20

884 54 2
                                    

Jungkook terus beredar meninggalkan Jimin yang menunduk. Melihat Jungkook menjauh, Jimin sendiri dapat rasakan seperti ditinggalkan. Masalah selalu saja datang padanya.

"Jimin? Itu kau ke?"

Mendengar suara yang pernah dia dengar, Jimin menoleh. Dia ingat, lelaki itu pernah berjumpa dengannya di taman bunga.

"Jaehwan?"

Lelaki bernama Jaehwan memberi senyuman dan mendekati Jimin. Jimin juga ikut membalas senyumannya. Mata Jaehwan beralih pada pipi Jimin. Tangan Jaehwan memegang pipi merah Jimin. Jimin merasakan sakit tapi ditahan kerana tak mahu kawan barunya risau.

"JK ke yang buat?" Tanya Jaehwan menatap mata Jimin. Jimin yang ragu, memalingkan mukanya ke tempat lain. Jimin diam sebentar dan menepis perlahan tangan Jaehwan.

"Bukan..a-aku, okay." Jawab Jimin. Dia tak ada jawapan untuk soalannya. Dia sekarang mati akal. Mahu jawab dia alergik dengan minuman yang dia minum, tapi itu air soda. Dia bingung.

"Ohh, aku nak cakap..jauhi JK kalau boleh. Jangan pernah kau jumpa dia kalau taknak masalah," pesan Jaehwan. Jimin hanya mengangguk faham.

"Bukan aku nak jumpa dia. Dia yg jumpa aku. Walaupun banyak kali aku cuba jauhi dia, dia tetap ada di dekat aku." Bisik Jimin dalam hati.

🌸💮🌸💮🌸💮

Kriingg,

Jam loceng berbunyi. Semua pelajar, turun ke kantin membeli makanan untuk mengisi perut yang lapar kerana belajar sepanjang masa. Berlainan dengan seorang lelaki ini, lelaki manis yang ditarik keluar dengan paksa oleh seseorang yang dia sendiri tak kenal.

"Park Jimin. Kita berjumpa lagi, huh?" Ian lelaki yang menampar Jimin tadi pagi. Jimin berdecih tak suka. Menyesal dengan dirinya kerana tidak mengikut ajakan Taehyung untuk ke kantin lebih awal. Keputusan yang dia lakukan, selalunya berakhir seperti ini.

"Kau nak apa lagi Ian? Aku tak pernah kacau kau kan?" Tanya Jimin terus terang. Dia malas berada di tempat sunyi seperti ini. Tambahan lagi, perutnya tak berhenti berbunyi.

"Kau kenal JK kan? Putra asrama ni yang macam kau cakap? Aku ada cakap dekat dia, kalau ada orang yang tak dengar cakap aku apa patut aku buat. Dia jawab, "Just finish it," and..dia betul. Taewang, pegang tangan dia!"

Jimin membulatkan matanya tak percaya. Kenapa Jungkook bertanya pada Jimin sedangkan lelaki yang mengganggunya adalah orang Jungkook. Ketika tangan Jimin di pegang dengan lelaki bernama Taewang, Jimin segera menepis tangannya. Tapi tetap tak berhasil kerana Taewang jauh lebih kuat darinya.

"Apa kau nak huh?!" Kemarahan Jimin meningkat. Dia mahu cepat mengakhirkan semua ni. Dia sendiri tak sangka Jungkook itu betul-betul talam dua muka.

"Aku nak...KAU," tangan Ian menyentuh pipi Jimin. Jimin mahu menepis tapi tak dapat kerana ke dua tangannya di pegang oleh Taewang.
Jari jemari Ian menurun ke leher putih Jimin. Ian menyeringai apabila matanya terlihat sesuatu.

"Oh, kau dah pernah di sentuh? Siapa yang sentuh kau Jimin?" Tanya Ian dengan jarinya tak habis-habis mengusap kesan ungu yang ada dileher Jimin tertutup dengan kolar baju. Jimin membulatkan matanya.

"A-apa maksud kau? Aku tak pernah..." Jimin semakin terkejut. Kali terakhir yang bersama dengannya dan dekat dengannya adalah.. Jungkook. Jimin tak pernah melakukan perkara itu walaupun dengan wanita. Mulut Jimin kaku. Jungkook saja yang pernah menciumnya dan menjilat lehernya. Tapi tak terlintas dalam fikirannya yang Jungkook akan menandainya.

"Lepaskan aku!" Ian ketawa dan mengangguk. Tapi tangannya tetap pada pipi Jimin. Ian menatap Jimin. Jimin membalas tatapan lelaki itu dengan tajam. Taewang melepaskan tangan Jimin dan berganti dengan Ian.

"Aku tak sangka Jimin. Kau dah kotor, aku ingatkan kau bersih jadi bolehlah aku kotorkan kau." Bisik Ian di telinga Jimin. Ian dengan kasar menolak Jimin sehingga dia terjatuh. Ian dan kawannya ketawa dan beredar meninggalkan Jimin.

"A-aku kotor?.." Jimin bertanya pada diri sendiri. Tangannya yang menggigil membawa ke lehernya. Mengusap tempat dimana diusap oleh Ian tadi. Jimin tak diam, dia terus berlari ke bilik air dengan pantas. Dia mahu lihat, seperti apa yang dikatakan Ian.

"A-apa ni?" Sebaik sahaja Jimin masuk ke tandas, Jimin lantas melihat dirinya di pantulan cermin. Dan benar kata-kata Ian, ada kesan ungu di lehernya.

"Macam mana aku tak sedar.. kenapa J-jungkook tanda aku?" Banyak soalan bermain di fikiran Jimin saat ini. Dan semua soalan tak dapat Jimin ketahui.  Sekarang, Jimin mati akal.

"Kenapa dia pura-pura ambil tahu pasal aku? Padahal..dia yang suruh Ian ganggu aku. Kenapa dia tanda aku?..apa semua ni?!" Jimin yang tak tahan, memegang dadanya yang sebak mula datang. Jimin melihat dirinya dipantulan cermin dan tersenyum. Senyuman dibodohkan oleh lelaki bernama Jungkook.

"Kalau betul kau nak main..mari kita main Jungkook, aku nak tengok.. siapa yang kalah,"

Bersambung,

Hye! Rindu tak? sorry lama🙏, tapi tq😘 pada yg sentiasa menunggu author 💕

Luv u 💜💕

{End}Bukan Budak Yang Sama <Jikook>Where stories live. Discover now