha, pergi buka pintu."

   "Eee, geram aku dengan kau ini." Amanda beralah, malas mahu berdebat dengan bekas Permaisuri Debat Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Damai. Nanti dia juga akan kalah nanti.

    Alia tidak membalas sebaliknya kembali menumpukan perhatian pada game.

   "Ada kepala bayi!" Serentak dengan itu, sebuah kepala anak patung hinggap pada ribanya.

   Alia apa lagi? Terus melompat dan menjerit nyaring dibuatnya. Dada Alia naik dan turun menahan rasa bengang membuak - buak dalam hati. Alia memandang Siao Fang yang sedaya - upaya menahan gelak.

   Nasiblah dia baik, kalau tidak pasti Siao Fang akan dia junamkan dalam tangki Indah Water.

   "Hai, Alia! You sihat?" Sapa Ummi lalu berlaga pipi dengan Alia.

   "Sihat je. Alhamdulillah." Ujar Alia sambil meletakkan tangan pada dada, ala - ala penceramah mengakhirkan usrahnya.

   "Memanglah. Dah aku yang masak. Tu nampak berisi lagi." Sampuk Amanda dengan niat mahu mengusik Alia.

   "Woi!" Alia berteriak memarahi Amanda yang berada di dapur. Terbongkar sudah rahsianya.

   "Patutlah gemuk." Alia mencari suara yang berkata tidak bertapis itu. Kelihatan Izzkhair di dalam skrin melambai tangannya.

   "Ingatkan seminggu pergi universiti ni bijak sikit. Saya pergi santau awak baru tahu." Ugut Alia.

   Oh, Izzkhair kini menjejakkan kaki ke luar negara untuk belajar di universiti! Tidak Alia sangka yang Izzkhair muda tiga tahun daripadanya! Patutlah perangai tidak matang.

   Izzkhair tersenyum, tidak terkesan dengan ugutan Alia. "Lah, bukan saya cakap. Saya tafsirkan bisikan Siao Fang tadi."

   Alia menjeling ke arah Siao Fang. Siao Fang berpeluh memandang ke kiri dan ke kanan. Lah, si Izzkhair ini dengar apa yang dia kata. Tidak guna betul.

Pemuda E.RWhere stories live. Discover now