15

914 57 3
                                    

"Sebab kau dah benci akulah, aku buat semua benda yang kau benci. Kau tak sedar Park Jimin. Aku kat sini yang ambil kau dari Busan, untuk aku balas. Buat semua benda yang aku nak, surat kiriman yang sampai depan rumah kau tu.. adalah alamat dari rumah ni. Lain dengan kawan-kawan kau, mereka layak dibandingkan dengan kau!"

"Lepaskan aku Jungkook! Kau gila!" Jimin yang di tahan oleh Jungkook di dinding cuba berkali-kali melepaskan dirinya dari pegangan kuat Jungkook. Sangat kuat. Jimin dapat rasakan darahnya berhenti mengalir kerana pegangan Jungkook di pergelangan tangannya.

"Ahh! Apa kau buat ni?!" Tangan Jimin dipegang oleh Jungkook dan membawanya ke atas kepala Jimin. Kakinya di bawa ke celah kangkang kaki Jimin dan membuat Jimin langsung tak boleh bergerak.

"Buat apa yang aku nak,"

Jimin rasakan nafas Jungkook di lehernya, sensasi pelik bermain di dalam dirinya. Jimin terkejut merasakan lehernya basah dengan benda lembut bermain di kulit putihnya. Rasanya pelik kerana dirinya tak pernah merasakan perkara pelik begini. Jimin menggigit bibir merahnya supaya dia tidak mendesah nama kotor Jungkook.

"Lepaskan aku psycho! Apa kau buat ni?!" Jimin sekali lagi terkejut apabila bibir Jungkook menyentuh kulit lehernya. Jimin menggeliat tak selesa dengan kelakuan Jungkook. Matanya memerah menahan tangisnya. Tapi, semua ini sudah melampaui batasannya.

"Lepaskan aku!!" Dengan sekuat tenaga Jimin menolak Jungkook yang telah menghisap lehernya. Jimin tak bodoh untuk mengetahui bahawa Jungkook mahu menandanya dengan love bite buatannya. Love bite yang kotor.

Sebaik sahaja Jimin dapat melepaskan dirinya dari pegangan Jungkook, Jimin menghapuskan air matanya dengan kasar seperti dia tak nak terlihat lemah di mata Jungkook.

"Hiks, kau lelaki yang paling aku benci!"

"..aku tahu,"

Jimin menolak Jungkook sekali lagi menjauhinya dan berlari menjauhi Jungkook dengan tangannya menutup mulutnya. Dia tak mahu mengeluarkan isakkan tangisannya. Dia tak mahu terlihat lemah.

Jimin dengan memakai kasut dengan tak diikat tali kasut, berlari keluar dari perkarangan rumah Jungkook. Berlari kemana sahaja dia mahu, kerana dia sudah penat. Dia bencikan lelaki bernama Jeon Jeungguk itu.

"Melampau!" Ucap Jimin memperlahankan lariannya apabila merasakan dirinya sudah jauh dari rumah Jungkook. Jimin memeluk tubuhnya demgan keadaan mencangkung, tangisan terdengar perlahan.

"Are you okay?" Suara yang tak dikenali terdengar. Jimin mengangkat wajahnya dan terlihat seorang lelaki menghulurkan kain yang berlipat padanya. Jimin bangun dan menghapuskan air matanya. Dan mengangguk, menerima pemberian dari lelaki itu.

"Gumawo," ucap Jimin. Lelaki yang tak di ketahui nama itu mengangguk dan berikan senyuman hangat. Dia melihat sekeliling, dia berada di sebuah taman bunga. Dia juga tak sangka dia sudah berlari sejauh ini.

"Apa nama kau? Aku yakin kau belajar dekat BigHit school kan?" Lelaki itu bertanya. Jimin mengangguk mengiyakan pertanyaan lelaki tinggi di depannya.

"Kebetulan aku pun belajar kat sana. Kau duduk bilik mana?" Tanya lelaki itu lagi. Jimin menggeleng bertanda dia tak tinggal di sana. Lelaki itu mengangguk faham. Jimin menghulurkan tangannya kedepan. Lelaki itu menatap Jimin tanda dia bertanya.

"Park Jimin, kau?"

"O-ohh, aku Jae Hwan. Kau kelas mana? Aku tak pernah nampak kau," lelaki bernama Jaehwan bertanya. Jimin senyap sebentar. Fikirannya melayang pada kejadian yang menimpanya tadi.

"K-kelas 4A. Kau kenal Jeon Jungkook tak?" Dengan tergesa-gesa Jimin bertanya. Jaehwan ikut terdiam dan mengangguk perlahan. Jimin menunduk. Nampaknya semua orang kenal anak Jeon. Manakan tidak, anak seorang CEO terkenal dan anak lelaki puan Jeon Soomin iaitu pelakon dan model juga ibunya adalah pelawak dari acara bernama RunningMan.

"By the way, kenapa kau menangis? Ada masalah ke?" Jaehwan jalan ke taman. Jimin juga mengikutinya dari belakang. Jimin memainkan jari kecilnya bermaksud dia gelisah mahu mengatakannya. Lagipun, dia dan Jaehwan baru kenal beberapa minit yang lalu.

"Aku..aku rindu mama aku, aku belajar kat sini dengan 2 orang kawan. Yang jaga aku..kawan mama aku," jelas Jimin. Jaehwan mengangguk faham. Jaehwan dan jimin duduk bersama di sebuah kerusi yang ada di taman itu. Jaehwan menatap bunga-bunga yang ada didepannya.

"Kau nak tahu..aku sentiasa tunggu orang yang aku tunggu datang kat sini.." Jaehwan membuka cerita. Jimim mengerut tak faham. Apa yang di maksudkan lelaki di sebelahnya.

"Dia.. kekasih aku dan selama-lamanya kekasih aku. Dia janji setiap musim bunga dia akan datang ke sini, dia kata..dia nak tengok aku pakaikan bunga yang dia suka di celah rambutnya. Dan hari ni-"

Jaehwan menatap Jimin. Jimin juga ikut menatap Jaehwan dengan tatapan tertanya-tanya untuk mengetahui lanjutannya.

"-adalah hari pemergiannya. 3 tahun yang lepas, dia janji yang dia akan datang balik. Dia kata, dia akan datang pada orang lain..tepat hari.. kematiannya,"

"A-apa maksud kau? Kematian?" Tanya Jimin yang mula keliru. Jaehwan ketawa kecil dan memegang tangan Jimin. Pipi Jimin bersemu merah dengan tangan besar Jaehwan memegang tangan kecilnya.

"Dia sakit. Dia tahu yang dia tak lama, dia.. adalah segalanya untuk aku. Tapi, dia ada kata..yang dia akan kembali tetapi sebagai orang lain. Dan aku tunggu orang yang akan aku cintakan suatu hari nanti," jelas Jaehwan lagi. Jimin mengangguk dan menundukkan kepalanya.

"Apa korang buat kat sini?!"

Bersambung,

Hi? Hye? Hai? Hy?

Mana satu korang selalu taip? Sila komen😊

Luv u 💜💕

-yana-

{End}Bukan Budak Yang Sama <Jikook>Where stories live. Discover now