9

887 58 2
                                    

Jimin berjalan di koridor dengan buku seni ditangannya. Berjalan dengan tatapan yang kosong kerana memikirkan apa yang dikatakan Taehyung didalam kelas tadi.

"Apa maksud dia yang aku ni milik orang?" Jimin menanya diri sendiri apabila otaknya bermain kata-kata Taehyung saat Jimin berdepan dengan lelaki yang bernama Ian.

Jimin yang sampai di loker dan membuka lacinya untuk menyimpan buku seni yang dipegangnya. Tak sengaja matanya menangkap seseorang yang dihujung koridor dengan beberapa orang lelaki lainnya.

"Jungkook? Sejak bila dia ada ramai kawan?" Jimin menanya diri sendiri lagi apabila melihat ramai lelaki berkeliling dengan Jungkook. Jimin mengangguk tiba-tiba apabila teringat kata-kata Taehyung yang Jungkook itu putra asrama ini.

"Jimim," nama Jimin dipanggil. Jimin menoleh ke belakangnya dan benar orang memanggilnya. Jimin memberi senyuman dan menutup semula lacinya.

"Suga. Kau kelas mana?" Tanya Jimin pada salah satu sahabatnya yang datang ke asrama ini. Suga bersandar diloker dan menutup matanya sebentar.

"Kelas 5B," sunyi menyelubungi mereka. Jimin menutup mulutnya menahan tawa.

"Pff. B? Bukan ke kau ni Min si genius? Mana Min Suga yang selalu dipanggil genius tu huh? Dah bodoh ke?" Jimin ketawa kecil dan mencucuk pipi putih Suga. Suga dengan wajah datarnya menjeling tajam.

"Aiya! Terjumpa pula dengan budak cantik ni," siapa lagi kalau bukan si pervert Jhope. Jhope yang merupakan kelas 5B sama seperti Suga dan juga merupakan rakan semejanya. Suga menghela nafas berat.

"Kau nak apa? Nak makan penumbuk?" Tanya Suga dengan menunjukkan genggaman tangannya. Lelaki lebih tinggi ketawa kecil dan akhirnya memegang genggaman Suga yang ditujukan padanya.

"Aku lebih rela makan bibir kau," Jhope dengan tangan menyentuh bibir merah Suga. Jimin yang mula rasa tak selesa dengan suasana disitu akhirnya meninggalkan sahabatnya dengan lelaki asing itu.

Baru hendak berjalan, Jimin dihalang oleh beberapa orang lelaki lain. Jimin mengambil beberapa langkah ke belakang.

"Tengok ni, ada budak barulah. Cantik juga kau ni," tangan lelaki yang bertatoo memegang pipi Jimin dan segera Jimin menepis tangannya. Suga yang dibelakang Jimin akhirnya berdiri disebelah sahabatnya.

"Sana lah. Aku nak keluar," dengan suara yang agak sombong Suga berkata dengan tangan memegang pergelangan Jimin. Lelaki yang menghalang memberi laluan besar untuk mereka. Dan segera mereka melangkah.

Bum!

Jimin terjatuh kerana kakinya tersungkur sesuatu. Dan nampak sangat lelaki itu mengenakan Jimin malah mereka mentertawakannya. Gelak mulai terdengar dengan jari telunjuk mereka menunjuk pada Jimin. Bisikan kecil pun terdengar disekitar mereka.

"Diam,"

Tiba-tiba senyap. Mereka semua diam. Tiada ketawa atau bisikan. Semuanya menunduk dan tangan disisi kelihatan hormat pada suara yang menyuruh mereka diam.

".. Jungkook.." Jimin agak terkejut melihat wajah Jungkook datar dengan tangan berlipat didada seperti puas apa yang dilihatnya. Jungkook mendekati Jimin yang masih dilantai. Dan Suga yang disebelah Jimin untuk membantu Jimin membatalkan niatnya kerana lelaki melihat lelaki yang pernah dia buli dahulu.

Bukan Jimin saja yang pernah membuli Jungkook malah rakan-rakannya kecuali Seokjin. Seokjin berhati baik dan tak mampu melihat budak remaja dibuli lagi-lagi yang muda.

"Suga? Kau makin pendek huh?" Jungkook melihat Suga dari atas sampai bawah. Melihat Suga yang pendek dan kulit putih pucat. Jungkook akhirnya menjauhi Jimin yang bangun dibantu Suga.

"JK, kau kenal dorang ke?" Suara Jhope terdengar. Jungkook menatap Jimin lama apabila melihat mata Jimin yang mulai berair. Jungkook diam dan tak menjawab soalan lelaki yang meletakkan tangannya dibahunya.

"Tanya dia," Jungkook berkata sebelum meninggal Jimin dan Suga. Beberapa orang lelaki yang mengganggu Jimin tadi juga ikut pergi bersama Jungkook. Jhope yang ditinggalkan mengangkat sebelah keningnya.

"Aku..tak pernah kenal dia," jawab Jimin. Suga disebelah ikut mengangguk dengan jawapan Jimin berikan. Sunyi kembali datang. Jimin menunduk wajahnya teringatkan kejadian tadi. Lelaki yang mengganggunya tadi adalah suruhan Jungkook? Itu yang difikirkannya sekarang.

"Chim! Suga, korang okay?" Suara lembut terdengar. Jimin mengangguk dan memberi senyuman lemah pada sahabat tertuanya. Suga juga ikut tersenyum kecil.

"Seokjin hyung, Jimin..err?" Taehyung menggaru kepalanya melihat lelaki putih pucat didepannya. Dia masih belum kenal. Suga yang melihat lelaki didepannya, tertawa kecil dan menjawab.

"Min Yoonggi. Kelas 5B, panggil je Suga. Suga hyung," Suga menghulurkan tangannya kedepan untuk bersalaman sebagai tanda mereka sudah berkawan. Taehyung tersenyum kotak dah menyambut tangan Suga.

"Emm, Suga hyung sakit ke?" Tanya Taehyung. Siapa tak pelik lihat warna kulit Suga yang putih pucat yang kelihatan seperti orang sakit.

"Yah, V

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Yah, V. Dia tak sakit okay, kalau dia sakit aku yang jaga." Jhope menyelitkan dirinya disebelah Suga dan memegang tangan Suga. Suga menjeling sebelum memukul bahh Jhope.

"Manalah aku tahu," Taehyung merangkul bahu Seokjin yang disebelahnya. Jimin yang terasa seperti keseorangan terus meninggalkan mereka yang diselimuti oleh bibit-bibit cinta itu.

"Jimin,"

"..J-Jungkook.." Jimin menunduk sedikit melihat lelaki yang paling dia bencikan ada didepannya sekarang. Jungkook yang melihat reaksi Jimin tersenyum sinis dan mendekatinya. Jimin yang terasa dirinya terancam, mengundur kebelakang dengan mata menatap mata tajam Jungkook.

Bersambung,

Siapa nak tahu? Besok author ada buat cerita Taejin yang baru😆 tunggu dan baca cerita tu nanti. Tajuknya, treat you better, tapi slow update. Author akan cuba yg terbaik buat cerita tu nanti.

Tq byk2 yg selalu baca cerita author 😘

Luv u ❣️

-yana-

{End}Bukan Budak Yang Sama <Jikook>Where stories live. Discover now