17

878 48 0
                                    

Setelah beberapa kali memujuk Jimin, akhirnya Jimin balik kerumah puan Jeon. Dan Jimin dapat berita bahawa, keluarga Jeon akan ke Tokyo atas urusan kerja selama 1 minggu. Hal itu membuatkan Jimin takut dengan Jungkook. Jungkook boleh bila-bila masa sahaja menyerangnya, Jimin tak mahu semua itu.

"Kita dah sampai Chim. Bangunlah," Taehyung menegur Jimin yang masih termenung. Padahal kereta Taehyung sudah masuk ke perkarangan rumah Jungkook. Jimin yang di tegur memuncungkan bibirnya. Merayu dengan pupy eyes dan Taehyung langsung tak terkesan. Mata Taehyung tajam dan mudah menapis semua serangan seperti itu.

"Turun, aku nak ke kedai cake pula lepas ni. Kau tak kesian ke kat aku? Kena buli dengan kawan kau, nasib baik Seokjin tu innocent. Kalau tak aku dah makan dia awal-awal," Taehyung dengan tangan menangkup pipi chubby Jimin. Jimin ketawa kecil dan mengangguk.

"Arraseo, Taehyung-shi. Annyeong," Jimin membuka tali pinggang keselamatan dan terus keluar dari kereta Taehyung. Taehyung memberikan senyuman kotak dan di balas dengan eyes smile Jimin yang menawan. Tangannya dinaikkan tinggi membuat lambaian pada kereta Taehyung yang sudah keluar dari perkarangan rumah dibelakangnya.

"Sampai bila kau nak duduk dekat situ?"

Mendengar suara tuan rumah, Jimin menoleh ke belakang. Tatapan mata mereka bertemu sebentar dan Jimin langsung tunduk memandang lantai.

"Aku lapar, masakkan aku makan malam." Jungkook berkata dan terus masuk ke rumah meninggalkan pintu depan terbuka luas. Jimin mengeluh sebelum berjalan perlahan ke arah pintu. Jantungnya sedikit berdebar kerana fikirannya bermainkan kata-kata Jungkook.

"Nak m-makan apa?" Tanya Jimin setengah gagap. Bukan takut tapi gementar. Jungkook yang sedang menonton televisyen bangun dari duduknya dan mendekati meja makan. Perkara itu membuatkan Jimin bingung.

"Aku sebenarnya nak makan kau. Tapi, tak ada selera pula. Jadi masaklah aku apa yang kau boleh," Jungkook dengan selamba berkata sambil bersandar. Jimin mengerut mendengar kata kedua. Tak ada selera? Jimin lebih tak ada selera nak tengok mukanya.

Jimin pura-pura tak mendengar kata-kata Jungkook dan terus ke dapur elektrik. Orang kaya tak menggunakan dapur gas. Jimin mengambil beberapa kuali kecil dan melihat-lihat bahan mentah di dalam peti ais. Jimin yang sedang menunduk melihat bahan, terkejut apabila tangan meraba belakangnya. Terus Jimin menoleh ke belakang dan terlihat Jungkook yang sedang tersenyum sinis.

"A-apa kau b-buat huh?!" Jimin dengan suara kuat berbicara. Tiba-tiba sahaja punggungnya disentuh. Barang berharga Jimin yang kedua. Jungkook melipatkan tangannya didada dengan senyuman yang bagi Jimin menjengkelkan.

"Aku tukar fikiran. Aku nak makan aku, kau rasa?" Jimin mengambil langkah kebelakang menjauhi lelaki didepannya. Jungkook, melihat reaksi Jimin juga ikut mendekatinya.

"Aku taknak di makan, dengan arnab Psycho macam kau. Lebih baik kau menjauh," Jimin menolak dada tegap Jungkook supaya menjauhinya. Namun, Jungkook tetap lebih kuat darinya.

"Kalau aku mendekat apa kau boleh buat?"

Jimin tak menjawab sebaliknya menunduk. Dia hilang akal sebentar. Rumah ini adalah kepunyaan Jungkook dan Jimin langsung tak ada hak. Tanpa di sedari, tangan Jungkook melingkari pinggang Jimin. Membuatkan Jimin mengangkat wajahnya dan bertemu mata dengan Jungkook. Jimin mengerut tak suka dan berkali berusaha menolak Jungkook. Jungkook adalah Jungkook. Tidak ada yang boleh dikalahkan dengannya.

"Kalau kau tolak aku lagi. Aku tak teragak-agak, bagi kau tidur dekat luar rumah."

Tangan Jimin berhenti bergerak. Jantungnya berdebar kencang saat merasakan nafas Jungkook di lehernya. Jimin memejamkan matanya rapat.

"Hiks.."

Mendengar isakkan kecil Jimin, Jungkook menyeringai. Tersenyum menang dengn kekalahan Jimin. Isakkan Jimin berhenti ketika Jungkook menjauhinya.

"Lebih baik kau cepat masuk bilik. Jangan keluar, sampai aku nampak kau..kau tak selamat Park Jimin." Bisik Jungkook melepaskan pegangannya dari pinggang Jimin. Dengan mata yang basah Jimin menjauhi Jungkook dan berjalan laju meninggalkan Jungkook.

Melihat Jimin sudah masuk ke bilik, Jungkook terus mengambil teokkbokki dalam peti ais seperti tiada apa-apa terjadi. Membuka ketuhar dan memasukkannya. Menutup dapur elektrik yang Jimin pasang.

Manakala Jimin dibilik berdiri dan bersandar di pintu. Air matanya kering dan terganti dengan wajah merah sehingga ke telinganya. Jantung berdegup kencang dan tangannya menangkup mulutnya.

"K-kenapa dengan a-aku?.."

💮🌸💮🌸💮🌸💮

Jungkook terbangun dari tidurnya kerana menghidu bau makanan yang sepertinya lazat. Jungkook melihat jam dan langsung turun dari katilnya ke bilik mandi. Membersihkan badannya dengan sabun kegemarannya dan mencuci wajahnya. Setelah mandi, Jungkook memakai pakaian sesuai untuk ke sekolah. Menyediakan peralatan seperti komputer dan headphone.

Jungkook melangkah turun dari tangga dan berhenti melihat wanita di dapur dengan Jimin. Terlihat Jimin yang tersungkur di lantai dengan menatap tajam wanita itu. Dan wanita itu pula dengan sombong melipat tangannya.

"Nayeon? Apa you buat kat sini?" Jungkook mendekat pada wanita bernama Nayeon dan memeluknya tanpa memerhatikan Jimin yang mengerut tak suka.

Jimin bangun. Berdiri berhadapan dengan Jungkook dan wanita itu. Dapat dilihat, wanita itu sama tinggi dengannya. Jimin sekarang berasa lemah hanya kerana tingginya.

"Saya ke sekolah dulu," Jimin memberi senyuman singkat pada Nayeon dan berjalan melintasnya jika tak ada tangan lain menahannya. Jimin kembali berhadapan dengan Nayeon semula. Jimin menjeling dan menghempaskan tangannya dari pegangan Jungkook.

"Itu ke ucapan kau dekat dia?"

Bersambung,

Tq kepada yang undi! Author akan berusaha buat cerita yang menarik tuk korang😁

Luv u 💕😚

-yana-

{End}Bukan Budak Yang Sama <Jikook>Where stories live. Discover now