6

927 55 1
                                    

"Apa yang kau buat Jungkook?" Jimin dengan mata merahnya bertanya pada lelaki didepannya tiba-tiba merampas aiskrim ditangannya dan mencampak diwajahnya.

"Buat apa yang kau pernah buat," dengan selamba Jungkook mengusap sisa aiskrim dihujung bibir Jimin dan memakannya. Jimin yang tak terima menolak Jungkook menjauh darinya. Jungkook tertawa kecil dan terdengar sangatlah sinis.

"Kau marah? Macam tu lah aku rasa dulu. Aku akan balas apa yang kau buat Park Jimin. Satu persatu, ingat," dengan perkataan Jungkook itu membuat Jimin semakin marah. Tapi kerana tidak mahu keruhkan keadaan akhirnya dia menatap Jungkook tajam.

"Aku lebih rela tinggal dekat asrama tu, daripada kena tengok muka kau sepanjang hari. Menjijikkan," tangan Jungkook hampir mencekik Jimin jika tak ada lelaki lain menghampiri Jimin.

"Kau buat apa kat kawan aku huh?!" Siapa lagi kalau bukan Seokjin yang merupakan overprotective best friend. Jimin menahan tangan Seokjin mengajaknya meninggalkan Jungkook yang melipat tangannya memandang Seokjin datar.

"JK? Apa kau buat kat sini?" Jungkook menoleh dibelakang Seokjin apabila melihat sahabatnya dengan salah satu sahabat Jimin. Jungkook menyeringai.

"Aku tadi tolong kucing kesusahan. Maklumlah kucing baru," ucap Jungkook dengan anak matanya tak beralih pada Jimin. Lelaki tadi menunjukkan senyuman kotaknya meletakkan lengannya dibahu Seokjin.

"V! Alihkan lah tangan kau ni," marah Seokjin mengalihkan bahunya dari tangan lelaki dipanggil V atau lebih tepat Kim Taehyung sahabatnya Jungkook. Taehyung mendekati Jimin.

"Kesian cik, nah ambil kain ni. Lap muka tu," Taehyung menghulurkan sehelai kain putih dari beg yang disandangnya. Belum sempat Jimin mengambil, Jungkook terlebih dahulu mengambilnya dan memberi semula pada Taehyung.

"Kau ni nak cari pasal ke? Kau yang buat muka aku jadi macam ni, takkan aku nak balik dengan gaya macam ni?" Marah Jimin. Jimin menghulurkan tangannya meminta kain Taehyung semula. Jungkook menjeling tajam Taehyung. Taehyung yang melihat reaksi Jungkook mendapat idea untuk mengganggu Jungkook. Tangan Jimin yang menunggu lama diberikan tangan Taehyung.

"Aku Kim Taehyung, kau?" Taehyung menghayunkan salaman mereka kebawah dan keatas. Jimin tersenyum manis sehingga matanya tertutup.

"Park Jimin, selamat berkenalan Tae," dengan mendengar nama yang terdengar rapat itu Jungkook menarik Jimin kesebelah kanannya membelakangi Taehyung. Taehyung menyeringai melihat kelakuan sahabatnya.

"Btw, aku future boyfriend Seokjin. Hanya Seokjin," Taehyung memeluk Seokjin dari belakang. Seokjin ketawa kecil dan mencubit pinggang lelaki yang tiba-tiba bergurau tak tentu masa.

"Then, jumpa kat sekolah Jimin. annyeong," Taehyung melambai tangannya pada Jimin. Jimin tersenyum menawan dan melambai semula pada mereka.

"Panggil saja Chim lebih bagus," jerit Jimin sebelum Taehyung dan Seokjin beredar. Taehyung mengangguk. Selepas mereka menghilang, Jimin mengelap wajahnya dengan kain diberikan Taehyung tadi. Aiskrim yang mulai kering diatas wajahnya sempat dibersihkan.

"Perlu ke bagitahu nama panggilan sekali? Tak bagus langsung nama tu," Jungkook dengan sombong berkata. Jimin menjeling Jungkook tak suka. Perangainya sangat berubah dan tak sama seperti yang diteka sebelum datang ke Seoul.

"Suka hati akulah. Tak ada masalah dengan kau pun," Jimin meninggalkan Jungkook ditaman dan berjalan kearah kereta yang terparking di tepi taman.

"Kau lah masalah aku,"

"Chim, esok dah boleh ke sekolah belajar macam biasa. Cuma kelas kau sebelah kelas aku je," Jungkook menerangkan pada Jimin dengan wajah yang datar. Jimin yang sedang menonton televisyen mengangguk. Jungkook ikut duduk disebelah Jimin dan meletakkan tangan dibahu Jimin.

Jimin terkejut apabila ada benda berat terletak dibahunya. Dengan pantas Jimin menjauhi lelaki diseberang. Jungkook yang melihat reaksi Jimin smirking. Omg.

"Janganlah kacau aku!" Jimin menjerit kecil saat Jungkook menutup televisyen yang memainkan drama kesukaannya. Who are you school,

"Dengar!" Tangan Jungkook mencampak remote tv ke sebelah kirinya dan menarik Jimin mendekat padanya. Kebetulan puan dan tuan Jeon tiada di rumah dan dia mempunyai peluang untuk mengganggu Jimin.

"Apa kau buat? Lepaskan aku lah!" Jimin menghempaskan tangannya daripada pegangan kuat Jungkook. Dia menatal Jungkook dengan tatapan tak suka dengan layanan Jungkook lakukan.

"Aku tuan rumah ni. Jadi kau tak ada hak nak arah aku, Park Jimin. Kau nak duduk rumah aku, buat perangai elok-elok. Dengar cakap aku, sekali kau bantah..ada hukumannya," Jungkook dengan suara beratnya berkata. Jimin yang mulai rimas dengan kata-kata Jungkook akhirnya bangun untuk masuk ke biliknya.

"Ada aku kata kau boleh pergi? Sini," Jungkook mengarahkan Jimin yang sudah bangun. Jimin dengan sabar duduk semula di sofa lembut itu. Tersenyum tak suka pada Jungkook dan Jungkook hanya menyeringai.

"Lambat. Bangun balik," Jimin dengan tangan yang menggenggam erat menahan amarah bangun semula. Dan duduk disebelah lelaki yang menyakitkan hatinya.

"Bagus, kau boleh pergi." Jimin membulatkan matanya. Buat ala suruh dia bangun duduk kalau akhirnya dia akan masuk ke biliknya semula.

"Arnab Psycho," ucap Jimin perlahan sebelum pergi meninggalkan Jungkook. Jungkook yang mampu mendengar semuanya tersenyum sinis. Melihat bagaimana reaksi Jimin tadi benar-benar membuatnya ingin melihatnya menangis dan meminta maaf. Bagaimana dibuat Jimin dahulu padanya. Seronok dapat membuli orang terlebih lagi mangsa buli itu adalah pembulinya.

"Jaga diri kau baik-baik, Park Jimin."

Bersambung,

Okay bye,

Luv u 💕

-yana-

{End}Bukan Budak Yang Sama <Jikook>Where stories live. Discover now