PEMUDA E.R
He might be cheerful
But he is dangerousTERGESA - GESA Alia mengemas barang peribadi miliknya sampai naik hairan Amanda melihatnya. Mana pula budak ini mahu pergi?
Kalau kata panik mahu ambil SPM, si Alia ini sudah tamat persekolahan. Tetapi tidak mungkin dia ulang ambil SPM sebab tidak puas hati dengan result pula.
Fitri yang baru lepas menghantar makanan kepada pelanggan menegur Alia. "Hey Alia, mana awak nak pergi? Nampak macam nak cepat semacam sahaja."
"Ke engko nak pergi dating ini? Pergh, Alia sekarang bukan biasa - biasa, ha!" Syam bertanya berbaur usikan.
Alia merasakan wajahnya terasa hangat sangat. Bertemu Uzaiman? Kira dating, bukan? Eh, malu pula! Menggedik betul engkau ini, Alia.
"Mana ada datinglah!" Alia menepuk kuat belakang Syam sehingga hampir terjatuh lelaki itu.
Nasib Syam dapat mengimbangkan badannya untuk kembali berdiri dengan penuh bergaya. Steady, Syam. Nanti jatuh depan khalayak ramai, semua gadis tidak mahu terima pinangan engkau pula.
"Kau pukul macam lelaki siot!" Syam mengusap belakangnya. Alia ini jantina dua alamkah? Pukul pun tidak serupa perempuan.
"Kau nak pergi mana?" Soal Amanda. Mana tahu mahu pergi beli nasi ayam, boleh tolong kirimkan sebungkus.
"Nak pergi Cafe dekat KLCC tu." Raut wajah Alia berubah cemas melihat angka yang tentera pada skrin telefonnya. "Alamak, sudah lambat! Aku pergi dulu, en? Jaga kedai elok - elok!"
Bunyi loceng yang diletakkan di atas dedaun pintu menyapa gegendang telinga. Siao Fang hanya mengeluh panjang melihat kelibat Alia yang mula menjauhi dari Cafe Alinda.
"Sama macam yang lain."
***
Kepala Alia terjenguk - jenguk memandang ke dalam kedai. Mesej Uzaiman dilihat buat kali kedua. Eh, betullah kedai ini! Tetapi kenapa mewah semacam tempatnya?
Pekerja restoran yang lalu dihadapannya menyapa Alia dengan nada mengejek. "Cik, kami tak perlukan peminta sedekah di sini."
Alia menjengil ke arah pekerja wanita di hadapannya. Sekejap kecil dan sekejap besar dia tengok perempuan di hadapannya ini. Mentang - mentang dia hanya memakai selipar tandas, terus dicop sebagai peminta sedekah.
"Hello! " Alia merapat jari telunjuknya dengan ibu jari sebelum menarik ke tepi. "Saya ada banyak kerja lagi daripada melayan cik puan. Baik cik benarkan saya masuk."
Pekerja wanita itu tersenyum kambing, seolah menyindir. "Oh, ya? Date dengan siapa? Kawan imaginasi?"
"She's my date."
Terus panik pekerja wanita itu. Suaranya dilembutkan sebolehnya di hadapan pelanggan berprestij tinggi seperti Uzaiman ini. "Oh, Tuan Uzaiman. Saya gurau sahaja dengan Cik Alia ini."
Alia merenung pekerja wanita itu, menyampah. Memang... Memang kita bergurau - senda pun sebentar tadi.
"Jom, Alia. Kita masuk."Uzaiman melukiskan senyuman manis pada wajahnya. Hati Alia yang sedikit cair itu hanya mengikuti sahaja langkah Uzaiman.
"Kenapa awak bawa saya ke kedai macam ini?" Alia terus bertanya sebaik sahaja duduk di tempatnya. Sungguh dia rasa tidak selesa dikelilingi orang - orang berpangkat besar ini! Kalau orang belanja makanan sini, baru rasa selesa.

ANDA SEDANG MEMBACA
Pemuda E.R
ActionPEMUDA E.R He might be cheerful But he is dangerous 🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️ Nur Alia Natasha? Siapakah dia? Ya, dia seorang anak bongsu daripada tiga orang adik beradik yang juga kehilangan ayahnya ketika usia masih muda. Kerja...