19

874 56 1
                                    

"Jimin kamu, kalau tak keberatan boleh tidak menyertai satu pertandingan menari di atas pentas di SM school?" Tanya guru mengajar Jimin menari. Dengan mata bersinar Jimin mengangguk sambil melompat. Guru di depannya tersenyum melihat kelakuan Jimin yang tak kalah seperti budak-budak.

"Baiklah, kamu bersedia dalam 2 minggu ni okay? Ada beberapa orang juga yang akan ikut, jadi kamu boleh berlatih dengan mereka sekali." Ucap guru itu. Jimin mengangguk laju.

"Siapa saja yang ikut puan Lee?" Tanya Jimin. Gurunya membuka beberapa fail dan menunjuk pada Jimin. Jimin mengambil kertasnya dan membaca.

"Jungkook pun ikut? Jhope hyung pun ada..gamsahamnida puan," Jimin menghulurkan semula kertas itu. Dia tak perlu kisah tentang Jungkook, kerana sekarang dia harus fokus dengan tariannya.

"Kenapalah Jungkook kena ikut? Huuh!" Marah Jimin pada mesin air. Mulutnya tak berhenti terkumat-kamit membebel pada lelaki yang bernama Jungkook.

Gedegang!

Tin minuman keluar setelah Jimin menekan tombol air yang di beli. Jimin mengambil dan belum dia membuka tin minuman itu, minumannya dirampas. Mata Jimin sampai pada orang yang pernah mengganggunya di kelas. Jimin menjeling malas dan cuba mengambil semula minuman itu. Jimin terlalu pendek untuk mencapai minumannya. Dia benci kakinya.

"Bagilah balik!" Marah Jimin pada lelaki itu. 2 orang lelaki lain di belakang mengetawai Jimin. Jimin mengerut tak suka. Dah lah tempat itu kosong tanpa orang dan hanya mereka.

"Kau yang datang tempat kitorang, ada hal ke?" Mendengar perkataan tempat Jimin jadi ingat dahulu. Bukan sekolahnya dan Jimin sudah memandai tempatnya.

"Ini tempat kau? Mesin air ini kau punya jugak ke?" Tanya Jimin separuh mengusik. Mata Jimin terpandang name tag dipakai oleh lelaki yg merampas minumannya.

"Ian? Nama saja cantik tapi orangnya? Teruk!"

Dum!

Tin minuman Jimin dicampak. Membuat Jimin sedikit terperanjat mendengar bunyi bising itu. Jimin menatap tajam lelaki bernama Ian di depannya.

"Apa kau buat? Bayar balik!" Minta Jimin menghulurkan tangannya ke depan. Ian tersenyum sinis. Melihat lelaki di depannya begitu berani.

"Ahh, kau tak kenal aku lagi. Ck susah lah, macam mana aku nak cakap ni? Aha, macam ni. Aku putra asrama ni. Kalau kau berani lawan aku, aku tak teragak-agak nak keluarkan nama kau dari asrama ni!" Jimin di tolak ke mesin itu sebaik sahaja Ian menghabiskan kata-katanya.

"Sebab itulah, bila aku datang ramai yang tunduk. Tapi kau, langsung tak tunjuk hormat!" 2 lelaki belakang Ian memegang kedua tangannya. Jimin yang ditahan berkali-kali cuba melepaskan dirinya. Dia benci sekali kalau begini terus.

"Kau putra asrama? Bukan Jungkook ke? Kau siapa nak kata putra? Kau tak layak!"

Plak,

Pipi Jimin terasa panas. Mat Jimin mula memerah tapi tak dikeluarkan air matanya. Jimin tak mahu menangis hanya kerana lelaki di depannya memukulnya. Dia tak mahu terlihat lemah.

"Jungkook memang putra asrama yang asli. Tapi, aku tahu semua pasal kau. Mau kenal puan Lee? Ya, dia mama aku. Dan papa aku pula ada 45% dari saham ni. Selebihnya, milik Jungkook. Bukan tuan Jeon, ahh aku cemburu dengan dia!"

Jimin terdiam di tempatnya. Adakah puan Lee tidak tahu mengenai anaknya di sekolah bagaimana. Keadaan anaknya seperti tidak di berikan kasih sayang dan bertindak sesuka hati.

"Sampai, mama aku tahu pasal ni. Kau takkan dapat ke asrama SM, ingat Park Jimin!" 2 orang lelaki itu menolak tangan Jimin sehingga Jimin terjatuh. Ian ketawa kecil sebelum meninggalkan Jimin di lantai seorang diri.

"Dasar pycho! Semua orang yang aku jumpa pycho, tak ada orang normal ke?" Bebel Jimin dengan tangannya menggosok bajunya yang terkena habuk. Pipinya yang jelas ternampak merah, di usap perlahan-lahan.

"Kau kenapa?"

Mendengar suara itu, Jimin bangun dari duduknya dan diam sebentar. Tidak mahu menjawab soalan itu, Jimin berjalan ingin mengambil tin minuman yang telah di campak Ian tadi. Belum nak pergi, lengannya di tarik.

"Aku tanya kau kenapa?" Suara terdengar tegas. Jimin mengeluh dan menghadap kiri supaya kesan merahnya tak di nampak lelaki di depannya.

"Aku terjatuh tadi. Pergilah sana," Jimin menolak tangan lelaki yang cuba menekan wajahnya.

"Apa kau buat Jungkook! Lepaskan aku!" Jimin menolak berkali-kali apabila dua tangan melingkari pinggangnya dan wajahnya dekat dengan lehernya.

"Siapa buat kau? Cakap namanya," suara terdengar dalam dan berat di telinga Jimin. Jimin diam tak menjawab. Dia tak mahu puan Lee membatalkan pertandingan menari di SM school. Dan dia juga tak mahu Jungkook ada kena mengena dengannya.

"Perlu ke kau tahu?" Jimin perlahan-lahan menolak Jungkook menjauh. Matanya terkunci di lantai kerana tak berani membalas tatapan mengerikan yang diberikan oleh Jungkook. Jungkook dengan kuat mencengkam dagu Jimin. Membawa tatapan mata Jimin bertemu dengannya.

"Sakithh..lepaskanlah," tangan Jimin berkali-kali memukul bahu Jungkook. Jungkook mula tak suka, semakin kuat dia mencengkam sehingga Jimin meringis.

"Lepaskan!"

"Sampai kau bagitahu aku,"

"Kookie..lepaskan Chim please?.." mendengar nama Kookie di sebut, tangan Jungkook melemah. Suara yang sama, panggilan yang sama dan orang yang sama. Mengingatkan Jungkook di masa lalunya. Di hospital, Jungkook di gendongan oleh Jimin dan dibawa ke hospital dengan berlari.

"Jangan risau..Chim tak sakit,"

"Jangan risau..Kookie tak sakit,"

Bersambung,

Guys, berita buruk☹️ esok tak ada update😖 tq, pada yang menunggu nnti😣 ingat!

Luv u ❣️💜

-yana-

{End}Bukan Budak Yang Sama <Jikook>Where stories live. Discover now