25

891 57 1
                                    

"Hyung jgn risau lah. Jungkook kan dah cakap yang Jimin okay saja," Taehyung cuba memujuk hati Seokjin. Dari di kelas sehingga rehat, Seokjin tidak bercakap dan hilang fokus. Bahkan sekarang, Seokjin tidak menyentuh makanannya. Selalunya, Seokjin lah yang tergesa-gesa mengambil makanan dan makan segalanya.

".. V, Jimin sakit ke?" Tanya Seokjin. Taehyung diam. Dia tak tahu apa yang dilakukan sahabatnya pada sahabat Seokjin. Dia hilang akal sekarang ini. Taehyung memberikan senyuman manis dan menggosok bahu lebar Seokjin.

"Dia okay, hyung. Nanti habis kelas kita pergi rumah dia, arraseo?" Pujuk Taehyung sembari tangannya menghulurkan dulang berisikan makanan. Seokjin hanya mengangguk.

"Dahlah, makan. Tadikan, JK dah call. Jimin tengah tido. Tak percaya ke?" Tanya Taehyung. Seokjin diam dan menggeleng. Dia menghela nafas panjang dan mula makan makanannya. Sedangkan Suga hanya diam memperhatikan Seokjin. Hatinya juga risau bila tahu salah satu sahabatnya tidak datang. Suga tahu Jungkook itu siapa. Terlebih lagi, perasaan Jungkook terhadap Jimin. Itu semua rahsia.

-

Jungkook, duduk di sebelah Jimin yang terlena tertidur. Selepas sarapan tadi, Jungkook membantu Jimin mengubati luka di bibirnya. Jungkook sempat mencuri ciuman dibibir Jimin. Jimin pula hanya diam. Setelah mengubati luka, dan lebam Jimin tertidur selepas mengambil ubat.

"Mianhe Chim.." lirih Jungkook. Menguncup singkat pipi panas Jimin. Memberikan senyuman dan memilih untuk meninggalkan bilik Jimin. Dia ada benda penting untuk dilakukan petang nanti. Tepat saat lelaki bernama Jaehwan pulang.

Jungkook berjalan ke ruang tamu. Dia yakin, profesor pasti akan memberi kerja banyak. Jungkook mengeluh saat punggungnya terduduk di kusyen empuk di depan televisyen.

"Uhh! Tunggu aku Jaehwan! Kau akan menyesal sakiti Jimin!" Jungkook merusakkan rambutnya yang disikat rapi. Menutup wajahnya dengan tangannya dan berkali-kali bernafas berat.

Tritt,
Tritt,

Telefon pintar Jungkook berbunyi. Jungkook merasa telefon terletak di poketnya bergetar, langsung mengambilnya. Mengangkat panggilan telefon.

"Hello?"

"Jk..boleh tak malam ni, I datang rumah you?"

"Why?"

"Please..mama dan I bergaduh. And I tak ada tempat nak tinggal.."

"So?"

"Mama you tak balik lagi kan? ..so, boleh tak I tinggal dekat rumah you dalam 3 hari? 3 hari je,"

"I don't know. Nanti I akan fikirkan,"

"Thanks, tapi..dia ada lagi ke?"

"Jimim?"

"Ishh, yelah. Siapa lagi,"

"Dia sentiasa ada. Dah lah, I ada benda lain nak buat,"

"Uhh, nanti. Kalau you benarkan I duduk rumah you, selama 3 hari.. I janji akan buat apa yang you suruh. Promise,"

"I pegang janji you,"

"By-"

Tut,

Jungkook terlebih dahulu menutup panggilan. Jungkook mencampak telefonnya disebelahnya dan menghela nafas. Jungkook bangun dan membawa badannya ke dapur. Dirinya memerlukan air putih sekarang.

"Jungkook!!"

Mendengar panggilan kuat dari tingkat atas, Jungkook membatalkan niatnya mahu minum dan terus berlari naik tangga ke bilik Jimin.

Jungkook terus membuka pintu. "Chim!"

"J-jungkook..hiks, aku ingat..kau tinggalkan aku! Hiks, kau jahat! Hiks," Jimin menangis. Rambutnya serabai dan mata yang sembab. Jungkook menghampiri Jimin. Duduk di sebelahnya dan membelai rambut Jimin. Menghapuskan airmata lelaki manis itu dan memberikan senyuman tipis.

"Mianhe..aku takkan tinggalkan kau," ucapnya. Jimin menggigil. Tangan kecil Jimin melilit di bahu Jungkook. Memeluk erat tubuh besar Jungkook. Jungkook sendiri dibuat terkejut. Adakah Jimin sudah melupakan kesalahan Jungkook. Jungkook membalas pelukan Jimin.

"Hiks, Kookie janji..jangan tinggalkan Chim arraseo? Humm?" Tanya Jimin. Suaranya serak. Jungkook terasa bajunya basah kerana airmata Jimin yang melimpah. Jungkook mengangguk dan merehatkan dagunya di bahu Jimin.

"Emm, k-kookie janji.."

Agak susah mahu mengatakan nama panggilan yang telah tidak wujud itu. Dan kali ini, Jimin membuatnya menyebutkan lagi. Setelah beberapa tahun.

Jungkook berhenti membelai rambut Jimin apabila terdengar dengkuran kecil. Terdengar seperti bayi dan lebih gilanya, wajah Jimin terlihat tenang dengan mata tertutup. Jungkook tersenyum arnab dan perlahan-lahan membaringkan tubuh Jimin. Menyelimuti tubuh Jimin. Matanya terpaku di leher Jimin. Penuh dengan hickeys miliknya.

"Kau milik aku, Jimin."

Bisik Jungkook ditelinga Jimin. Jungkook membelai rambut Jimin kali terakhir dan berdiri untuk keluar dari bilik itu. Perlahan-lahan menutup pintu, dan menyandarkan kepalanya di dinding. Menghela nafas berat berkali-kali.

"Kau buat aku gila, Park Jimin!

----------------

"Jaehwan, ada kawan kamu mahu jumpa!" Jerit sang nenek yang sudah berumur 60 an. Jaehwan yang tadinya mahu mandi berhenti sebentar. Adakah Jimin?, Kata hati Jaehwan. Jaehwan melangkah kakinya ke luar. Mencari sosok yang dikatakan neneknya.

"JK?" Teka Jaehwan melihat Jungkook di taman Bunga di depan rumahnya yang masih sibuk dengan telefon. Jaehwan melangkah mendekati sosok yang dipanggil JK.

"Kau dah datang," mendengar suara Jungkook, Jaehwan menyeringai. Mesti ada benda penting mahu dikatakan oleh mereka. Mahu tahu?

Sambung esok😂

Bye, jumpa esok guys😘

Luv u 💕😚

-yana-

{End}Bukan Budak Yang Sama <Jikook>Where stories live. Discover now