27

166 21 5
                                    

PEMUDA E.R
He might be cheerful
But he is dangerous

"MEOW..."

   Tubuh Hitam diusap lembut. Alia menongkat dagu sambil matanya meliar melihat keadaan sekeliling.

    Dua pasangan suami isteri itu pergi bekerja manakala si Izzkhair itu pula beli barang dapur. Haih... Nasib baik terdapat zoo mini yang menghiburkan hatinya. Tetapi dia tidak melawat stesen cicak tokeklah. Takut terlepas, naya mahu main kejar - kejar.

   Persoalannya... Bila dia akan balik ke rumah dan jalani hidup seperti wanita biasa?

   "Tahi! Tahi nak keluar!" Tidak semena - mena Alia berteriak. Alia memegang perutnya yang terasa memulas sebelum keluar melalui pintu pagar setinggi 150 cm.

   "Meow!" Salah seekor kucing oren itu tidak melepaskan peluang, berlari keluar melalui pagar yang terbuka tersebut. Mungkin mahu intai kucing idaman di rumah sebelah.

   "Kucing derhaka!" Alia panik mengunci pintu pagar tersebut. Sudahlah tinja yang tersimpan di rektumnya mahu disingkir sekarang!

   Kucing - kucing yang berada di dalam pagar hanya memerhati Alia mengorak langkah dengan laju mengejar si kucing oren tersebut. Haih... Mencalarkan rekod kaum kucing berbulu oren sahaja.

   Alia memecut ke ruang tamu. Jejak si oren tidak kelihatan. Alia berdecit, cuba menarik perhatian 'banduan' terlepas itu. "Tct... Tct... Tct... Keluarlah, wey. Aku nak buang air ini. Petang nanti Jack lepaskan kau. Kalau nak usyar awek jiran sebelah petang nanti pun boleh."

   "Meow!" Kucing itu menggigit - gigit tikus mainan tersebut. Geram mungkin.

   Seperti dalam rancangan pemburuan haiwan, Alia menunduk cuba mengambil kucing itu namun kucing itu lebih laju tindakannya. Kucing itu berjalan dengan laju meninggalkan Alia di situ.

   "Hargh!" Alia meluahkan rasa geram pada siling rumah Jack. Dua kali dengar persis suara Tarzaniah (Tarzan versi perempuan) menjerit di dalam hutan.

   Tangga menuju ke tingkat 1 didaki. Boleh dilihat dari dari anak tangga kedua kucing itu memasuki bilik pasangan suami isteri. Tunggu kau wahai kucing oren. Berani kucing itu buat aku menangguhkan masa untuk buang air.

   Alia menolak pintu rapat ke dinding. Kucing itu sedang duduk di atas meja solek milik Ummi. Alia menutup pintu. Malas mahu sertai acara lari tidak berganti - ganti.

   Alia menerpa ke arah kucing tersebut. "Dapat pun!" Malang tidak berbau, kepala Alia berlaga dengan cermin. Cermin itu bernasib baik kerana kepala Alia tidak dikategorikan sebagai kepala batu.

   "Aduh..." Alia mengaduh sebelum duduk bersila atas lantai. Dijeling tajam si kucing oren yang sedap menjilat kakinya. Nasib dia masih ada sifat perikemanusiaan kalau tidak pasti kucing itu dihumban dari tingkat 20.

   Niat Alia yang ingin bermain kejar - mengejar dengan kucing tersebut terhenti tatkala terpandang sekeping surat diselitkan di tepi tingkap. Surat itu dipegang sebelum Alia menolak dedaun tingkap tersebut.

   Alia melabuhkan punggungnya di atas katil bersaiz Queen. Permukaan sampul surat itu dibelek. Adakah ini duit raya?

   Si kucing yang sejak dari tadi melarikan diri daripada Alia mula menghampiri Alia. Alia yang perasan keadaan itu mengerling si Oren. Oh, baru sekarang kau mahu dekat dengan aku?

   "Kepada... Jack." Alia membacakan tulisan yang ditulis atas permukaan sampul tersebut. "Daripada... Sia... Siao Fang?"

   "Eh, kau buat apa dekat sini?" Kelam - kabut Alia menolak surat itu masuk ke dalam bawah katil. Gerangan yang bersuara itu dipandang. Oh... Izzkhair rupanya.

   "Buchuk... Buchuk buat apa dekat sini?" Kucing itu mendekati Izzkhair. Izzkhair mendukung Buchuk.

   'Oh, nama kau Buchuk, ya? Kurang asam punya Buchuk! Berani kau main kejar - kejar dengan aku tadi?' Gumam Alia di dalam hati.

   "Tadi kucing tu terlepas. Saya pun mainlah kejar - kejar dengan dia." Ujar Alia sambil menuding jari ke arah Buchuk.

   "Oh... Patutlah makin kurus. Baru bersenam rupanya." Izzkhair tersenyum mengusik.

   "Eee..." Alia menunjukkan penumbuknya, bengang dengan Izzkhair.

   "Dah, dah. Aku nak ajak kau pergi markas WK. Ingatkan nak ajar kau guna senapang ataupun sniper." Mulut Alia ternganga gembira mendengar penerangan Izzkhair. Belajar sniper pula?

   "Wah, nak ikut!" Alia siap mengangkat tangan seperti budak darjah satu ingin menjawab soalan.

   "Ha, jomlah. Letak Buchuk dulu. Lepas tu kita pergi dekat Markas."

...

   "Tch..." Siao Fang mengaduh kesakitan apabila bahunya berlaga dengan seseorang. Pintu pejabat dihampiri sebelum memulas tombol pintunya.

   Ketika itu, terpapar senyuman sinis Datin Seri Linda pada wajah wanita itu. Bulu gebu milik Putih dicium lembut. Putih itu kucing kesayangannya. Walaupun mempunyai rupa paras yang menjadi igauan dalam kaum kucing, Putih juga bijak menyelinap masuk rumah orang dan mengambil barang berharga mereka.

   "Masuklah."

   Pintu itu ditutupi rapat agar tiada pekerja mencuri dengar perbualan rahsia antara mafia dengan pekerja mafianya.

   "Pasti kau datang ini ada benda penting, bukan?" Datin Seri Linda menongkat dagu, menantikan 'barang' yang ingin dipersembahkan Siao Fang.

   Siao Fang mengangguk, membenarkan kata - kata itu. Dalam hati, dia berkata. 'Maafkan aku, Jack dan WK'

   Telefon diseluk dari poketnya. Datin Seri Linda tersengih teruja melihat lokasi Alia berada sekarang. Markas White Knight...

   Ya, sebelum kemalangan terjadi, Siao Fang sempat meletakkan sebuah cip pengesan lokasi pada tudung Alia.

   "Persiapankan ER. Kita akan bunuh ketua WK dan Alia pagi ini juga!"

  

  

  

Pemuda E.RWhere stories live. Discover now