34

718 47 0
                                    

Jam 11 malam tepat setelah makan malam, Jungkook menghindari Jimin. Jimin tidak tahu mengapa Jungkook jadi begitu. Lagipula, Amerika adalah tempat yang paling dia ingin pergi. Sekolah disana bagus.

Jimin POV

Apa aku kena buat? Dia marah ke? Dia patutnya gembira kan aku akan pergi dari Korea. Entah kenapa, hati aku berat nak tinggalkan dia? Aku tak seharusnya fikirkan sangat semua tu. Okay, Jimin! Kau kena bercakap dengan Jungkook. Kau kena!

-----------------

Aku mencari dia dekat bilik dia, tak ada. Dekat mana pula dia ni? Akhirnya aku minta bantuan puan Jeon, menanyakan keberadaan arnab Psycho tu. Dan ternyata dia ada di tangga seberang bilik dia.

Dan disitu cuma ada satu bilik besar berpintu kaca. Dan terlihatlah belakang Jungkook. Bila direnungkan, Jungkook betul-betul berubah. Badannya dulu tak sebesar sekarang. Bahunya kecil, pendek terlebih lagi lengan dia. Sekarang semua dah berotot.

Sreet,

Aduh! Kuat pula bunyi pintu ni aku seret. Dan semestinya Jungkook perasan aku ada kat sini. Okay Jimin! Tenang.

End of Jimin POV

Dengan tergesa-gesa, Jimin menutup semula pintu kaca itu dan menggaru kepalanya dengan gementar kerana betapa tajamnya tatapan Jungkook terlebih lagi cahaya bulan terang tepat di belakang kepala Jungkook. Terlihat dalam mata Jungkook, takut dan sedih walaupun berapa tajamnya tatapan diberikan. Namun, cahaya bulan menunjukkan sendiri keadaan sebenarnya.

"Jungkook.." hanya nama itu yang boleh dikatakan Jimin. Melihat ekspresi Jungkook yang terlihat menyakitkan. Seperti terasa tertusuk jantungnya melihat ekspresinya kerana perbuatannya nanti.

"Hum?" Jawab Jungkook menoleh ke bulan dilapiskan dengan pintu kaca besar. Menatap bulan bahi Jungkook sama seperti menatap anak mata Jimin yang sedang tersenyum gembira. Dan itu membuatnya sakit.

"Kau okay? Kenapa kau macam..menghindari aku? Aku..ada salah?" Tanya Jimin lembut yang terdengar sedikit membisik. kerana tumpuan Jungkook pada suara Jimin, Jungkook dapat mendengar kata-katanya.

"Tak. Kau tak salah. Kau nak pergi kan? Pergi lah," jawab Jungkook, dingin. Tanpa menatap Jimin. Jimin mula merasa kesal dan berjalan ke arah Jungkook secara menghentak kaki kuat di lantai.

"Yah!" Jimin menarik bahu Jungkook supaya tubuhnya berbalik dan menghadapnya. Jimin melipat tangannya dan menatap Jungkook dengan kesal sementara Jungkook menundukkan wajahnya.

"Yah Jungkook! Hyung kat depan sila hormat. Pandang aku," kata Jimin. Jungkook patuh dan mengangkat wajahnya menatap Jimin. Sedikit sedih dirasakan Jimin dengan ekspresi wajahnya kosong Jungkook. Seperti sudah ditinggalkan olehnya.

"Jungkook.." Jimin memanggil Jungkook perlahan dan memeluk tubuh besar Jungkook itu. Jungkook berdiam diri dan merehatkan dagunya di bahu Jimin. Memejamkan matanya dan menghidu bau tubuh Jimin. Bau semulajadi seperti bau bayi. Jimin pakai sabun baby, jadi badannya meninggalkan bau bayi dan vanilla. Bau kegemaran Jungkook.

"Jimin-ah..hiks, kau akan tinggalkan aku ke? Betul ke?" Terlepaslah tangisan yang Jungkook tahan dari tadi. Jimin melepaskan keluhan ringan dan membelai belakang Jungkook untuk menenangkannya, namun makin bertambah pula tangisan Jungkook.

