5

954 63 6
                                    

"Makcik! Pakcik!" Jimin berlari kearah puan dan tuan Jeon sebaik sahaja dia melihat mereka berdua menunggunya. Jimin memeluk puan dan tuan Jeon dengan erat. Sudah berapa lama tidak berjumpa dengan mereka.

"Kamu datang dengan kawan kan? Mana mereka?" Tanya puan Jeon kepada remaja lelaki yang akan dijaganya nanti. Jimin mengukir senyuman indahnya.

"Mereka diambil awal. Chim saja yg lambat. Tapi tak apa, asalkan Chim boleh jumpa makcik dan pakcik lagi!" Jimin sekali lagi memeluk sepasang suami isteri itu.

"Chim kenapa makin pendek ni? Makin comel, makin cantik. Sama macam mama kamu huh?" Tuan Jeon mengusap rambut Jimin. Jimin tersenyum manis sehingga matanya tertutup rapat.

"Yeke? Mesti Kookie lagi pendekkan? Kookie mesti lagi comel, hehehe." Jimin tertawa manis. Puan Jeon memegang dadanya melihat Jimin tertawa begitu manis.

"Omo! Chim banyak makan gula ke? Manisnya," puan Jeon mencubit pipi Jimin. Jelas berbeza dahulu dan sekarang. Yang dulunya berambut jingga dan tinggi, sekarang berambut coklat dan rendah.

"Mana Kookie? Kookie tak ikut ke?" Jimin membuat suara sedih dengan bibirnya kedepan. Tuan Jeon ketawa kecil melihat gelagatnya.

"Kookie ada kerja kumpulan, nanti kita sampai rumah mana tahu Kookie dah balik. Lagipun panggilan Kookie dah tak sesuai dengan dia," puan Jeon menerangkan tentang anaknya yang satu itu. Jimin mengangkat sebelah keningnya.

"Tak sesuai? Kenapa?" Tanya Jimin. Puan Jeon mengusap pipi Jimin yang terlihat seperti squisy.

"Nanti Chim tahulah bila dah jumpa dia, arraseo?" Puan Jeon membantu Jimin membawa beg rodanya. Jimin mengangguk laju dan mengikut mereka ke kereta besar keluarga Jeon.

"Wahhh, besarnya rumah ni!" Jimin berkata dengan kagum apabila mereka berjalan ke perkarangan rumah keluarga Jeon.

Tuan dan puan Jeon ketawa kecil melihat reaksi Jimin begitu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tuan dan puan Jeon ketawa kecil melihat reaksi Jimin begitu. Sama seperti anaknya pertama kali datang kesini. Tuan Jeon membawa beg Jimin dan masuk kedalam rumahnya.

"Mana Kookie?" Tanya Jimin lagi. Puan Jeon melihat sekeliling rumahnya. Tidak melihat batang hidung anak lelakinya.

"Dia tak balik lagi tu. Chim naiklah atas cari bilik, tapi kalau Chim nak sebilik dengan Kookie pun boleh. Bilik Kookie tangga kanan, dekat sebelah bilik Kookie ada 3 bilik kosong lagi. Chim pilih saja yang mana Chim nak okay?" Tuan Jeon menerangkan bagi pihak isterinya. Jimin mengangguk laju dan membawa begnya ke tangga sebelah kanan.

Sepanjang dia berjalan, dia melihat sekeliling. Rumah yang besar dan bersih. Luas dan cantik. Jimin akhirnya berada didepan bilik Jungkook. Jelas tertulis nama Jeon Jeungguk.

Jimin memalingkan wajahnya ke bilik sebelah Jungkook. Jimin akhirnya memilih bilik sebelah Jungkook dan masuk ke bilik itu.

Klik

{End}Bukan Budak Yang Sama <Jikook>Where stories live. Discover now