PEMUDA E.R
He might be cheerful
But he dangerous"HEI, kenapa awak tak jawab soalan saya lagi?" Soalan Alia dibiarkan sepi buat kesepuluh kalinya. Alia merengus keras. Eee, susah betul mahu bercakap dengan lelaki ini!
Pemuda E.R memberhentikan kereta dan mengeluh. "Tak jawab apa?"
"Yalah, kenapa awak tak beritahu saya yang awak Pemuda E.R, Siao Fang?" Siao tersenyum sekilas mendengar pertanyaan Alia.
Sinis lelaki itu berkata. "Penting ke?"
Alia menjengil Siao Fang, tidak puas hati. "Ish, perangai awak kan selalu ceria je. Asal tiba - tiba jadi serius ni?"
Siao Fang memulas kunci kereta, memberhentikan enjin. "Sebab ni perangai sebenar saya. Seorang yang serius."
Alia mengusap lengannya, tidak selesa dengan 'perangai baharu' rakannya ini. Selalunya Siao Fang yang dia kenal seorang yang agak periang walaupun serius sedikit. Selalu dipulaukan. Tetapi di hadapannya ini Siao Fang yang sangat serius!
"Bukalah pintu." Siao Fang melangkah keluar dari keretanya. "Kita dah sampai."
Gudang lama itu dipandang lama. Sudah seperti jalan cerita mafia. Alia menutup pintu kereta sebelum mengekori langkab Siao Fang.
Siao Fang menekan peti surat gudang itu.
Suara seorang lelaki kedengaran di pembesar suara memberikan arahan. "Sila berikan identiti."
"Siao, Pemuda E.R."
Keluar seorang lelaki dari sistem pembetungan di dalam gudang itu. Lelaki itu membuka pintu pagar untuk mereka berdua. Di tangan lelaki itu terdapat senapang gajah.
'Bapak mafia gila. Ini kalau ditembak ni, mati aku.' Sempat lagi Alia mengelamun sendiri.
"Hei, apa awak tercegat kat situ lagi tu? Masuklah." Alia terkedek - kedek mengikuti Siao Fang menghampiri pintu gudang.
Sudahlah dia masih samar - samar dengan keberadaan dirinya. Buatnya dia ditinggalkan, menangis tujuh hari tujuh malamlah jawabnya.
". Eh, dah balik Encik Siao kita ni." Kedengaran suara lelaki mesra menyapa.
"Tak payah nak berencik sangat.". Siao Fang membaling jaketnya ke arah rakannya.
Rakannya menyambut jaket itu. Jaket itu sempat lagi dihidu sebelum dilemparkan jauh ke tepi. "Pergh. Bau hapak! Berapa kali je kau basuh jaket kau ni?"
Alia masih tercengang di muka pintu, rasa janggal berada di sini.
"Selamat datang ke tempat tinggal sementara awak, Alia." Ujar Siao Fang sebelum merebahkan diri ke atas sofa. Dia menguap beberapa kali.
"Hai Alia." Seorang perempuan berambut kerinting menegurnya. Dia memperkenalkan dirinya. "Saya Afidah, yang pakai tudung tu Anita. Yang campak jaket Siao Fang tu Uzaiman. Dan hisap rokok tu Ridzwan."
Alia tersengih seketika. Ini seperti sesi perkenalan dalam kelas sahaja. Nasib tidak dinyatakan hobi ataupun cita - cita masing - masing.
Ridzwan mendengar namanya disebut menghembuskan asap rokoknya. Asap rokok berkepuk - kepuk naik ke atas. Berubah riak wajah Anita menghidu asap rokok tersebut. Segera Anita mengambil bantal menekup muka Ridzwan.
"Apahal kau ni?" Ridzwan mencampakkan bantal ke tepi, rimas ditekup begitu.
Alia mengusap tengkuknya. Teringat pula akan cerita Siao Fang yang dia bekerja untuk satu kumpulan. "Erm, korang semua satu kumpulan untuk satu agensi ke?"
Suasana gudang itu sunyi seperti tanah perkuburan sebelum terletus ketawa dari kelima - lima manusia itu.
Alia pula memandang mereka berlima dengan riak hairan. Aku tidak letak pula punchline kelakar dalam soalan aku tadi.
Ridzwan mendekati Alia dan tiba - tiba membelai kepalanya. Geram sungguh dia dengan wajah comel Alia! "Ya, sayang."
