PEMUDA E.R
He will be a legendary
And here is the end of the storyLima bulan selepas itu...
KEPADA; Jack
Kalau kau baca ini maksudnya ini adalah kali terakhir aku terlibat dalam Misi : Pemuda E.R ini. Jangan risau, aku akan tetap berhubung dengan White Knight. Aku nak cuba hidup macam lelaki lain. HAHAHA!
"Hai, everyone. Sorry, I'm late... Again!" Izzkhair menepuk belakang badan rakannya, kuat sehingga terdengar bunyi 'pap'!
"Aww! Izzkhair!" Rakan Izzkhair membalas pukulan itu. Sesaat kemudian, berderai tawa mereka berdua.
"Oh... Boys. What are you guys waiting for? Hurry up!" Seorang wanita berdarah Perancis memarahi kedua rakan sekelasnya itu. Syok betul mereka berdua bersembang. Nasib tiada gajah terbang.
"Oh... Okay!"
Kadang - kadang hidup tak beri apa yang kita mahu. Hadiah sebenar dalam hidup kita adalah lalui hidup itu sendiri dan terus melangkah. Eh, bermadah pula!
Sudahlah, kita ikut seperti rancangan kita. Aku tahu si jahat ER yang sebenar itu akan ikut Alia. Kau suruh Alia pergi tangga. Dan aku akan pergi tentang pembelot itu.
Pemuda E.R will protect Alia with all cost.
Daripada; Siao Fang
"Surat apa yang you tengok tu?" Ummi menegur suaminya yang asyik membelek surat. Jangan kata surat daripada peminat perempuan! Nanti kita cemburu!
Jack tersenyum tipis, menggeleng perlahan. Surat yang dijumpai bawah katil itu dilipat masuk ke dalam poket seluarnya. "Surat dari Pemuda E.R."
"Tak sangka abang aku dah kahwin! Kahwin dengan PA sendiri pula tu! Ingatkan nak single sampai tua." Alia tersenyum besar sehingga menampakkan giginya.
Hafiz memandang adik bongsunya jelek. "Sayang... Tengok adik!"
"Siapa doh sayang dia. Menyampah kita." Suraya meletakkan bahu dan mata pandang atas diikuti Alia. Ini memang kakak dan adik ipar masuk air.
"Sayang..." Suara Hafiz seakan merajuk.
"Bongoklah kau sayang - sayang. Nak muntah aku." Kata Firdaus, kembang pula tekak mendengar panggilan manja pengantin baru itu.
"Amboi, pasangan suami isteri. Bermesra - mesra nampak! Dah, dah. Pengantin baru mari ikut ibu. Nak bersanding ini." Suara ibu mertua Hafiz memotong drama antara mereka berlima. Suraya memaut lengan suaminya. Pasangan merpati dua sejoli itu bergerak menuju ke tempat bersanding.
"Maaf lambat, Alia!" Ummi merapatkan sepuluh jarinya, rasa kecewa tidak datang lebih awal. Kalau tidak boleh tengok abang Alia melafazkan akad nikah tadi.
"Ala, tak apa. Awak tak payah tengok drama 'Hafiz dan Kak Suraya'. Meremang bulu tekak dengar." Alia mempamerkan riak kegelian. Masih terngiang - giang suara abangnya merajuk di mindanya. Eee, seram!
Nasib baik Amanda balik kampung dia. Kalau tidak pasti muntah bertong - tong gadis itu. Amanda itu sudahlah alergik dengan panggilan terlebih manja. Tetapi menonton drama Korea boleh pula."Ala, macam tulah suami isteri. Kan, sayang kan?" Jack memegang bahu Ummi, sengaja bermanja dengan isterinya.
"Sina Yaya in the house, yo!"
Siao Fang yang baru tiba di situ melindungkan sedikit mukanya. Adik siapakah ini? Tolong kutip...
"Hai akak Alia!" Sina Yaya mengangkat tangan. Alia dan Sina Yaya berlaga tangan. Memang periang betul dua orang ini.
"Eh, Fanna dan... Uzaiman?" Alia terkedu melihat situasi itu. Bukan kerana melihat Fanna bersama - sama dengan suaminya tetapi terkejut melihat Uzaiman membawa keempat - empat isterinya berserta seorang anak ke majlis abangnya! Memang mantaplah!
"Eh, nak tahu satu rahsia tak? Saya nanti dapat sepupu!" Siao Fang membisikkan khabar gembira pada Alia. Mata Alia bersinar teruja mendengarnya.
Alia meluru ke arah Fanna. "Fanna, dah berapa bulan?"
Malu - malu Fanna menjawab. "Baru satu bulan."
"Alia, erm..." Uzaiman mengusap lehernya. Suaranya diperlahankan supaya isteri - isterinya terdengar. "Saya minta maaf sebab bagi harapan palsu pada awak. Oh ya, saya sudah keluar dari pekerja Endanger Regulation sebelum 'peperangan' terjadi. Lagipun nak tumpukan anak dan isteri - isteri. Ada dua anak yang saya dapat tahun depan, Insya-Allah."
"Oh, tak apa, saya maafkan." Ujar Alia. Memaafkan lebih baik dari berdendam, bukan?
"Pengantin baru dah keluar!"
...
Beberapa jam majlis berlangsung dan majlis tersebut berakhir tepat pada pukul 3 petang. Beberapa orang tetamu sudah melangkah pulang ke rumah masing - masing.
"Eh, Siao Fang. Awak nak bantu basuh pinggan ke?" Soal Alia apabila Siao Fang sekeluarga masih berada di sini.
Muka Siao Fang berubah merah tiba - tiba. Siao Fang memalingkan wajahnya daripada Alia. Alia mengerutkan dahi sampai terkembang hidung sedikit. Kenapa dengan lelaki ini?
"Eh, Siao Fang tak balik lagi?" Puan Lina yang selesai menyusun kerusi menyapa mereka.
"Puan, saya, bagi pihak Siao Fang mahu meminang Alia sementara Puan berada di Kuala Lumpur ini." Kata - kata yang keluar dari mulut Fanna membuatkan Alia tidak terkata. Wah, pertama kali meminang tengah jalan raya!
Puan Lina yang terkedu mendengarnya tadi lama - kelamaan mengukirkan senyuman. "Alia terima ke tak? Tanyalah tuan punya badan."
"Jadi, Alia..." Siao Fang memandang tepat ke dalam anak mata Alia. "Awak... terima ke tak?"
Tergagap - gagap Alia menyusun bicara. "Saya... Saya... Saya..."
Siao Fang menghela nafas pasrah. "Kalau awak tak nak, tak apa."
"Saya terima pinangan ini."
𒊹︎︎︎𒊹︎︎︎𒊹︎︎︎
TAMAT
YOU ARE READING
Pemuda E.R
ActionPEMUDA E.R He might be cheerful But he is dangerous 🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️ Nur Alia Natasha? Siapakah dia? Ya, dia seorang anak bongsu daripada tiga orang adik beradik yang juga kehilangan ayahnya ketika usia masih muda. Kerja...