18

864 56 1
                                    

"Park Jimin, kamu dah sihat?" Tanya guru di depan. Jimin yang dipanggil tersenyum dan mengangguk. Ada yang berbisik dan ada yang menjeling malas. Guru didepannya juga ikut tersenyum dan membuka bukunya. Untuk mata pelajaran bahasa Korea, mereka hanya membuat nota.

Kringg,

Jam loceng berbunyi menandakan mata pelajaran yang ditunggu olehnya. Muzik! Mata pelajaran kegemaran Jimin. Dia mengambil bahagian tarian. Taehyung pula mengambil bahagian rapper.

Jimin dan Taehyung sama-sama berjalan ke bilik khas untuk pelajaran muzik. Tak ramai yang masuk, kerana selebihnya mereka mengambil kelas lukisan. Jimin yang pertama sampai bersama Taehyung masuk ke dalam. Kagum melihat bilik yang di penuhi cermin.

"Baiklah kamu dah sampai, budak baru kan?" Tanya guru lelaki menunjukkan jarinya pada Jimin. Jimin tersenyum manis dan mengangguk.

"Baiklah kamu semua duduk dahulu, Park Jimin kamu kesini." Nama Jimin dipanggil. Jimin bangun dari duduknya tadi dan bergerak ke arah gurunya.

"Disini ada 3 bahagian. Dancer, rapper and vocalist. Yang mana kamu mahu?" Tanya guru lelaki didepan Jimin. Jimin berdiam sebentar dan mengangkat wajahnya.

"Saya nak..dancer. saya boleh menari balet dan modern, tuan jangan risau." Jimin memberi senyuman terbaiknya. Guru didepannya mengangguk dan membalas senyumannya.

"Baik, kamu dah dimasukkan. Tapi disini, masih kosong bahagian vocalist. Kamu berminat?" Tanya guru itu lagi. Jimin berdiam lagi dan mengangguk laju. Gurunya juga mengangguk dan mula menulis nama Jimin.

"Bahagian rapper kamu boleh ambil lirik ni dan hafal. Cari melodi yang bagi kamu sesuai dengan lirik ni, faham?" Guru lelaki didepan berkata dengan tegas dan dijawab dengan bahagian rapper termasuklah Taehyung.

"Vocalist pula, kamu semua disuruh buat lagu. Tak kisah tentang apa, asalkan ada melodinya. Boleh buat berkumpulan," ucap gurunya lagi. Jimin mengangguk faham apabila otaknya sudah memproses lagu apa yang mahu ditulisnya nanti.

"Dancer, kita akan pelajari sebuah tarian yang membawa kedamaian..yang boleh dikatakan balet tapi bukan. Kita menggunakan selendang. Dan..puan Choi akan ajar kamu," mendengar nama puan Choi, murid lainnya menepuk tangan. Diikuti dengan Jimin.

🌸💮🌸💮🌸💮🌸

"V? Kau okay tak?" Tanya Seokjin menepuk bahu Taehyung yang kelihatan stress. Taehyung mengangkat wajahnya menatap anak mata hitam Seokjin yang sedikit sebanyak membuat dirinya tenang.

"..kau stress, aku tak pandai jadi rapper. Geramnya!" Taehyung merusakkan rambutnya yang disikat dengan rapi dan bagi yang lain terlihat tampan. Taehyung buat apa saja, semuanya kacak.

"Ouhh..jadi kau nak masuk bahagian mana?" Tanya Suga. Yang kebetulan Suga juga mengambil bahagian rapper. Taehyung diam ditempatnya.,

"Aku sebenarnya..senyap-senyap belajar menyanyi. Ada yang kata suara aku unik, tapi sayangnya aku ambil bahagian rapper.." jelasnya. Suga mengangguk dan makan maknanya didalam dulang. Seokjin yang risau dengan Taehyung membelai rambutnya dengan kasih sayang.

"Tukar dengan aku lah, kebetulan aku bahagian vocalist. Kau tahukan aku langsung tak berbakat? lagi pun aku nak try rap juga. Biar senang aku membebel kat korang," mendengar kata-kata Seokjin, Taehyung diam tak bersuara. Dia tahu, Seokjin selalu merendahkan dirinya dengan mengatakan dirinya tak berbakat. Padahal, Seokjin selalu berlatih dengan nyanyiannya.

"Kau nak tukar dengan aku tak?" Mendengar suara Jhope, Taehyung mengangkat wajahnya menatapnya. Jhope membalas dengan senyumannya.

"Aku nak masuk bahagian dancer. Boleh lah kau tukar dengan aku, lagipun aku pandai rap. Nak tak?" Tanya Jhope sekali lagi. Taehyung diam lagi. Memejamkan matanya dan mengeluh.

"Betul ni kau tak kisah?" Tanya Taehyung ingin kepastian. Jhope dengan selamba mengangguk dan tersenyum. Taehyung membalas senyuman Jhope dan bangun dari kerusinya ke sebelah Jhope. Jhope menatap Taehyung dan Taehyung pula tak berhenti tersenyum kotak padanya.

"Wae?"

"Gumawo, Jhope!"

Taehyung memeluk Jhope dan Jhope juga memeluknya. Taehyung kemudiannya kembali ke kerusinya dan mencuit Jimin. Jimin yang sedang makan mochi penuh di mulut menoleh.

"Kyeopta! Kau mana boleh makan keluarga kau," Taehyung berkata mencekak pinggang. Jimin mengerut tak faham. Keluarganya di Busan bukan di kantin.

Melihat riak wajah Jimin yang tertanya-tanya, Taehyung ketawa kecil dan menunjukkan mochi di pinggang Jimin. Jimin diam sebentar memproses apa yang dimaksudkan dengan Taehyung.

"Yah! Mana ada" Jimin memukul bahu Taehyung apabila dia tahu apa yang di maksudkan lelaki di sebelahnya. Jimin membiarkan Taehyung yang masih ketawa kerana wajah Jimin yang chubby. Jimin berterusan makan Mochi di depannya tanpa ketahui ada seseorang memerhatikannya.

"Hyung janganlah makan banyak sangat, nanti gemuk!" Taehyung pula bergurau dengan Seokjin. Seokjin berhenti makan dan memandang Taehyung. Taehyung yang mulai tenggelam di dalam kolam mata Seokjin, segera mengalihkan pandangannya ke tempat lain.

"Tak apa, gemuk pun ada yang sayang." Tambah Taehyung dengan mencubit pipi Seokjin. Seokjin memberikan senyuman padanya.

Bersambung,

Selamat pagi kpd pembaca😁 baca jgn tak vote tau, penat author perah otak..btw,

Luv u 💕😚

-yana-

{End}Bukan Budak Yang Sama <Jikook>Where stories live. Discover now