37

718 46 0
                                    


Di depan bilik tertulis ICU dan juga lampu berwarna merah yang sudah lama sejak 1 jam yang lalu tidak lagi bertukar kepada warna hijau.

Jimin, Nayeon, keluarga Park dan juga keluarga Jeon berasa resah dan berharap tidak terjadi apa-apa padanya. Jimin masih lagi tidak tahu apa-apa. Kenapa Jungkook seperti itu dan kenapa Jungkook perlu dimasukkan ke dalam ICU.

Flash back,

Jimin dan Nayeon dengan tergesa-gesa membawa Jungkook ke klinik terdekat untuk memeriksa Jungkook. Di dalam kereta Jimin menangis teruk dan berdoa supaya Jungkook tidak apa-apa. Namun Nayeon menunjukkan ekspresi yang lain. Dia lebih takut daripada sedih.

"Nayeon, kenapa kita ke hospital?" Tanya Jimin saat kereta telah sampai didepan hospital besar. Selama dia menangis dan menggenggam erat tangan Jungkook, dia sendiri tidak tahu bahawa mereka menuju ke hospital.

Tak lama itu, beberapa jururawat serta dua orang doktor datang kepada mereka dan dengan berhati-hati membawa Jungkook ke bilik ICU. Jimin keliru, kenapa mereka begitu risau padanya. Bukankah Jungkook hanya demam?

End of Flash back,

"Hiks, Kookie..maafkan eomma tak dapat jaga kamu sayang..hiks, eomma minta maaf sayang.." puan Jeon menangis teresak-esak. Suasana menjadi tegang. Tuan Jeon perlahan-lahan mengusap bahu isterinya dengan lembut dan mengelap airmata isterinya dengan ibu jarinya. Memikirkan bagaimanakah keadaan anaknya. Suasana benar-benar tegang. Detakkan jantung mereka juga tidak teratur. Kerisauannya hanya tertumpu pada lelaki yang sedang dirawat didalam.

"Eomma Jeon, Kookie sakit apa?" Tanya Jimin setelah lama mendiamkan diri. Puan Jeon menggeleng sama seperti tuan Jeon. Namun, Jimin merasakan ada kejanggalan. Jimin berdiri dengan mata yang bengkak.

"Eomma bagi tahu Chim! Sebab Chim, Kookie kat dalam. Hiks, kalau bukan sebab Chim..dia takkan pengsan macam itu. Jadi, please. Bagi tahu Chim!" Jimin berkeras. Puan Jeon tersenyum lembut dan menarik Jimin ke tempat lain untuk dibincangkan. Sepanjang perjalanan Jimin tidak berkata apa-apa.

Setelah mereka sampai ke dalam ruangan kosong, puan Jeon mendiamkan diri. Begitu juga dengan Jimin. Airmata puan Jeon tak dapat ditahan kerana memikirkan pengalaman anak lelakinya. Hanya boleh menangis dan berdoa.

"Eomma?" Panggil Jimin. Puan Jeon menoleh pada Jimin dan tersenyum sebolehnya walaupun disudut hatinya terasa berat hati.

"Chim, kamu ingat tak? Kamu pernah bawa dia ke hospital?" Tanya puan Jeon menatap Jimin penuh kasih sayang. Dan Jimin mengangguk mengingat kembali ketika dia membawa Jungkook ke hospital dengan cara menggendong di belakangnya.

"Masa itu, Jungkook sakit sayang. Doktor bagitahu, dia ada kanser..dia sakit Jimin.." puan Jeon berkata sembari airmatanya tak berhenti turun. Fikirannya bermainkan anaknya menangis dan tersenyum untuk menutup kesakitannya dahulu.

"Waktu itu kamu tak tahu sayang, hanya kami saja tahu.. Eomma bawa dia ke Seoul sebab nak dapatkan rawatan untuk dia. Dia dah buat yang terbaik, Chim..." Tambah puan Jeon. Tatapan Jimin jatuh. Matanya yang berair hanya menatap bawah tidak berani menatap puan Jeon yang menceritakan kisah sedih Jungkook selama itu.

"Hiks, dia dah buat yang terbaik..setiap kali dia menangis sebab berusaha tahan dengan sakitnya tu buat eomma bangga dengan dia..hiks, kamu tahu? Setiap kali Jungkook nak disuntik, dia panggil nama kamu. Dia kata, bila dia dah besar, dia nak kamu yang rawat dia," puan Jeon berhenti sebentar untuk menghapuskan airmatanya yang telah menjadi sungai di pupuk matanya. Begitu juga dengan Jimin yang mendiamkan diri sambil menangis. Suasana penuh dengan tangisan. Didalam lubuk hati Jimin, seolah-olah lagu sedih bermainkan bersama detak jantungnya.

{End}Bukan Budak Yang Sama <Jikook>Where stories live. Discover now