Kidnapped?

62 7 36
                                    

Seminggu berlalu dengan pantas, kini pelajar boleh menarik nafas lega setelah seminggu mereka menghadapi peperiksaan akhir tahun. Sebaik sahaja selesai menjawab subjek terakhir, BTS mengambil keputusan untuk berkumpul di kelas Jimin dan Taehyung memandang kelas mereka berdua dekat dengan pintu pagar sekolah.

"Susahlah kertas terakhir tadi.." kata Jungkook dengan nada lemah.

"Aku jawab benda merapu.." kata Hoseok.

"Boleh tahanlah dia punya susah tadi." Kata Seokjin pula.

"Kau boleh jawab soalan tadi, Taehyung?" Soal Jimin kepada Taehyung.

"Kau tanya dia, entah-entah dia tak jawab pun." Sindir Namjoon.

"Tch... Baik tak payah tanya kalau itu jawapan yang akan korang jawab." Kata Taehyung dengan nada sinis.

"Dah itu hakikat yang sebenarnya. Kau memang dilahirkan untuk jadi orang b****h." Kata Seokjin pula.

"Jadi dunia ini diciptakan untuk orang bijak pandai sahaja? Tak ada guna kalau pandai dalam pelajaran tapi bo**h akhlak." Sindir Taehyung pula.

"Yah kau?!"

"Terasa kah? Tapi bukan ada pepatah yang mengatakan 'siapa yang makan cili, dia yang rasa pedasnya', jadi betullah apa yang aku cakap." Kata Taehyung lagi.

Dia telah selesai mengemas barang-barangnya dan menggalas beg untuk pulang ke rumah. Jungkook mula berdiri dan berjalan menuju ke arah Taehyung. Dia menghadiahkan sebuah tumbukan padu kepada Taehyung menyebabkan badan Taehyung mengundur ke belakang, efek tumbukan tersebut.

"Jungkook?!"

"Aku dah lama geram dengan kau, tahu tak?! Jadi rasakan tumbukan tu!" Kata Jungkook dengan nada tinggi. Taehyung tersenyum sinis, dia mengelap sisa darah di mulutnya.

"Setakat tumbukan ni, lembik sangat." Kata-kata yang keluar daripada mulut Taehyung membuatkan darah mereka mendidih. Namjoon menghadiahkan sebuah tumbukan padu ke badan Taehyung membuatkan Taehyung berundur ke belakang melanggar dinding kelasnya. Perutnya terasa senak akibat tumbukan tersebut.

"Kau makin kurang ajar sekarang ya! Kau dah berani menjawab cakap kitorang, kemudian kerap keluar rumah dengan alasan belajar. Kau fikir kitorang bo*** untuk percaya kata-kata kau tu?!" Kata Namjoon dengan nada tinggi.

Taehyung perlahan bangun daripada kedudukannya tadi. Sakit di bahagian perutnya diabaikan. Dia dah lali dengan kesakitan tersebut. Dia mula berjalan ke arah pintu jelas itu tanpa menghiraukan amarah rakan-rakannya.

"Memang korang bo***. Aku cakap benda betul, tapi korang kata aku menipu. Malas aku mahu bercakap dengan orang yang pandai ni." Kata Taehyung lalu keluar daripada kelas tersebut.

"Kau... Kesini kau!!" Kata Seokjin dengan nada marah lalu bertindak mengejar langkah Taehyung diikuti rakan-rakannya. Taehyung mengambil keputusan untuk lari daripada tempat itu dengan segera.






...






"Huhh.. nasib baik aku sempat lari.. kau memang suka cari pasal dengan orang sekarang huhh.." kata Taehyung perlahan. Dia berada di lorong tersembunyi yang berhampiran dengan taman perumahannya. Dia melihat kiri dan kanan sebelum keluar daripada tempat persembunyiannya.

"Kau fikir kau boleh lari?!" Kata Hoseok sebaik sahaja menjumpai Taehyung.

"Tch.. gigih korang kejar aku.."

"Aku akan cakap pada omma dan appa tentang apa yang kau buat." Kata Seokjin pula.

"Aku tak kisah~ Macamlah omma dengan appa pernah ambil kisah tentang aku." Kata Taehyung dengan nada rendah. Dia memandang ke arah rakan-rakannya, tak.. lebih tepat sekali figura di belakang mereka berenam.

Revenge (BTS Fanfic) ✔️✔️Where stories live. Discover now