PEMUDA E.R
He might be cheerful
But he dangerousALIA melipat kain putih yang dijadikan alas untuk sembahyang Maghrib. Diletakkan kain yang siap dilipat itu di sebelahnya sebelum dicapai telefon di atas katilnya.
Dia mengeluh apabila skrin telefon itu gelap, menandakan kehabisan bateri. Ketika munculnya kumpulan yang menceroboh kedainya tadi, dia panik sehingga terlupa ingin mengambil beg tangannya. Nasib tidak lupa bawa telefon. Tetapi malangnya, telefon habis bateri pula!
"Hei Alia, tak nak keluar ke?" Tanya Arifah di sebalik pintu.
"Nak keluarlah ni!" Cepat - cepat Alia menyarungkan tudung sebelum keluar.
Reka bentuk gudang ini sangat unik. Ianya seperti bukanlah gudang buruk yang selalu dipamerkan dalam drama aksi. Tetapi sebuah gudang yang bertutup namun isi dalamnya sangat cantik! Terdapat tiga bilik yang tersedia di dalam gudang ini.
"Lambat keluar." Kata Uzaiman. Mukanya seperti penat menunggu ketiga - tiga perempuan itu.
Haih, kau tidak pernah teman orang beli - belahkah?
"Mestilah. Lelaki kan kena tunggu perempuan." Ujar Anita dalam nada berlagak. Siap dilibas tudungnya.
Uzaiman memandang Anita, tidak puas hati. "Ha? Siapa kata?"
"Akulah." Jawab Anita, selamba. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Afidah.
Alia mendekati Siao Fang yang sedang makan Pizza. Tiba - tiba rasa kekok pula dengan Siao Fang. Siapa suruh dia tiba - tiba perkenalkan diri sebagai Pemuda E.R? Sekarang sudah kekok. Haih... Inilah perempuan (seperti Alia). Selalu salahkan lelaki.
Sekejap... Jadi yang belai kepala dia... Si... Argh! Dia tidak mahu ingat!
"Siao Fang, mana member awak, Ridzwan?" Soal Alia dalam masa yang sama, dia cuba memulakan bicara.
"Kenapa? Rindu ke?" Soalan berbalas soalan. Pizza cheese itu disuakan ke dalam mulutnya. Ya Tuhan, sedapnya. Meleleh air liur aku yang sedang menulis.
"Taklah. Cuma pelik je." Alia mengusap lengannya. Apa fasal tiba - tiba jadi perempuan Melayu terakhir sahaja?
"Oh, Ridzwan tidur kat rumah dia. Aku kan tidur buas. Dia mana biasa tidur ramai - ramai." Jawab Uzaiman bagi pihak Siao Fang.
Alia mengukirkan senyuman pahit. Sibuklah Uzaiman ini. Nasib hensem. Dia mahu Siao Fang menjawab soalannya bukan Uzaiman.
Entahlah. Sejak jumpa diri sebenar Siao Fang ini, Siao Fang terus senyap seperti terkena penyakit bisu. Huhuhu, dia rasa seperti sudah kehilangan diri Siao Fang yang sebenar pula.
"Makanlah Pizza tu. Renung macam Pizza tu pernah bunuh keluarga awak sudah kenapa?" Tanya Siao Fang sekaligus menghentikan lamunan Alia yang berada di dunianya sendiri.
"Oh, untuk saya ke?" Melihat anggukan dari Siao Fang, Alia mencuci tangannya di dalam mangkuk yang kebetulan berada di hadapannya sebelum mulakan sesi mengunyah Pizza.
"Ha, apa kata kita main Truth or Dare?" Cadang Uzaiman dengan mulut yang penuh dengan makanan. Tidak sopan langsung! Kalau masuk meminang si penulis, pasti dia akan menolak serta - merta!
"Ha?" Riak muka Anita sudah berubah kelat. "Ah, sudahlah! Perut aku tiba - tiba memulas. Nak pergi kencing sekejap."
Pintu bilik Alia ditujunya . Selang beberapa saat, kedengaran suara Anita melaung kuat. "Pinjam tandas, Alia!"
YOU ARE READING
Pemuda E.R
ActionPEMUDA E.R He might be cheerful But he is dangerous 🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️ Nur Alia Natasha? Siapakah dia? Ya, dia seorang anak bongsu daripada tiga orang adik beradik yang juga kehilangan ayahnya ketika usia masih muda. Kerja...