PEMUDA E.R
He might be cheerful
But he is dangerous"ERGH..." Alia terbangun dari 'tidur' yang lena. Pandangan yang gelap bertukar menjadi dinding sebuah bilik.
Kelangkangnya yang terasa basah dengan cecair merah cukup menghancurkan hati Alia. Titisan air mata bercucuran jatuh. Aku dah hilang sesuatu yang berhargakah?
Bunyi pintu terbuka menghentikan tangisan Alia. Alia menarik selimut yang kebetulan ada di sebelah untuk melindungi tubuhnya. Berdegup rasa hatinya sehingga boleh terdengar bunyi 'dup dap dup dap'!
"Eh, you dah bangun?" Terpapar wajah seorang perempuan bertudung menyapanya. Terburu - buru dia berjalan menuju ke arah Alia. "Eh, kenapa you menangis?"
Air mata Alia yang masih bersisa segera Alia seka. Bergetar - getar suaranya bertanya. "A... Aw... Awak... Si... Si... Siap... Pa?"
"Panggil I, Ummi." Ummi terkekek ketawa melihat wajah Alia yang kelihatan keliru. "Nama I Ummi Saffiyah."
"I minta maaf sangat. Terjatuhkan air sirap pula dekat atas seluar you. Cuai betullah I ini." Ummi tersenyum menjelirkan lidah di tepi bibir. "Sebab tulah I pergi bilik I. Nak ambil seluar baru untuk you."
"Oh..." Dalam masa yang sama, Alia menarik nafas lega. Siot betul. Dia ingat maruah dia sudah tergadai tadi. Rupanya air sirap. Dasar...
"Awak ke yang jumpa..." Kata - kata Alia mati apabila seorang lelaki meluru masuk ke dalam bilik mereka dan menerpa Ummi.
"Awak!" Seorang lelaki berbadan sasa membelek tubuh Ummi. "Awak okay? Ish, awak dahlah mengandung! Terkejut saya tengok awak tak ada dalam bilik!"
Alia yang melihat drama pukul 10 pagi tersebut membuat spekulasi sendiri. Ini mesti pasangan suami isteri.
"Ish, you ni. Baby dan I datang jenguk Alia. Lepastu I tertumpah air sirap. Oh!" Ummi menghulurkan seluar kepada Alia. "Nah, Alia."
"Terima kasih. Oh, ya. Awak..." Sekali lagi kata Alia terpotong dengan perkenalan suami Ummi.
"Nama saya Jack. Suami Ummi. Ummi ni degil tau. Mengandung masih lagi nak buat kerja." Jack sempat lagi mengutuk isterinya di hujung ayat.
Ummi menghadiahkan penyepit ketam pada pinggang Jack. "Ish, nak buat kerja pun tak boleh! Baru 2 minggu kot!"
"Bukan tak boleh. Tapi..."
Ketika itu, Alia pasrah sahaja melihat sinetron di hadapannya. Sudahlah seluar basah dengan air sirap. Bila mahu bercakap, selalu disampuk oleh seseorang. Macam ini rupanya Siao Fang rasa selama ini.
Eh, cakap berkenaan Siao Fang...
"Saya tak sedar berapa hari?" Alia melontarkan soalan sekaligus menghentikan drama Akasia di depannya.
"Baru 7 jam awak tak sedarkan diri." Jawab Jack sambil cuba mengelak cubitan ketam isterinya. Haih... Sejak mengandung ini, suka sangat menjadi ketam. Nasib sayang kalau tidak mesti sudah dihantar Ummi ke pantai, kembali kepada saudara ketamnya yang lain.
Alia tersentak kecil. Eh, baru tujuh jam? Ingatkan baru tiga hari atau sewaktu dengannya. "Siapa yang bawa saya? Awak ke, Jack?"
"Bukan saya tetapi Izzkhair." Jack memberitahu gerangan sebenar yang menyelamatkan Alia di Jalan Karak tersebut.
Alia mengerutkan dahi. "Izzkhair?"
Tiba - tiba kedengaran satu suara garau memberi salam dari luar rumah. "Assalamualaikum! Woi, apa fasal tak kunci ini? Nak kena rompak ke apa?"
"Oh, dia dah balik dah." Kata Jack bersahaja.
"Siapa?" Soal Alia.
"Izzkhairlah." Ujar Ummi. "Oh, ya Alia. Bangun sekejap. Saya nak tukar cadar."
"Oh, sorry." Alia bingkas bangun dari katil dan berdiri di sebelah Jack..
"Kami Jabatan Agama Islam mendapat laporan bahawa terdapat seorang gay di dalam bilik ini." Izzkhair melembutkan suaranya. Dua kali dengar macam orang perempuan sakit tekak pula.
"Lah tak sangka pula pondan jadi JAIS." Ummi yang sedang membawa sebungkus cadar itu mengusik Izzkhair yang tiba - tiba muncul di dalam bilik tersebut.
"Entah - entah dia yang gay. Cakap orang pula." Jack berkata seakan memulangkan paku buah keras pada Izzkhair.
Izzkhair berkata dengan loghat mamak. "Apa yini. Saiya tidak terlibat dalam LGBT."
Mata Izzkhair bertembung dengan mata Alia. Izzkhair yang perasan kewujudan Alia menegur Alia. "Lah, kau dah bangun. Kenapa kau baring kat Jalan Katak... Eh silap Jalan Karak semalam? Aku siap tergelak semalam tengok ada katak tengah melompat atas badan kau."
Terbuntang mata Alia. "Yakah? Tahi!"
Izzkhair tergelak kecil. "Tapi apa yang berlaku semalam?"
Alia yang ingin bercerita menjadi terdiam seketika. Patutkah aku cerita pada mereka? Kalau mereka bukan orang yang baik, bagaimana? Rasa teragak - agak terbit dalam diri.
Izzkhair menghembuskan nafas perlahan. "Kalau awak tak nak cerita tak apa."
"Oh... Erm..." Alia hanya mengangguk, tidak tahu berkata apa.
Ummi yang keluar tadi masuk ke dalam bilik itu dengan membawa sehelai tuala. "Nah, kalau you nak mandi, mandilah. Meh sini I bawa you pergi bilik air."
Alia perlahan - lahan mengambil tuala dari tangan Ummi. Alia menyoal, meminta kepastian. "Korang bertiga bukan orang jahat, kan?"
Ummi tersenyum. "Orang jahat? I? Ish, I yang cantik ni nak jadi orang jahat?"
"Wey, ada baldi tak? Nak muntah." Tutur Izzkhair sambil matanya meliar memandang sekeliling mencari baldi.
"Hmph!" Ummi memalingkan wajahnya ke arah Alia. "Dahlah Alia, tinggalkan dia orang ni. Menyampah pula I."
Alia redha sahaja tangannya ditarik oleh Ummi. Haih... Rumah orang, bukan? Kenalah jaga adab sebagai tetamu.
YOU ARE READING
Pemuda E.R
ActionPEMUDA E.R He might be cheerful But he is dangerous 🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️ Nur Alia Natasha? Siapakah dia? Ya, dia seorang anak bongsu daripada tiga orang adik beradik yang juga kehilangan ayahnya ketika usia masih muda. Kerja...