"Jungkook..aku kena pergi, aku teringin sangat nak pergi Amerika tu. Kau tahu kan?"

"Tahu..tapi, aku tak boleh lepaskan kau! Hiks, 1 tahun lama Chim.." ujar Jungkook, mengeratkan lagi pelukannya.

"Jungkook, Seokjin hyung dan Suga pun akan balik Busan. Mianhe Jungkook.. a-aku kena pergi," jelas Jimin melemahkan pelukannya. Jungkook yang merasakan belaian Jimin berhenti, ikut melepaskan pelukannya perlahan-lahan dengan isakkan kecil terdengar.

"Kau akan pergi?" Tanya Jungkook ringkas. Jimin tersenyum manis, mengangguk dan mengelap bekas air mata Jungkook. Membelai pipi Jungkook dengan lembut dan hanya tersenyum. Senyuman itu seolah-olah jawapannya. Dia akan pergi.

"Chim..maafkan aku, mianhe.." Jungkook berterusan minta maaf pada Jimin sehingga Jimin keliru. Tangan Jimin yang tadinya mengelus pipi Jungkook, sudah dipegang kuat olehnya.

"J-jungkook?!" Jimin panik saat Jungkook memegang kedua-dua belah tangannya dan membalikkan tubuhnya. Seperti polis menangkap penjenayah yang ingin membawanya ke balai, begitulah Jimin dibawa oleh Jungkook ke bilik Jimin.

Klik,

Pintu dikunci oleh Jungkook sebaik sahaja mereka sudah masuk ke dalam. Jimin tadinya di campak oleh Jungkook ke katilnya sendiri, yany melihat perbuatan Jungkook seperti mencuri benda berharga dan menyorokkannya.

"Jungkook? Apa semua ni?" Tanya Jimin bangun dan berjalan perlahan dekat pada Jungkook. Jungkook hanya mendiamkan diri di depan pintu tanpa sedikit bergerak selepas dipanggil oleh Jimin.

"Kookie.." Jimin meletakkan tangannya di atas bahu Jungkook dengan panggilan nama lamanya dahulu. Jungkook menaikkan wajahnya sedikit dan dapat melihat wajah cantik Jimin yang sedang menenangkannya.

"Kookie..kenapa kau macam ni? Kau tak macam ni, kau tak pernah macam ni. Kenapa kau berubah? Aku taknak kau berubah! Hiks, aku nak Jungkook yang lama. Aku taknak Jungkook macam kau. Hiks, please! Pulangkan Kookie aku..hiks, aku nak dia yang dulu." Tangis Jimin. Air mata jernih dan kelihatan sedih itu membuatkan hati Jungkook ditusuk beribu kali. Terlebih lagi kata-kata Jimin yang ada benarnya. Dia dah berubah. Sehinggakan Jungkook tak kenal dirinya sendiri. Siapa dirinya? Jawapannya, dia sendiri tidak tahu.

"Kau yang ubah aku Jimin. Kalau kau nak jumpa Jungkook yang lama, dia dah tak wujud! Kookie kau dan tak ada. Sekarang depan kau adalah JK, orang baru. Kau tak tahu, aku ada banyak muka yang masih kau tak kenal. Kau kena tahu tu Jimin, baru kau tahu betapa aku menderita jadi Kookie macam apa yang kau harapkan. Aku taknak jadi macam ni, tapi kau yang buat aku jadi macam ni."

"Hiks, apa yang aku buat? Bagitahu aku! Salah apa aku ada kat kau, hiks..biar aku tebus semuanya," tangis Jimin.

Jungkook memegang sebelah tangan Jimin membawanya di mana detak jantungnya berada dan sebelah lagi tangannya lagi, Jungkook memegangnya erat.

"Kau rasa, apa yang kau buat?"

Bersambung,

Okay, author penat. Bye!

Luv u 💜💕

-yana-

{End}Bukan Budak Yang Sama <Jikook>Where stories live. Discover now