Alia menepis tangan Ridzwan, kasar. Tetap mahram walaupun berlapik! "Don't touch me."
Ridzwan menyedari tidak keselesaan Alia, mendepakan tangannya. "Okay, sorry little girl."
"Eh kau beringat sikit kat tunang kau. Tak payah little girl, sayang sangat." Anita mengingatkan Ridzwan tentang tunangnya yang belajar di luar negara.
Ridzwan tertawa kecil. "Ala, ini tunang. Lepas kahwin baru fokuslah."
Anita menjeling Ridzwan. Minta kaki sahajalah ayat itu. Tunggulah aku lapor pada Quena berkenaan hal ini.
"Kau nak makan apa, Alia? Mana tahu mengidam apa - apa ke?" Tanya Uzaiman mendekati Alia, persis seorang lelaki mendekati wanita yang disayanginya.
"Erm." Alia tersenyum, janggal. Malu pula mahu pesan - pesan makanan ini. "Boleh ke?"
"Ala, mestilah boleh." Alia tersengih mendengar jawapan Uzaiman. Dia memang sudah lapar tahap harimau bintang sekarang!
Dengan senang hati, Alia menyebut makanan yang dia mahu. "Saya nak pizza. Lepas itu saya nak..."
". Anita, Afidah. Kau boleh tunjukkan salah satu bilik dekat gudang ini untuk Alia." Siao Fang tegas berkata tanpa memandang Alia. Anita dan Afidah saling berpandangan sebelum kedua mereka mengangguk, perlahan.
"Jom Alia. Pergi bilik kau."Anita mempelawa Alia untuk menunjukkan Alia biliknya.
"Tapi... "
Siao Fang merenung Alia seakan memberitahu supaya terus sahaja masuk bilik yang disediakannya. "Awak pergi je. Nanti saya pesan makanan yang awak nak tu. "Perlahan - lahan Alia menurut langkah Anita setelah mendengar kata - kata Siao Fang.
" Siao Fang memang serius macam tu, ya?" Alia berbisik kepada Anita. Lagipun Siao Fang pun beberapa meter sahaja dari belakang. Kalau terdengar, memang habis dia kena marah.
"Dia memang macam tu, Alia." Afidah tersenyum nipis . "Tapi jangan risaulah. Dia berhati baik tau. Cuma kasar sikitlah."
"Habis tu kau nak dia lembut. Nanti tak fasal fasal haram jadinya." Anita ketawa kecil, namun diperlahan sikit suaranya. Naya jika dibaling periuk oleh Siao Fang. Kurang nilai hantaran nanti.
"Hahahaha, setuju."Alia tergelak besar tanpa disorok. Memang dia boleh bayangkan Siao Fang bercakap dengan suara intonasi wanita. Hahaha, tidak masuk akal betullah!
Afidah membuka pintu. Terpapar pemandangan dinding bercat merah jambu. Katil yang bercadar merah jambu tua sehinggakan almari pun berwarna merah jambu! Alia terpesona tidak terkata melihat bilik itu.
"Ewww, pink, " Anita tidak menyorokkan riak wajah jijik. Dia memang 'anti' dengan warna itu.
"Pink cantik apa. "Alia mempertahankan warna kegemarannya. Siap buka silat lagi.
Afidah tersenyum melihat kerenah wanita di hadapannya. Seperti sudah lama berkenalan! "Pemuda E.R yang sediakan semua ini semalam. "
Alia memandang Afidah, seakan tidak percaya. Dia menuding ke arah semua perabot di dalam bilik itu" Semua ini? Agak - agaklah... "
Gilalah!
"Ha'ah. Aku mula - mula ingat dia buang tabiat beli satu tong cat warna merah jambu. Semalam sempat juga lihat aku nampak dia berkarate cat bilik ini." Anita memberikan maklumat tambahan
Alia terkedu sendiri. Adakah dia sediakan semua ini untuk aku? Tetapi dia seperti tahu sahaja yang dia akan diserang. Ini sangat mengejutkan dan agak... Aneh.
YOU ARE READING
Pemuda E.R
ActionPEMUDA E.R He might be cheerful But he is dangerous 🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️🕶️ Nur Alia Natasha? Siapakah dia? Ya, dia seorang anak bongsu daripada tiga orang adik beradik yang juga kehilangan ayahnya ketika usia masih muda. Kerja...