31

771 51 1
                                    

Hari ini. Tepat tarikh yang dijanjikan dengan guru tariannya, Jimin akan membuat persembahan di asrama SM school bersama Jungkook dan Jhope. Jimin hanya berdiam diri ketika di perjalanan, matanya hanya terpaku di luar tingkap kerana hujan turun. Jungkook yang sedar Jimin sedang termenung, tersenyum kecil. Dia tahu, Jimin sedang gementar besar saat itu.

"Huh?" Jimin sedikit terkejut kerana sebuah tangan hangat memegang tangannya. Tanpa disedari, wajah Jimin memerah kerana kelakuan Jungkook itu. Jungkook menggenggam tangan Jimin dengan erat dan dibalas dengan Jimin. Jantung Jimin berdegup lebih kencang dari sebelumnya bukan kerana gementar tapi kerana sentuhan yang istimewa itu.

"Hahaha, dah kenapa dengan dia ni?" Jhope mengganggu ketenteraman mereka. Mereka sama-sama menoleh pada Jhope yang sedang sibuk memegang telefon pintarnya.

"Kenapa Jhope?" Tanya Jungkook. Jimin juga ikut memandang Jhope yang sibuk dengan telefon pintar ditangan tanpa membalas pandangan mereka. Jungkook yang tak dapat jawapan akhirnya mendapat idea nakal. Dengan perlahan-lahan, tangan Jungkook mendekati telefon Jhope dan merampasnya.

"Yah! JK, bagi balik!" Marah Jhope. Jungkook tersenyum nakal dan menjelir lidahnya pada lelaki yang lebih tua darinya. Jimin yang melihat tertawa kecil dan ikut melihat telefon Jhope ditangan Jungkook.

"Eh? Gambar Suga hyung?" Tanya Jimin apabila melihat gambar sahabatnya. Jhope mengangguk dan merampas semula telefonnya. Jungkook mencuit bahu Jhope.

"Ciee, ada apa ni? Sebab tu ke tak bagi aku tengok handphone kau?" Jungkook bertanya. Jhope tersenyum dan menggeleng.

"Aku belum simpan gambar dia ni. Aku takut kau padam je," jawab Jhope dan menyimpan telefonnya semula. Jimin mengangguk kepalanya, kelihatan ada seseorang yang terpikat dengan sahabatnya.

"Kita dah sampai, bersedialah." Ucap guru lelaki didepan yang sedang memandu. Lantas Jungkook, Jhope dan Jimin menggalas beg mereka untuk bersedia. Mereka membawa kostum untuk persembahan mereka sekali. Guru lelaki yang memimpin mereka membenarkan mereka keluar terlebih dahulu, dia mahu mencari tempat parkir.

"Wahh! Tak sangka kita dah sampai sini,"ucap Jimin dengan teruja. Jungkook yang disebelahnya memberikan senyuman indah dan sayangnya Jimin tidak melihat. Jhope yang melihat Jungkook menatap Jimin sambil tersenyum juga ikut tersenyum. Jarang ada sahabatnya tersenyum semanis itu. Mereka terlebih dahulu masuk ke dalam dan disambut dengan beberapa orang penjaga serta guru lainnya.

🌸💮🌸💮🌸💮🌸

Mereka berkumpul di sebuah bilik khas untuk menyalin pakaian yang dibawanya. Terlebih dahulu Jhope yang telah siap dan bersedia di belakang pentas sedangkan Jungkook sengaja melambatkan gerakannya untuk menunggu Jimin.

"Jimin, kau lambat lagi ke?" Mendengar panggilan dari luar bilik salinan Jimin segera membutang pakaian putihnya dan membetulkan rambutnya. Sebelum tangannya menyentuh tombol pintu Jimin menarik nafas dan mengukir senyuman.

"Dah siap Jungkook,"

Jimin ketawa kecil melihat Jungkook terpana melihat kehadirannya. Jimin menepuk kuat bahu Jungkook sehingga Jungkook sedikit mengaduh dan ketawa.

