21

877 54 5
                                    

Taehyung tak dapat hantar Jimin balik petang itu, kerana Seokjin yang ada kelas tambahan. Jimin yg malas menunggu akhirnya mengambil keputusan untuk ke rumah dengan berjalan kaki. Walaupun jauh, dia juga mahu bersenam. Sepanjang perjalanannya, dia hanya menyanyikan lagu dan sekali sekala menyepak batu-batu kecil. Matanya melilau kawasan yang dia lalui.

Pon,
Pon,

Jimin menoleh kebelakang mendengar bunyi hon kuat. Jimin mengerut tak suka dan berjalan lebih laju. Kereta di belakangnya pula, berjalan ke sebelah Jimin.

"Hoi, naik!" Ucapnya kasar. Jimin mendengus dan pura-pura tak mendengar. Jimin masih lagi berjalan dengan mata di depan seperti tiada kereta di sebelahnya.

Pon,

"Ish! Aku taknak Jungkook!" Marah Jimin dan sambung jalan. Mata Jimin beralih pada cafe di sebelahnya. Jimin lantas berlari meninggalkan kereta Jungkook yang masih di tepi jalan.

"Yah! Jimin!" Panggil Jungkook sebelum Jimin menghilang. Jungkook dengan geram memukul stereng kereta. Wanita di sebelah dibuat sedikit terkejut. Jungkook akhirnya menghela nafas berat sebelum menatap wanita di sebelahnya. Membelai rambut hitam panjangnya.

"Nayeon, I hantar you ke hotel dulu okay?" Pujuk Jungkook. Memang jarang Jungkook dapat keluar bersama salah satu kekasihnya. Dan Jungkook tahu Nayeon akan kecewa tapi Nayeon adalah wanita pengertian. Nayeon mengangguk dan memberi senyuman kecil. Sedangkan Jungkook menahan marahnya. Bukan dia tak tahu tentang pengenalan Jimin dengan lelaki bernama Jaehwan itu.

"Dia dah pergi," bisik lelaki di sebelah Jimin. Jimin dengan wajah yang merah sedikit menjauhi lelaki itu. Jimin berdiam sebentar apabila merasakan tatapan lelaki itu jatuh padanya.

"G-gumawo Jaehwan-shii," ucap Jimin. Jaehwan mengangguk dan menggosok rambut Jimin. Mereka kembali diam.

"Err, nak lepak cafe tak?" Tanya Jaehwan. Jimin hanya mengangguk dan kebetulan dia masih ada duit lebih. Mereka berjalan ke arah cafe dan mengambil tempat dekat dengan cermin. Mereka dengan tenang mengambil pesanan untuk dibuat sebagai juadah minum.

"Saya ambil Cappuccino saja," ucap Jimin dan diangguk dengan pelayan. Selepas mengambil pesanan dari Jaehwan, pelayan wanita itu pergi.

"Kenapa kau boleh berjumpa dengan JK?"tanya Jaehwan dengan memainkan jarinya. Dia ragu mahu bertanya kerana mungkin itu adalah hal peribadinya.

"..dia..tak siuman," jawab Jimin singkat. Jaehwan hanya mengangguk kerana merasakan Jimin tidak mahu bersembang dengan topik itu. Jimin menatap wajah Jaehwan yang melihat tepi. Menatap setiap inci wajah lelaki itu.

"Kau handsome," kata Jimin perlahan dan tetap didengari oleh Jaehwan. Jaehwan menatap semula Jimin yang masih menatapnya. Mata mereka terkunci. Mereka mungkin akan saling bertatapan jika tiada lelaki meraih tangan Jimin sehingga dia terbangun dari duduknya.

"Lepaskan aku Jungkook," arah Jimin. Tapi Jungkook malah menguatkan pegangannya tanpa melihat Jimin yang cuba melepaskan dirinya. Tatapan tajam Jungkook seperti bazooka, menembak wajah Jaehwan.

"Jungkook!" Panggil Jimin dengan kuat. Dengan panggilan itu, Jungkook menoleh pada Jimin. Jungkook seakan faham, melepaskan pegangannya yang kuat.

"Ikut aku balik," dengan singkat Jungkook berkata. Jimin yang masih menggosok pergelangan tangannya hanya menggelengkan kepalanya. Dia sangat malas melayan karenah lelaki di sebelahnya ini.

"Aku taknak, aku balik lambat sikit. Kau pergi sajalah," jawab Jimin. Jungkook menjeling ke arah Jaehwan. Mata Jaehwan dan Jimin bertemu seketika dan Jungkook lantas meraih tangan Jimin sekali lagi tapi kali ini lebih kuat sehingga Jimin meringis.

"Kalau aku kata, ikut aku balik. Kau kena balik atau..kau dihukum," dengan kata-kata itu, Jimin berhenti memberontak sedangkan Jungkook menyeringai. Melihat Jungkook memperlakukan Jimin seperti itu, Jaehwan turut bangun dari duduknya.

"Aku dan Jimin sunbaenim berjalan-jalan, JK. Jangan ganggu kami," ucap Jaehwan. Jungkook mendengus dan akhirnya mengeluarkan kad kreditnya dari poketnya. Meletakkan kad itu tepat di atas meja.

"Itu, aku bayar. Aku ambil Jimin," Jungkook terus beredar dengan Jimin yang tak rela. Jimin terus menerus menghempaskan tangannya untuk melepaskan pegangan Jungkook.

"Hiss," Jimin meringis saat Jungkook menolak Jimin dengan paksa ke dalam kereta dan menutup kuat pintu itu. Jungkook segera masuk ke dalam kereta berjumpa dengan Jimin yang mengerut dahi.

Apabila Jungkook sudah menghidupkan enjin kereta, Jimin merancang mahu membuka pintu dan terus keluar dan malangnya Jungkook terlebih dahulu menguncinya secara automatik.

"Keluarkan aku Jungkook! Kau tak faham ke?!" Marah Jimin. Jungkook hanya diam dengan bebelan Jimin. Dia kembali ke enjin keretanya. Jimin yang di abaikan mula meningkat kemarahannya.

"Yah! Jungkook kau dengar tak?! Aku tanya kau ni dah kenapa? Kalau aku cakap aku taknak, maksudnya aku taknak! Kenapa kau nak paksa aku?! Aku tak fahamlah dengan kau! Aku dgn dia nak jalan-jalan pun susah! Jaehwan lebih baik daripada k-"

Pang!

Jungkook dengan kuat meletakkan sebelah tangannya di sisi kepala Jimin. Jimin yang terkejut hanya diam dan menatap anak mata marah Jungkook. Jungkook pula, dengan tangannya yang lagi satu menggosok pipi Jimin.

"Jangan kau sebut nama lelaki lain.. depan aku,"

"K-kalau aku buat juga?"

"..aku rogol kau, sampai kau pengsan."

Bersambung,

😂😂Pelik ke? Sorry eorobun ❣️ mulai esok, I update petang.

Luv u ❣️❤️

-yana-

{End}Bukan Budak Yang Sama <Jikook>Where stories live. Discover now