35

729 44 0
                                    

Di sini lagi mereka. Di dalam bilik, telapak tangan Jimin memegang dada Jungkook yang sedang berdegup kencang sama seperti miliknya sekarang. Air mata hangat Jungkook yang tak kalah jernih seperti Jimin juga ikut turun setiap detakkannya dan setiap anak matanya menatap mata merah Jimin. Mereka tidak bergerak. Jimin membeku begitu juga dengan Jungkook.

"Kau rasa? Aku boleh lepaskan kau? Tak akan Jimin! Aku takkan boleh," Jungkook menunduk dengan lemah. Jimin sempat menangkap tubuh tegap Jungkook dan membawanya ke dalam pelukan kecilnya namun hangat. Mereka berpelukan lama. Jungkook merehatkan kepalanya di celah leher putih susu Jimin. Tangan Jimin tak berhenti membelai rambut lelaki dipeluknya.

"Apa yang aku kena buat? Aku dah tak boleh buat apa-apa Jungkook," jawab Jimin. Jungkook hanya menggeleng dan memeluk Jimin lebih erat.

"Kau tak perlu buat apa-apa. Cukup dekat sisi aku saja, okay?" Sahut Jungkook dan melepaskan pelukannya, matanya tak meninggalkan wajah Jimin. Jimin tidak menjawab sebaliknya tersenyum lemah.

"Jungkook, kalau kita macam ni..aku tak boleh tak jatuh cinta kat kau. Please, jangan bagi aku jatuh cinta."

"Jimin, kau tak pergi kan? Kau tak tinggalkan aku kan? Hum?" Tanya Jungkook memasang riak wajah sedih. Jimin sekali lagi tak menemukan jawapan.

"Umm, aku rasa.. a-aku kena tidur. Kau pun kena tidur, kau masuklah bilik kau sana. Okay? Goodnight!" Jimin dengan terburu-buru menolak tubuh Jungkook dan membuka pintunya luas untuk Jungkook. Jungkook tertawa kecil dan berdiri tegak di depan pintu.

"Tapi, aku nak tidur dengan kau." Jungkook berkata sambil menghalang pintu Jimin tertutup dengan satu tangan sahaja.

"Aku takut kau tinggalkan aku," Jungkook berkata lagi dengan nada yang tidak dibuat-buat sedih. Jimin yang merasakan suasana menjadi tegang hanya membuka pintu luas sekali lagi untuk Jungkook masuk ke dalam biliknya. Jungkook yang melihat wajah merah Jimin sambil membuka, menyeringai.

"Jangan risau. Aku takkan sakiti kau lagi," ujar Jungkook, mengelus kepala Jimin dan berjalan melintasi lelaki pendek itu. Setelah Jungkook melintasinya, Jimin menutup semula pintu. Dan berdiri menghadap Jungkook yang sudah berbaring di atas katilnya.

"Sini lah," kata Jungkook sambil menepuk tempat disebelahnya, matanya tak boleh berhenti melihat wajah malu Jimin.

Jimin dengan pasrah berjalan ke arah katilnya dan duduk di samping Jungkook. Dan dia terus menyelimuti dirinya dan berbaring secara berbalik daripada Jungkook. Jungkook tersenyum dan ikut menyelimuti dirinya. Badannya menghadap belakang Jimin.

Jungkook mengelus belakang leher Jimin dengan jari telunjuknya. Melihat telinga merah Jimin, Jungkook menempelkan badannya dekat pada tubuh Jimin.

"J-jungkook, tidurlah.." bisik Jimin dan bergeser sedikit menjauh dari Jungkook. Hampir saja dia terjatuh jika tiada tangan yang menarik pinggangnya mendekati tubuh tegap Jungkook.

"Hati-hati," pesan Jungkook. Jimin cemberut. Padahal tadinya, lutut Jungkook yang menolak kakinya dan membuatnya hampir jatuh. Sedangkan Jungkook menyeringai kerana dapat memeluk tubuh kecil Jimin. Jimin dapat rasakan deruan nafas Jungkook dilehernya, namun dia tidak peduli dan cuba memejamkan matanya.

"Jimin-shi, kau dah tidur ke?" Bisik Jungkook tepat di telinganya. Jimin mahu tak mahu membuka matanya dan sedikit terkejut kerana wajah Jungkook tepat di depannya. Jungkook sudah pindah tempat daripada di belakang Jimin ke hadapan Jimin.

