33

743 51 2
                                    

Kereta Jungkook yang dinaiki bersama Jimin terparking kemas di depan garaj rumahnya. Memandangkan jam tidak terlalu petang, Jungkook sempat membawa Jimin ke kedai aiskrim kegemarannya.

Jungkook membuka pintu untuk Jimin dan menutupnya semula setelah Jimin mengucap terima kasih.

"Jungkook, puan dan tuan dah balik ke?" Tanya Jimin apabila melihat bukan sahaja kereta Lamborghini Jungkook terletak di garaj namun kereta milik ibu bapa Jungkook pun ada.

"Mungkin," hanya itu dijawab Jungkook. Ibubapanya juga tidak memberi tahunya bila dia akan pulang. Jimin dan Jungkook mengambil beg mereka dan melangkah ke pintu depan. Mereka sedikit ragu-ragu kerana bukan 2 pasang kasut di situ namun 4.

Klik,

"Eomma? Appa?" Panggil Jungkook. Jimin yang baru masuk kaku di depan pintu. Melihat dua orang yang paling disayanginya ada di depan matanya.

"Mama! Papa!" Jimin berlari selajunya dan terus mendakap tubuh keluarganya yang datang dari Busan. Jimin yang tak sengaja menitiskan air matanya. Ingin saja dia menceritakan masalahnya pada keluarganya namun bibirnya terkunci rapat.

"Shhh, jangan menangis. Nanti mama pun ikut menangis," puan Park berkata lembut pada anak tunggalnya. Tangan tuan Park mengelus lembut bahu anaknya dan matanya tak sengaja melihat bintikkan merah yang hampir hilang di leher anaknya. Tapi, difikirkannya mungkin sahaja anaknya digigit serangga.

"Annyeong puan Park, tuan Park." Tegur Jungkook menganggu masa sekeluarga itu. Puan dan tuan Park mengangguk dan matanya sibuk melihat Jungkook dari kepala hingga kaki. Setelah itu, matanya memandang puan dan tuan Jeon. Saat itu barulah mereka faham, lelaki didepannya itu adalah Jungkook.

"Kookie? Ini kamu ke?" Puan Park bertanya seperti tidak percaya. Jungkook ketawa kecil dan mengangguk. Puan Park tersenyum lebar dan membuka luas tangannya untuk menyambut dakapan Jungkook. Jungkook mengerti dan berjalan ke arah wanita itu dan memeluknya seperti dia memeluk ibunya.

"Jeon Jungkook. Betul kamu dah berubah. Kamu betul-betul bukan budak yang sama, berubah 100%!" Ucap puan Park melonggarkan sedikit pelukannya. Tuan Park juga ikut menepuk bahu Jungkook dan menatap wajahnya.

"You look so handsome, manly and cool Jungkook! Wahh, mesti kamu popular dengan perempuan huh?" Gurau tuan Park. Jungkook tersimpul malu mendengar pujian dari keluarga Park. Jimin pula membuat wajah cemburu dan melipat tangannya sambil menghentak kakinya dengan kuat sehingga menerima perhatian keluarganya.

"Mama, papa. Chim kat sini, tapi Kookie pula yang dicari!" Marah Jimin tapi terlihat comel. Ibu bapanya mengelus rambut anaknya itu, sesekali mencium pipi gembul satu-satunya anak mereka.

🌸💮🌸💮🌸💮🌸

"Kenapa puan Park datang ke sini?" Tanya Jungkook dengan sopan apabila keluarga Park sudah duduk dengan selesa di depan keluarga Jeon. Keluarga Park tersenyum dan memegang bahu Jimin yang ditengahnya.

"Jadi. Kami disini cuma nak tanya pada Jimin," kata tuan Park menatap anaknya sambil memgelus rambut coklat anaknya yang sudah berubah sedikit perang. Jimin membalas tatapan ayahnya dengan keliru.

"Tanya apa papa?" Jimin bertanya. Puan Park memeluk bahu Jimin yang kini diberi perhatian oleh keluarga Jeon.

"Papa and mama nak bawa Jimin pergi Amerika. Kamu nak ikut kan?"

Soalan yang ditujukan oleh puan Park membuat Jimin serta Jungkook diam. Keluarga Park dan Jeon yang merasakan ketegangan suasana membuat tawa kecil bagi mengisi ruang yang mula sepi kerana tiada jawapan diberikan oleh Jimin.

"Amerika? Bila?" Mereka memandang Jungkook yang bertanya. Jimin yang ditanya Jungkook pula yang jawab. Puan Park menghela nafas dan memegang kedua tangan Jimin dengan lembut.

"Chim, mama datang ni cuma nak tanya kamu saja. Nak atau tak nak terserah kamu sayang. Tapi, Suga dia akan balik Busan. Eomma dia sakit, mungkin Seokjin temankan Suga ke Busan. Kamu fikirkanlah ya, mama tak paksa," lembut tutur ibunya berbicara. Jimin memandang ke samping dan melihat tatapan Jungkook. Matanya menunjukkan ketakutan dan akan kehilangan, dan itu membuat hati Jimin tidak tenang.

"Chim..tak tahu ma, berapa lama mama kat Amerika?" Tanya Jimin cuba mengabaikan mata Jungkook yang masih terlekat padanya. Puan Park tersenyum dan membelai pipinya.

"Lama sayang. Dalam 1 tahun," jawab puan Park. Jimin menundukkan wajahnya.

"Sayang?" Panggil ibunya. Jimin mengangkat wajahnya sambil tersenyum dan menatap anak mata ibunya.

"Umm! Okay mama, Chim ikut!" Jawab Jimin tanpa peduli mata seseorang yang kecewa dan kesedihan. Bagi Jimin, 1 tahun tidaklah lama tapi bagi Jungkook ibarat 100 tahun.

"Baguslah sayang. 2 hari nanti kita gerak okay? Malam ni, mama papa tidur hotel. Kamu nak ikut ke? Sekali kemas-kemas nanti?" Tanya tuan Park pula. Kali ini anak mata Jimin menatap wajah Jungkook. Wajahnya tidak terlihat kerana Jungkook dalam keadaan menunduk.

"Mianhe mama, Chim tak dapat ikut. Chim ada kerja nak buat dengan k-kookie...boleh kan ma?" Tanya Jimin. Wajah Jungkook diangkat dan menatap Jimin yang masih fokus pada ibunya.

"Chim..jangan tinggalkan aku,"

Bersambung

Guys😵 mata author dah kabur setiap hari hadap komputer buat kerja. Lepastu menaip lagi untuk buat cerita☹️

Guys, mungkin author akan update cerita baru setelah cerita Taejin dah tamat. Mungkin Sope? Maybe, Kookmin? What ever, btw,

Luv u 💜💕

-yana-

{End}Bukan Budak Yang Sama <Jikook>Where stories live. Discover now