26

886 52 3
                                    

Flash back,

"Hai, nama saya Jungkook." Kata Jungkook yang baru berpindah ke BigHit school. Dia sedikit malu untuk berkawan dan dia juga takut jika membuat orang lain tidak selesa dengan kehadirannya.

"Oh, hai. Aku.. Jaehwan," jawab lelaki yang ditanya. Jaehwan menghulurkan tangannya kedepan untuk bersalaman dengan Jungkook sebagai tanda mereka sudah berkenalan.

"Emm..saya sedikit malu disini, saya tak ada kawan jadi boleh tak kita berkawan, Jaehwan?" Tanya Jungkook lembut. Jaehwan mengangguk perlahan. Lagipula, dia juga keseorangan tiada teman.

"Nama kau hebat! Jungkook! Boleh aku panggil kau JK?" Tanya Jaehwan bersemangat. Jungkook mengangguk dengan mata yang bersinar.

Sejak hari itu, mereka berkawan. Bersama sehinggalah, Jungkook mengetahui Jaehwan menyukai wanita yang sama seperti dia suka. Jungkook dan wanita itu berpasangan sedangkan Jaehwan, diam-diam menyuruh wanita itu meninggalkan Jungkook.

Bila Jungkook tahu, hatinya hancur. Dia tak sangka sahabatnya buat begitu padanya. Jadi, Jungkook tidak lagi berjumpa dengannya. Mereka seperti orang asing.

Jungkook sekali lagi keseorangan. Tapi datang beberapa orang yang mengubahnya, Jhope dan Taehyung. Mereka mengajar Jungkook bagaimana menjadi orang. Bahkan, Jungkook sudah pandai menggunakan wanita, membuli dan membentuk kumpulan gangster.

"Jungkook, kau taknak tukar nama panggilan kau ke?" Tanya Jhope. Jungkook yang sedang bermain handphone berhenti seketika dan menatap ke hadapan dengan tatapan kosong.

"Tak. Biar dia tahu, aku bukan budak yang sama."

Jhope, Jungkook dan Taehyung yang sering menentang guru. Dan gurunya tidak boleh berbuat apa-apa kerana saham BigHit school itu adalah milik Jeon Jungkook sendiri.

End of Flash back,

"Kau nak apa pada Jimin?" Tanya Jungkook terus terang. Jaehwan diam dan berhenti di tempatnya. Tidak mahu maju kepada Jungkook yang merupakan sahabat lamanya.

"Aku nak berkawan dengan dia," jawab Jaehwan. Jungkook mengerut. Mencari dimana kebohongan berada diantara Jaehwan. Jungkook tak boleh mempercayai sesiapa lagi.

"Dengar! Aku tahu kau nak berkawan dengan Jimin. Tapi ingat, dia milik aku." Ujar Jungkook. Mendengar kata-kata Jungkook, Jaehwan mengangkat tatapannya bertemu dengan sahabat lamanya dan menghela nafas.

"Aku buat semua ni untuk kebaikan kau.. Jungkook," Jungkook diam. Mendengar namanya disebut dengan sahabatnya. Jaehwan memberi senyuman lemah dan pergi meninggalkan Jungkook. Sedangkan Jungkook menatap pemergian Jaehwan. Kenapa mesti banyak rahsia disembunyikan? Kerana semua itu rahsia.

"Suga hyung, tolong Hobi sekejap.." kata Jhope menggunakan jurus pupy eyes pada lelaki dipanggil Suga.

"Yah! Jhope, kau pergi dari bilik aku! Dasar lelaki kuda!" Bentak Suga menutup pintu di depan muka Jhope. Manakan tidak, tengah pakai baju datang pula kuda bermata pupy.

5 minit kemudian,

"Huh, nak apa?!" Tanya Suga kedengaran sedikit kesal. Jhope duduk di atas katil Suga dan berbaring di pahanya. Suga hanya membiarkan lelaki bermuka kuda itu.

"Jangan marah-marah, hyung." Kata Jhope terdengar sedih. Suga menghela nafas dan menggeleng kepala perlahan.

"Wahai, Jhope yang bermuka kuda~ hajat apa anda datang kemari?~" mendengar pertanyaan lembut Suga, Jhope bangun dari baringnya. Menatap lembut wajahnya.

"Hyung..ikut saya jom,"

"Kemana?"

"Ke..Pesta Couple,"

Suga terdiam sebentar. Apakah yang dimaksudkan kuda didepannya dia juga tidak tahu.

"Wait..WHAT?!!" Suga terdiam menatap Jhope tajam. Jhope dengan pupy eyes membalas tatapan Suga.

"Apa maksud kau, ajak aku ke pesta tu huh? Patutlah beberapa hari ni kau panggil aku hyung!" Marah Suga bangun dari katilnya. Jhope mengeluh. Seperti tiada gunanya saja menuju si keras kepala.

Jhope bangun dari duduknya, merangkul pinggang Suga dan menatap mata coklat Suga.

"Aku cakap ikut aku," arah Jhope. Suga memberontak, cuba untuk menolak tubuh Jhope menjauh darinya.

"Lepaskan aku! Ish, aku taknak!" Balas Suga. Jhope akhirnya melepaskan rangkulan dia. Tapi sekarang Suga ditolak ke atas katil dan ditindih oleh Jhope, membuat pipi putih pucat Suga memerah menahan malu.

"Kau..malu? Huh?" Tangan Jhope mengusap pipi Suga. Suga membeku di tempatnya. Sifat asal Jhope telah kembali.

"Y-yah! kau tak faham bahasa ke? Aku taknak lah," jawab Suga, kuat. pekak Jhope dibuatnya. Jhope tersenyum.

"Tapi, Seokjin and Jimin pun datang. Kau tak kesian tengok dorang? Tunggu kau datang, lepastu kalau kau tak datang nanti dorang kecewa dan menangis kesedihan," ujar Jhope. Suga diam ditempat sekali lagi.

"..aku boleh pergi dengan orang lain, bukan dengan kau." Jawab Suga. Jhope menyeringai. Suka melihat wajah Suga yang keliru dan malu.

"Wahai Suga wajah putih melepak, kau nak ajak siapa? Itu pesta couple. Kau nak nanti orang yang kau ajak tu tiba-tiba culik kau ke? Rogol kau ke? Kalau aku ada, aku boleh lindungi kau. Kalau kau taknak ya sudah, aku boleh ajak orang lain,"

"..aku takut kau saja buat camtu. Aku..ikutlah!"

"Serius?! Dengan aku?"

"D-dae.."

"Tak dengar lah?"

"D-dae!"

"Gumawo, Suga!"

Chu~

Jhope terus keluar meninggalkan Suga yang mendiam di tempatnya. Berbaring dengan wajah merah sehingga leher. Jhope tadinya mencuri ciuman singkat di,

"Bibir aku.."

Suga menatap pintu yang telah tertutup. Begitu gembira kah Jhope apabila Suga mahu mengikutinya ke pesta itu? Ya, pesta couple. Siapa yang tak seronok dapat bawa crush ke sana.

Bersambung,

Panjang sangat ke bahagian sope? Takpelah, kesian sope tak ada bahagian😊

lepas habis cerita ni, author nak buat cerita baru pasal sope. Author dah dapat idea nak buat tapi, tengah tunggu cerita ini habis. Papepun,

Luv u 💕😚

-yana-

{End}Bukan Budak Yang Sama <Jikook>Where stories live. Discover now