"Jangan membelakangkan aku. Aku nak tatap muka kau," ibu jari Jungkook membelai pipi Jimin. Seketika merasakan pipi lelaki manis itu memanas dengan sengaja Jungkook mendekatkan lagi wajahnya pada wajah merah Jimin sehingga hidung mereka bersentuhan. Dengan automatik, kedua mata indah Jimin tertutup sendirinya.

Jungkook yang mendapat signal darinya, menempelkan bibir tipisnya pada bibir merah nan kenyal itu. Membungkam dan menjilat bibir merah dan terlihat basah itu sedangkan Jimin, menikmati sentuhan Jungkook. Dia tahu itu salah kerana mereka sama-sama lelaki. Namun, suasana yang terbawa-bawa membuatnya lupa.

"Jungkook, sudah.." Jimin menolak perlahan dada Jungkook dan membuat Jungkook berhenti dari perbuatannya tadi. Melihat wajah sayu Jimin menambahkan lagi, keinginan Jungkook.

"Fuvk! Jangan buat muka macam tu Jimin! Atau aku makan kau malam ni,"

"Jungkook?" Panggil Jimin saat melihat Jungkook melamun sambil menatapnya. Jungkook tersedar dari lamunannya kembali ke realiti semula.

Jungkook lantas memeluk Jimin erat sehingga Jimin dapat merasakan detakkan jantung Jungkook. Jimin tersenyum kecil dan memejamkan kedua matanya.

Mendengar dengkuran dari Jimin, Jungkook menguncup kepala Jimin dan menghidu bau rambut Jimin. Harum. Bau vanilla dan strawberi bercampuran.

"Don't leave me, please.."

Bisik Jungkook perlahan. Namun, Jimin tidak mendengar semua itu. Dia sudah tertidur dan berada di dalam mimpi indah. Mereka akhirnya tidur didalam pelukan erat dan deruan nafas tenang. Merasakan kehangatan pelukan itu membuat mereka bersama merasakan betapa tenangnya hati mereka.

********

"Kookie, Chim, mari makan aiskrim!" Suara seorang wanita memanggil mereka berdua yang sibuk mewarna. Kanak-kanak itu berlari ke arah wanita bernama Park Yeon Seo.

"Kenapa mama?" Tanya si anaknya. Puan Park tersenyum dan mengeluarkan dua kon aiskrim masih dibalut. Dua buah perasa berbeza iaitu, nanas dan pisang.

"Pilih satu," puan Park menghulurkan pada mereka. Mata Jimin langsung tidak terlepas pada aiskrim kon berperisa pisang tersebut dan Jungkook melihat hal itu.

"Chim nak pisang?" Tanya Jungkook dan menghulurkan yang berperisa pisang. Jimin diam dan membuat wajah datar sambil menggeleng. Dengan kasar dia merampas kon aiskrim berperisa nanas.

Jimin tahu, perasa pisang adalah perasa kegemaran budak kecil itu jadi tak salah jika mahu mengalah.

"Ohh, kamu berdua suka sama perisa ya? makan elok-elok sayang," Puan Park berkata dan mula mengambil langkah ke dapur untuk menyiapkan makan tengahari mereka bersama.

Jungkook tertawa kecil mendengar kata-kata puan Park dan mula membuka pembungkus aiskrim dan mula memakannya dengan nikmat sedangkan Jimin langsung tidak membuka bungkusan plastik itu.

"Chim taknak makan ke?" Tanya Jungkook. Jimin menatap Jungkook dan membuka bungkusan aiskrim dengan cepat aiskrim itu sudah meleleh di atas kepala Jungkook.

Jungkook mula menangis.

"C-Chim?"

"Jangan panggil nama tu! Aku tak suka!" Jawab Jimin marah. Sedangkan Jungkook sudah menangis teresak-esak.

"Kookie minta maaf Chim.." lelaki yang baru berumur 5 tahun meminta maaf pada seorang budak yang lebih tinggi dan tua darinya. Kanak-kanak lelaki yang merampas aiskrim miliknya melemparkan pada wajah comelnya.

"Mama aku yang belikan kau aiskrim tu! Kau tak ada hak nak dapat aiskrim yang sama," Park Jimin seorang kanak-kanak lelaki yang nakal berumur 7 tahun membuli kanak-kanak comel yang dijaga mamanya.

Lelehan aiskrim pisang di atas kepala Jungkook, membuatnya menangis namun lebih sakit apabila lelaki didepannya memarahinya.

Tbc,

Yesh, flash back lol😂. Okelah, nak bagitahu je..yang cerita baru dah keluar. Jangan lupa baca ya,

Luv u ❣️💜

-yana-

{End}Bukan Budak Yang Sama <Jikook>Where stories live. Discover now