38

676 47 0
                                    

Bonus,

Jungkook diberikan ubat tidur untuk beberapa hari. Untuk memberinya rehat sedangkan Jimin, sejak hari pertama Jungkook di hospital tak pernah pulang. Sedangkan keluarga Park menitip anaknya pada keluarga Jeon. Jimin hanya duduk di hospital dan tidur di sofa dekat pada katil Jungkook. Sepanjang malam dia berjaga untuk memastikan Jungkook melihatnya untuk kali pertama dia sedar.

Sudah 3 hari Jimin begitu. Seokjin dan Suga pulang ke Busan. Mereka sempat menjenguk Jungkook dan Jimin. Taehyung dan Jhope pula memberikan doa pada Jungkook. Begitu juga yang lain.

"Kookie, bila Kookie nak bangun? Lama Chim tunggu!" Jimin berkata dan memuncungkan bibirnya kedepan. Jimin memegang tangan besar Jungkook dan mengusapnya dengan ibu jarinya.

"Kookie, nanti Kookie dah sedar.. Chim akan jaga Kookie," Jimin berkata dengan teruja sedangkan Jungkook terbaring tidak sedar namun hanya mendengar namun seperti bisikkan.

"Nanti, Kookie dah sembuh kita boleh pergi Busan. Kita main, makan icecream and berbasikal..asalkan Kookie cepat baik," tambah Jimin.

"Kookie.. Chim minta maaf, Chim salah dengan Kookie.. Kookie jangan bencikan Chim, okay?" Suara Jimin bergetar. Matanya mulai berair dan dadanya juga sebak. Melihat Jungkook berbaring lemah dan bernafas menggunakan alat bantuan.

"Chim..takkan tinggalkan Kookie, Chim janji!" Jimin berkata lagi. Dengan perlahan membawa tangan lemah Jungkook pada pipinya. Walaupun begitu, pipinya terasa hangat dan itu juga sudah membuat Jimin tersenyum. Jimin mencium tangan Jungkook dan dahinya.

"Jimin.." panggil seseorang. Jimin menoleh dan melihat lelaki yang dia kenal berdiri didepan pintu. Jimin tersenyum dan perlahan-lahan meletakkan semula tangan Jungkook. Jimin berjalan ke arahnya.

"Jaehwan..kau datang," Jimin berkata. Jaehwan sedar yang suara Jimin bergetar, matanya merah dan wajah terlihat letih. Jaehwan mengangguk dan tersenyum.

***

Mereka duduk didepan taman. Melihat pemandangan pagi serta menghirup udara segar. Jaehwan menunduk dan mengangkat semula wajahnya untuk menatap Jimin. Tatapan Jimin kosong. Benar-benar kosong.

"Jimin-ah, kau masih ingat? Perempuan yang aku ceritakan tu?" Tanya Jaehwan dengan nada sedih dan perlahan. Jimin menggelengkan kepalanya dua kali dan menatap hadapan semula.

"Kekasih aku yang di taman tu. Aku pernah cakap, yang.. kekasih aku akan datang semula. Di rupa yang lain.. dan aku rasa, kau patut tahu satu ni Jimin.."

"Huh?.."

"Heh..perempuan tu, pernah jadi kekasih Jungkook..aku dan Jungkook bersahabat baik, sangat baik. Dia budak baik, dia tu terlalu baik..dan dia jumpa satu perempuan, namanya Dahyun. Perempuan tu cantik tapi, dia curang!" Jelas Jaehwan menatap Jimin. Jimin hanya mengangguk sambil mendengar kata-kata Jaehwan.

"Aku suruh dia tinggalkan Jungkook, tapi dia taknak..dia degil masih nak dengan Jungkook sebab Jungkook anak pengerusi asrama tu..perempuan tu pentingkan diri..kalau perempuan tu tahu, yang Jungkook sakit..mesti dia akan tinggalkan Jungkook..setiap hari aku jumpa Dahyun..suruh dia tinggalkan Jungkook...sampailah, Jungkook fikir aku sukakan Dahyun.." tanpa sedar mata Jaehwan sudah berkaca-kaca sama seperti Jimin.

