12

899 49 0
                                    

Jimin mengangguk laju apabila merasakan tarikan Jungkook semakin kuat. Jimin dah tak mampu menahan airmatanya, membiarkan air mata panas mengalir.

"Baguslah. Aku harap kau tak ulang lagi," Jungkook berjalan ke arah pintu dengan perasaan tak bersalahnya. Meninggalkan Jimin yang menahan tangisnya. Jungkook menyeringai melihat lelaki yang ditunggu-tunggu untuk melihatnya menangis kerana perbuatannya. Jungkook gembira kerana hari ini dia dapatkan, Jimin menangis kerananya.

"Psycho Jungkook!" Jimin menghapuskan airmatanya dengan kasar sebelum tangannya mengelus kepalanya yang sakit kerana tindakan kasar yang berlaku tadi. Jimin mendiamkan dirinya dalam beberapa saat. Jimin memejamkan matanya sebelum dirinya berasa mengantuk dan letih. Dia tertidur nyenyak, kerana dia kepenatan dan letih. Semua orang boleh berasa penat dengan hidupnya..

💮🌸💮🌸💮🌸💮

Malam tiba menggantikan pagi. Taehyung masuk ke bilik yang bukan miliknya dan masuk kedalam.  Taehyung disebelah seorang lelaki manis yang telah tertidur. Membelai rambutnya dan membawa bibir tipisnya ke dahi si manis.

"Seokjin.." ucap Taehyung perlahan. Mengingati kisah lalunya betul-betul membuatkan dirinya gila.

Flash back,

Dimana lelaki berusia muda, tinggal di Daegu. Ditempat asalnya di Korea. Hidupnya dengan keluarganya bagus. Sentiasa diberi layanan yang baik dan sekolah yang bagus.

Lelaki berumur 15 tahun baru balik dari sekolah. Menaiki basikal yang baru dibelinya dalam 1 minggu lepas. Mengayuh basikalnya dengan senyuman tak lepas dibibirnya. Melintasi taman didepan sekolahnya sebelum terserempak dengan seorang remaja yang kelihatan kesakitan.

Lelaki bernama Kim Taehyung itu turun dari basikalnya dan berjalan perlahan ke arah wanita itu. Taehyung dapat melihat dari kejauhan bahawa, wanita itu sakit bukan kerana terjatuh tetapi..dipukul.

"Awak okay?" Wanita yang tersentak mendengar suara Taehyung, menatap Taehyung semula. Taehyung yang melihat wajah kecil wanita itu. Bibir plum dan wajah putih bersih. Mata bulat dan rambut hitam panjang paras bahu.

"S-saya okay.." jawabnya. Sekali lagi Taehyung terpaku mendengar suara wanita itu. Lembut dan auranya sangat mengagumkan. Taehyung tiba-tiba merasakan sepi menyelubungi mereka. Taehyung berdehem kecil dan menatap kaki wanita yang tidak dia ketahui namanya.

"Kenapa dengan kaki kamu?" Tanya Taehyung perlahan membelek kaki didepannya. Wanita itu membalas dengan senyuman dan anggukkan.

"Jisoo..nama saya Kim Jisoo,"

Taehyung memberi senyuman mendengar wanita itu memperkenalkan dirinya. Taehyung tersenyum dan menghulurkan tangannya kedepan.

"V. Panggil saja V, Jisoo kamu sekolah kat mana? Saya tak pernah nampak kamu pun," tanya V dengan mengeluarkan plaster luka dari poket kecil diseluarnya.

"Saya.. baru pindah dalam 2 bulan lalu, saya tak sekolah.." jawab Jisoo. Taehyung membeku di tempatnya. Tak bersekolah. Memikirkan nasib diri sendiri membuatnya sedar, Taehyung sendiri berharap dia dapat berhenti sekolah padahal ramai orang lain yang mahu sekolah kerana tak ke sekolah sebelum ni.

"Ohh.. sebenarnya kamu umur berapa?" Tanya Taehyung lagi. Jisoo memejamkan mata, memikirkan tahun kelahirannya sebelum menjawab,

"Saya..14 tahun," dengan senyuman mekar dibibir. Taehyung sekali lagi terpaku melihat kecantikan wanita didepannya. Cantik. Jantungnya tak mahu duduk diam kerana, berdetak dengan sangat laju.

{End}Bukan Budak Yang Sama <Jikook>Where stories live. Discover now