4

889 61 3
                                    

"Serius lah Chim kena tinggal dengan Kookie? Papa.. Chim malu nak jumpa dia lagi. Papa sewakan lah rumah biasa saja, Chim pun tak kesah kalau duduk sorang-sorang," Jimin memberi cadangan pada ayahnya yang mahu menumpangkan Jimin ke rumah lelaki pernah dia buli diwaktu usia kecilnya.

"Chim tak nak jumpa Kookie ke?" Tanya puan Park lembut. Jimin mengangguk laju dengan senyuman palsunya. Memeluk mamanya dengan erat sebelum menjawab,

"Chim rindu sangat dengan dia..rindu zaman Chim dan dia kecil dulu, tapi.. Chim dah besar mama. Chim nak berdikari dan taknak susahkan Kookie lagi dengan keluarganya, boleh kan papa?" Tanya Jimin melepaskan pelukannya dari mamanya. Tuan Park berfikir sebentar, dan membuka mulutnya.

"Kita akan bazir masa Chim. Lagipun, Kookie sekolah kat sana. Dia boleh sekali jagakan Chim, nanti kamu boleh belajar dengan dia. Dengar kata dia ambil bahagian tarian dan muzik. Kamu suka muzik kan? Belajarlah dengan dia, sayang." Tuan Park menjelaskan. Jimin menyembunyikan perasaan tak sukanya dan digantikan dengan wajah kagum. Jimin beralih pada papanya.

"Wahh! Hebatnya Kookie, tak sangka Chim akan ada kawan hebat macam Kookie!" Jimin menepuk tangannya. Puan Park dan tuan Park tersenyum manis melihat anaknya begitu comel.

Keesokkan paginya, Jimin yang telah siap mandi akan berjumpa dengan kawannya yang ikut pergi ke asrama khas itu di cafe. Jimin sudah meminta izin papa dan mamanya jadi dia hanya perlu ke sana dengan cepat.

"Suga, mana Seokjin hyung?" Tanya Jimin. Suga mengangkat bahunya bermaksud dia tidak tahu. Jimin mengambil tempat disebelah Suga dan membuka komputernya.

"Sorry lambat," Seokjin yang baru masuk lari ke meja Suga dan Jimin. Mengambil tempat didepan mereka dan segera mengeluarkan komputernya.

Jimim POV

"Kenapa lambat?" Tanya Suga dengan menghirup kopi panasnya. Seokjin hyung menggaru kepalanya. Mesti ada benda ni,

"Jumpa putera ke?" Aku bertanya dekat Seokjin hyung dengan suaraku yang nakal. Seokjin hyung tiba-tiba mengangguk. Aku mengerut tak faham. Putera mana pulak ni, putera katak ke?

"Tadi aku jalan nak kesini, tapi seorang lelaki ni pula terlanggar aku. Sampai aku jatuh pula tu. Dia minta maaf dan hantar aku sampai depan cafe ni tadi. Dia siap panggil aku princess pula tu, haihh berapa kali aku nak terangkan kat orang aku ni lelaki.. inilah kesilapan aku.. kerana telah dilahirkan handsome," Seokjin hyung menerangkan sehingga memuji dirinya diakhir ayatnya.

"Sudahlah, kita kat sini nak bincang kan?" Suga pula mengalihkan pembicaraan. Kami berdua mengangguk mengiyakan pernyataan Suga. Aku membuka nota di dalam komputer siap menulis.

"Korang dah tahu ke, korang akan tinggal kat mana?" Seokjin hyung bertanya dahulu. Aku dan Suga mengangguk. Aduhh, kenapalah mesti Jungkook. Malasnya nak berhadapan dengan lelaki yang kuat menangis macam dia.

"Aku duduk dekat rumah kawan eomma aku," Suga menjawab dan menaip di komputernya. Aku juga ikut taip dimana aku akan tinggal sementara belajar disana.

"..aku tinggal dengan Jungkook," aku dapat rasakan aku diperhatikan oleh dua orang kawan aku dan aku dengan malas menjeling pada mereka.

"Terpaksa. Lagipun dia sekolah kat sana, apa salahnya. Aku ada juga kawan, dan..mana tahu dia masih kuat menangis macam dulu dan boleh lah aku buli dia lagi," aku berkata.

Yelah, mangsa dah depan mata. Terima sajalah. Aku tak yakin tapi, dia mesti akan kalah dengan aku. Sebab dia masih lemah. Aku kenal dia. Aku boleh suruh dia buat kerja aku sebab dia pandai. Aku boleh suruh dia buat kerja rumah dan aku pula tak payah buat apa-apa. Seronoknya!

"Selesai!" Akhirnya hampir satu jam aku dan yang lain bekerja, dapat juga siapkan dokumen untuk pengesahan di BigHit school tu. Baguslah.

Harap sangat semuanya akan berjalan dengan lancar.

End of Jimin POV

💮🌸💮🌸💮🌸💮

"Jungkook bawa perempuan lagi ke?" Tanya puan Jeon pada anak lelakinya yang satu itu. Jungkook mengangguk mengiyakan pertanyaan eommanya. Puan Jeon menghembus nafas berat.

"Carilah sorang. Bawa balik, jumpakan dia dengan eomma dan appa. Kita masuk meminang dia, jadikan dia menantu eomma hum?" Puan Jeon menggoda anaknya. Jungkook dengan malas memutar bola matanya.

"Nantilah eomma. Kookie masih tak ada hati dengan sesiapa ni," Jungkook berkata mengelap mulutnya yang ada sisa pancake yang dibuat eommanya sebagai sarapan. Puan Jeon mengangguk.

"Kookie ingat Chim lagikan?" Tanya puan Jeon pada anaknya yang mula membuka telefon pintarnya. Jungkook yang mendengar tersenyum sinis.

"Mestilah ingat, orang penting dalam hidup Kookie. Kenapa dengan dia?" Tanya Jungkook pula walaupun dia tahu apa yang mahu disampaikan eommanya.

"Besok dia datang sini, dia akan sekolah dengan Kookie. Dia tak sabar nak jumpa Kookie dan sekolah sama-sama. Esok pagi ikut eomma dan appa jemput dia okay?" Pujuk puan Jeon. Jungkook menyeringai.

"Eomma, esok Kookie sangat sibuk. Kookie boleh bagi dia kejutan sebab Kookie dah berubah. Eomma jangan risau, dia mesti akan terkejut. Mianhe eomma, Kookie tak dapat ikut eomma dan appa jemput Chim. Eomma kawan Kookie dah tunggu Kookie ni, Kookie pergi dulu, annyeong," Jungkook menguncup pipi eommanya dan berjalan keluar dari rumah itu ke kereta Lamborghini dibeli appanya 5 hari yang lepas.

"Terimalah kejutannya, Jimin."

Tbc

Nak tahu🙃 kalau readers boring, korang buat apa?😬 Author kalau bosan hanya boleh tengok YouTube and do homework😣 sampai tangan nak patah menyalin kerja😥

Apa-apapun, tq kerana membaca🤭💕

Luv u ❣️

-yana-

{End}Bukan Budak Yang Sama <Jikook>Where stories live. Discover now