13

892 53 0
                                    

"eomma! Kenapa tak kejut Chim ke sekolah?" Jimin dengan masih berpakaian tidurnya dengan baju terselak menurun tangga laju apabila melihat jam di dinding biliknya menunjuk sudah Pukul 10 lebih. Puan Jeon yang melihat Jimin dengan tergesa-gesa ketawa kecil dan dan menepuk kerusi disebelahnya tanda menyuruh Jimin duduk disebelahnya.

Jimin berjalan perlahan pada puan Jeon dan duduk disebelah wanita itu. Wanita itu sudah tua tetapi, tetap dia masih cantik. Terbit rasa rindu pada mamanya di Busan sana.

"Eomma dah ambil cuti untuk kamu, Chim rehat saja okay?" Puan Jeon mengusap pipi pucat Jimin dengan senyuman keibuannya. Menghangatkan dirinya sebentar. Sosok wanita didepannya yang akan menjaganya di hari kedepannya.

"Okay.." jawabnya. Puan Jeon tersenyum dan bangun dari kerusinya. Menuangkan bubur dimasaknya kedalam mangkuk Jimin dan menghulurkannya pada Jimin yang sakit.

"Lepas ni, Chim makan ubat okay? Eomma sekejap lagi kena pergi kerja," ucap puan Jeon mencuci tangannya di aliran air. Jimin mengangguk mengiyakan kata-kata wanita baik hati itu. Jimin yang mahu menyuapkan bubur didalam bibirnya terhenti. Mencari kesimpulan dari kata-kata puan Jeon. Jika puan Jeon tidak ada, maka Jungkook akan ada?

"J-jungkook sekolah kan eomma?" Tanya Jimin gementar dengan menggenggam hujung bajunya. Puan Jeon memberi senyuman mekarnya dan mengambil tempat didepan lelaki manis itu.

"Eomma tak tahu. Dia sekolah tapi, dia akan balik mungkin. Lagipun dia kata dia sibuk dengan tugasan kumpulannya," terang puan Jeon. Jimin tersenyum lemah dan mengangguk. Sambung makan sarapan paginya iaitu bubur nasi dan air putih.

'harap dia tak balik..' bicara Jimin dalam benak fikirannya.

💮🌸💮🌸💮🌸💮

"Jimin tak datang, sebabkan korang lah!" Marah Taehyung pada lelaki didepannya. Lelaki didepannya menggosok tengkuknya kerana pandangan mata Taehyung yang tajam. Lebih menyeramkan dengan rambut hitam menyembunyikan keningnya.

"Mana ada salah aku, aku just berkenalan dengan dia je. Jangan nak mengadu dekat JK pulak," Beomgu aka lelaki innocent dikelas mereka. Dia ni jujur tak tentu tempat walaupun dimana dia berada tidak kesah di dalam tandas mahupun kubur. Hahaha.

"Bukan kau lah. Taehyun ni, aku adu dekat JK nak?" Taehyung mengugut lelaki yang dari tadi menggosok tengkuknya. Kalau nak tahu, Jungkook aka JK tu sahabat baik Taehyung.  Walaupun Taehyung yang bersalah, tetap Jungkook akan mempertahankan sahabatnya yang sudah berada di susah senangnya.

"Tak nak! Janganlah macam ni, V. Takkan nak berkawan dengan dia pun tak boleh? Lagipun, buat apa kau nak adu dekat JK? Apa hubungan dia dengan JK?" Bertubi-tubi soalan ditanya pada Taehyung semula.  Taehyung diam kerana tak menemukan jawapan untuk pertanyaan lelaki didepannya.

"Aku..cakap kat dia, kau kacau budak baru. Lagipun dia tak suka tengok budak kena buli," balas Taehyung dengan tangannya sibuk membelek buku di atas mejanya. Beomgu mengangguk dengan jawapan Taehyung. Beomgu juga pernah diselamatkan oleh Jungkook beberapa kali kerana diganggu dengan abang kelas meminta duit belanja.

"Ekhem, ada majlis apa kat sana huh? Kenduri kawin siapa ni?"

Tanpa disedari, sebuah suara yang paling mereka kenal. Guru geografi itu puan Chun. Beomgu dan Taehyun yang masih tercegat di depan meja Taehyung perlahan-lahan menoleh pada sumber suara.

"Majlis kematian V, puan." Taehyun dengan tangan disisi menjawab manakala Taehyung melihat mereka yang gelisah.

"Taehyun! V belum mati lagilah, tak baik cakap macam itu. Nanti aku taknak kawan kau lagi," Beomgu memukul bahu kawannya disebelahnya kerana sengaja mengucapkan Taehyung sudah mati padahal Taehyung betul-betul bernafsu dibelakang mereka dengan mata masih terbuka.

{End}Bukan Budak Yang Sama <Jikook>Where stories live. Discover now