"Jungkook tinggalkan Dahyun..dan aku sekali. Dia tak anggap aku kawan dia lagi, dan Dahyun pula..dia kejar aku, dia kata dia sukakan aku..aku dan dia keluar bersama..beberapa bulan tu, aku nampak Jungkook mula berubah. Dia berkawan dengan Taehyung, Jhope dan yang lain..dia kaki buli dan ponteng kelas..dia dah berubah.." Jaehwan berhenti lagi untuk mengambil nafas berat..

"Aku dan Dahyun saling sayang..aku dan dia rancang nak bertunang..tapi, dia pun sakit..dia sakit dan akhirnya tinggalkan aku, rasanya sakit Jimin..dia pergi untuk selama-lamanya..takkan pernah jumpa aku lagi..hubungan aku dan Jungkook tak pernah baik..aku taknak tambahkan sakitnya, jadi aku menjauh dari dia..hahaha..dia tu keras kepala kan?" Jaehwan menoleh pada Jimin yang sudah menangis dalam diam. Susah untuk terima semua itu tapi..itulah kebenarannya..

"Jimin-ah, aku kena balik sekarang. Nenek aku dah tunggu, jaga.. Jungkook dengan baik okay?" Jaehwan berkata dan mengambil begnya. Dia mula melangkah pergi meninggalkan Jimin yang menangis dalam diam. Tatapan kosong. Sangat kosong..

"Oppa? Oppa menangis ya?" Seorang budak perempuan berkata apabila dari tadi melihat Jimin menangis. Jimin menoleh ke bawah melihat seorang kanak-kanak kecil memegang lolipop dan air muka yang risau. Jimin lantas menghapus airmatanya dan memberi senyuman kecil.

"Tidaklah, oppa tak menangis.. oppa cuma sedih," ucapnya. Budak itu mengangguk dan menghulurkan lolipop tersebut pada Jimin. Jimin tersenyum dan menerimanya.

"Nama oppa siapa?" Tanya budak kecil itu. Matanya bulat dan pipi yang tembam. Seketika teringatkan pada Jungkook sewaktu kecil.

"Nama oppa, Park-.. Jeon Jimin, sayang..nama kamu?" Tanya Jimin semula. Kenapa dia tak menggunakan park? Hanya teringat pada Jungkook.. Jeon Jimin..nama itu, bagus.

"Ohh, nama saya Jung Minri, 4 tahun!" Ucap Minri sambil tersenyum sembari jarinya menunjukkan empat. Jimin tersenyum dan sedikit geli hati melihat kelakuan Minri seperti Jungkook.

"Oppa cantik kalau senyum, selalulah senyum! Okay? Kata, oppa Jungmin, senyum itu membuat hari kita lebih baik!" Minri berkata lagi. Jimin mengangguk dan mengelus rambut budak itu.

"Minri!" Jimin menoleh pada seorang wanita bercekak pinggang memanggil budak itu. Minri tersenyum dan memanggil wanita itu, "mama! Sinilah,"

Ibu Minri datang padanya dan menunduk pada Jimin sambil memegang tangan anaknya.

"Maafkan saya kalau Minri ada susahkan," ucap puan Jung. Jimin tersenyum dan menggeleng kepala sahaja. Akhirnya Minri dan ibunya berjalan meninggalkan Jimin.

"Kita kena cepat sayang, abang dah tunggu kat sana." Marah si ibu pada Minri. Jimin tertawa kecil melihat gelagat si ibu pada anaknya itu.

Jimin mengangkat kakinya dan melangkah ke dalam hospital semula. Berjalan ke arah wad Jungkook dan berdiri di sebelah Jungkook. Menatap wajah tidur Jungkook kemudian menghadiahkan senyuman.

"Kookie, tadi Chim ada jumpa seorang budak kecil.."

Jimin menceritakan kejadian tadi. Memang itu yang selalu dia lakukan setiap kali sesuatu yang membahagiakan terjadi. Kisah yang diceritakan Jaehwan juga membuatnya semakin bersalah. Andaikan sahaja.. perempuan itu masih hidup sekarang. Pasti Jungkook lebih terseksa.

Bersambung,

Guys, cerita ini dah nak tamat..soo, vote please 🤞

Luv u 💜💕

-yana-

{End}Bukan Budak Yang Sama <Jikook>Where stories live. Discover now