"Kau cantik," bisik Jungkook dekat dengan telinga Jimin. Mendengar suara berat Jungkook, wajah Jimin terasa panas dan meninggalkan warna merah terang di pipi Jimin.

"Jungkook kita kena cepat," Jimin sedikit menolak dada Jungkook. Jungkook mengangguk dan merangkul pinggang Jimin membuat lelaki manis itu mendekatinya semula.

"Oke,"

Chu~

Ciuman ringan terletak di pipi merah Jimin. Jimin melihat Jungkook yang sudah berjalan pergi meninggalkannya terlebih dahulu dan Jimin menjejaki Jungkook semula.

"Sudah?" Tegur Jhope. Jungkook dan Jimin mengangguk dan mendekati guru mereka.

"Kamu semua dah daftar jadi tinggal tunggu nama dipanggil," ucap guru tersebut. 3 J mengangguk bersamaan. Mereka mengambil tempat yang telah disediakan sedangkan Jhope sibuk dengan telefonya.

"Korang tak nerves ke?" Tanya Jimin. Jhope menggeleng sambil menyedut minumannya sedangkan Jungkook melihat Jimin yang cemas. Jungkook berpindah dari depan Jhope ke sebelah Jimin dan merangkul bahu Jimin.

"Aku kan ada. Tak perlulah nak takut sangat, lagipun yang tengok kau menari manusia bukan buaya." Ucap Jungkook. Jimin ketawa kecil dengan ucapan Jungkook tapi lebih memilih mengangguk dan merehatkan kepalanya dibahu Jungkook.

"Jungkook, tarian apa yang kau akan menari nanti? Dengan baju hitam macam ni?" Tanya Jhope pula setelah menyimpan semula telefonya tadi.

"Save me, kau?" Jawab Jungkook.

"Fake love," jawab Jhope pula.

"I need you, save me and fake love? Humm, bagus juga ya." Selit Jimin dan diangguk dengan yang lain. Sedangkan didalam minda Jungkook bermain kata-kata Jimin tadi.

"Kalau disusunkan, fake love bermaksud cinta palsu dan save ialah selamatkan saya. Sedangkan i need you adakan saya memerlukan awak. Fake love adalah bahaya, save me adalah penyelamat..walaupun saya tahu itu ini semua adalah fake love, i need you."

"Dipersilakan, remaja bersekolah di BigHit school yang merupakan asrama popular di Seoul Korea, member pertama, Jung Hoseok!"

Jhope terus bangun dan membetulkan pakaiannya dan tidak lupa membernya yang lain memberikan kata-kata semangat.

"Jhope! Hwaiting!" Kata Jimin menunjukkan Thumb up padanya. Jhope mengangguk dan menaiki tangga yang menghubungkan ke atas pentas. Diikutinya dengan beberapa penari sampingannya.

Tepukan gemuruh dihadiahkan pada Jhope sebaik sahaja lagu sudah berhenti. Sedangkan Jimin dan Jungkook terpana melihat persembahan sehebat itu. Setelah Jhope turun panggung, Jungkook dan Jimin mendakapnya erat dan melompat lompat kegembiraan.

"Wahh! Hebatnya. Sekarang aku pula yang takut," Jungkook berkata. Jhope hanya tersenyum lebar. Melihat gurunya menunjukkan Thumb up juga membuatnya bertambah gembira.

"Kalau korang nak hilangkan ketakutan korang tu, ingat saja orang yang korang sayang, suka, atau harapan korang. Oke?" Pesan Jhope. Jungkook mengangguk tapi matanya terlekat pada Jimin yang terlihat sibuk memikirkan kata-kata Jhope.

Bersambung,

Guys, dah berapa lama I tak update ☹️? Lama kan..mianhe, author buat kerja berminggu-minggu. Kerja bukan senang guys. Biasalah pelajar kan, wkwkwk.

Luv u 💕😚

-yana-

{End}Bukan Budak Yang Sama <Jikook>Where stories live. Discover now