1

1.8K 71 1
                                    

"Kookie minta maaf Chim.." lelaki yang baru berumur 5 tahun meminta maaf pada seorang budak yang lebih tinggi dan tua darinya. Kanak-kanak lelaki yang merampas aiskrim miliknya melemparkan pada wajah comelnya.

"Mama aku yang belikan kau aiskrim tu! Kau tak ada hak nak dapat aiskrim yang sama," Park Jimin seorang kanak-kanak lelaki yang nakal berumur 7 tahun membuli kanak-kanak comel yang dijaga mamanya.

"Hiks, hueee! Chim marah Kookie!" Jungkook menangis apabila mendengar Chim berkata begitu. Jimin panik. Panik takut mamanya mendengar tangisan lelaki didepannya.

"Jangan menangis!" Jimin memarahi yang bernama Jeon Jungkook ataupun lebih dipanggil Kookie. Jungkook kecil bertambah menangis merasakan sejuk diwajahnya.

"Kookie? Chim?" Sebaik sahaja mendengar suara puan Park, Jimin membelai rambut Jungkook yang menangis dan membantunya mengelap sisa aiskrim dipipinya.

"Mama..Kookie tak sengaja terjatuhkan aiskrim nya kat muka dia. Mama jangan marah Kookie tau," Jimin bangun menunduk pada mamanya bagi pihak Jungkook hanya kerana tidak mahu mamanya memarahinya. Puan Park tersenyum manis dan berjalan kearah budak yang menangis dengan aiskrim diwajahnya.

"Jangan menangis ye Kookie, makcik  ambilkan yang baru okay?" Puan Park memujuk Jungkook. Jungkook melirik ke Jimin dan mengangguk. Puan Park memegang tangan kecil Jungkook mengajaknya ke dapur.

"Chim tak nak ikut sayang?" Tanya puan Park lembut pada anaknya. Jimin menggeleng comel. "Chim nak kemas dulu, nanti Chim turun." Jimin menjawab dengan sopan.

Setelah mereka berdua turun, Jimin menyepak kon aiskrim didepan kakinya. Tangannya menggenggam erat menahan marahnya melihat mamanya lebih memilih memanjakan budak hingusan itu.

"Terima kasihlah jagakan Kookie. Maaf susahkan kau, terima kasih Chim main dengan Kookie. Kookie banyak cakap kat makcik kamu selalu kongsi mainan dengan dia," puan Jeon tersenyum manis. Jimin mengangguk.

Dia tersenyum sinis apabila Jungkook mengikuti arahannya untuk memujinya pada ibunya. Tuan Jeon memegang bahu isterinya.

"Sebenarnya, kami..nak keluar ke Jepun dalam beberapa bulan dan kami pula tak ada sesiapa nak jaga Kookie..kalau tak keberatan-"

"Pakcik hantar lah Kookie kat sini. Chim suka bila ada Kookie, Kookie baik dengan Chim! Chim suka Kookie!" Jimin memotong ayat tuan Jeon dan berlari ke Jungkook yang duduk disebelah puan Jeon.

"Yeke? Baguslah, kalau macam tu. Kalau Jimin nak tak tinggal dengan Kookie selamanya?" Tuan Park bertanya dengan suara nakalnya. Jimin mengangguk laju dengan pertanyaan papanya.

7 tahun kemudian,

"Kenapa lah mama tinggalkan aku dengan dia?! Balik dah lah lambat," Jimin memarahi mamanya yang meninggalkan rumah 5 jam yang lalu. Jungkook yang masih memegang perutnya dengan wajahnya menahan sakit.

"Ahh, sakithh!" Suara Jungkook semakin kuat. Jimi panik dan mencuba menelefon mamanya sekali lagi. Kali Terakhir masih tak dapat dijawab. Jimi membuat keputusan dan dengan kekuatannya mengendong Jungkook dibelakangnya dan berlari keluar dari rumah tak lupa membawa duit dan mengunci pintu.

Berlari ke hospital terdekat. Jimin dengan malam yang gelap dan sejuk mengendong Jungkook dari rumahnya ke hospital yang mengambil setengah jam jika naik basikal, kira lah sendiri.

"Tolong adik saya!" Jimin meletakkan Jungkook ke kerusi dan lari ke kaunter. Nurse yang ada mengangguk tenang dan membantu lelaki itu membawa Jungkook ke bilik kosong.

Jimin masih menunggu Jungkook diluar pintu dengan tangan ada handphone.

"Chim! Mana Kookie?" Tanya puan Park bertanya dengan gelisah pada anak lelakinya. "Dekat dalam lagi, doktor lama sangat lah. Chim dah mengantuk ni.." Jimin berkata dengan setengah mengantuk.

Puan Park mengangguk dan memeluk anaknya. Jimin duduk semula di kerusi dan sambung dengan handphone ditangan.

Klik

Pintu terbuka mendatangkan seorang doktor. Puan Park bangun dari duduknya.

"Jumpa saya sekejap," puan Park mengangguk dan mengikut doktor itu ke bilik lain meninggalkan Jimin. Jimin yang ditinggalkan bangun dari duduknya membuka pintu dan melihat Jungkook yang terbaru dikatil.

"Kau sakit apa? Kenapa kau boleh sakit?" Jimin bertanya pada lelaki yang telah berehat. Jimin memutar bola matanya malas dengan hidupnya harus menjaga lelaki ini.

"Kau ni memang tak boleh buat apa-apa ke selain menangis? Dasar lelaki lemah! Bangun lah lawan aku!" Jimin menyepak kaki Jungkook yang terjatuh dipadang rumput itu. Jungkook diam tak menjawab apa-apa. Jimin berdecih tak suka dan meninggalkan Jungkook. Jungkook terdiam sesaat apabila bayangan Jimin menghilang.

"..sebab Kookie sukakan Chim.." seorang budak lelaki yang baru berumur 12 tahun menyukai lelaki lain adalah dilarang bukan? Walaupun cinta itu buta, Jungkook tetap harus menjaga maruah keluarganya.

Jungkook mengutip semula buku-buku yang terjatuh kerana perbuatan kawannya tadi. Kawan yang menganggapnya musuh. Sekolah khas yang hanya lelaki yang tinggal dari tahun 10 sehingga ke tahun 18. Jungkook akhirnya bangun selepas mengutip bukunya.

Bernafas berat dan keluar dari belakang tandas itu ke depan sekolahnya yang ada keluarnya menunggu. Jungkook melambai pada tuan Jeon sebaik sahaja melihatnya menunggunya di kereta besar.

Untuk sekian lama, tuan Jeon menjemput anaknya dari sekolah. Jungkook berlari ke arah ayahnya dan melihat puan Jeon juga ada didalam kereta. Jungkook akhirnya masuk ke dalam kereta itu meninggalkan sekolah khas itu untuk kali terakhirnya disitu.

Bersambung,

Slow update sbb fokus dekat cerita you and I, US. Kalau cerita tu dah tamat, author fokus kat cerita ni pulak😁

Tq yang selama ni mengundi cerita author yang tak best ni😊💕

Luv u ❣️

-yana-

{End}Bukan Budak Yang Sama <Jikook>Where stories live. Discover now