Double update today, so enjoy your reading ok? 😉👍
...
..
.
Situasi Namjoon dan Jungkook pula, mereka berjaya menjumpai beberapa dokumen penting yang tersimpan di dalam pejabat pengawasan yang berada di aras tersebut. Kini mereka dalam perjalanan untuk meninjau beberapa buah bilik lagi sebelum bergerak ke tempat mereka sepatutnya berkumpul.
"Aku harap diorang tak naik ke atas lagi." Kata Namjoon.
"Kita lambat sebab kita mahu charge bateri laptop yang kita jumpa tadi. Nasib baik charger dia ada berdekatan." Kata Jungkook.
"Pegang elok-elok komputer tu. Changer dia pun sama. Nanti bila kita jumpa beg, kita boleh letak dalam beg tu." Kata Namjoon.
Mereka berdua bernasib baik kerana berjaya menjumpai komputer riba di bilik pengawasan tersebut. Kenapa Namjoon tidak membantu Jungkook membawa barang tersebut? Jungkook sendiri yang melarang Namjoon membawa laptop itu kerana takut laptop itu rosak. Tambahan lagi ada maklumat penting di dalam laptop itu dan hanya laptop itu sahaja yang masih berfungsi, komputer di bilik pengawasan tadi kesemuanya telah rosak.
"Hyung, ada makmal perubatan di sini. Jom masuk ke dalam." Kata Jungkook. Mereka tanpa membuang masa terus memasuki bilik tersebut.
"Yahh kau pergi arah mana tu?"
"Kook jumpa beg!"
"Hyung nak pergi arah sana sekejap."
Namjoon meninjau almari yang terdapat di makmal perubatan tersebut. Dia menjumpai beberapa jenis ubat-ubatan dan senarai nama pesakit serta ubat-ubatan yang perlu mereka makan. Dia mengambil senarai nama itu dan menelitinya.
"Kenapa aku rasa ubat-ubatan yang diorang perlu makan ini agak berlebihan? Atau ini perasaan aku sahaja? Aku patut tanya Jimin tentang ubat semua ni. Mungkin dia tahu apa-apa mengenai benda ni." Monolog Namjoon lalu memegang helaian kertas itu dengan rapi.
"Hyung ada jumpa apa-apa tak?" Soal Jungkook lalu berjalan menuju ke arahnya.
"Kertas tentang ubat yang pesakit harus makan. Hyung nak tanya Jimin tentang hal ubat ni. Kau ada jumpa apa-apa tak?" Soal Namjoon seraya menjawab persoalan Jungkook.
"Dalam beg tu ada beberapa dokumen penting. So dah boleh lah ni kita berangkat ke atas. Ni bilik terakhir yang boleh kita masuk. Yang lain tu pintunya telah rosak dan tak dapat dibuka." Kata Jungkook. Baru sahaja mereka ingin bergerak ke pintu keluar makmal itu, mereka ternampak suatu figura sedang memegang sesuatu ditangannya. Kelihatan seperti sebuah pendrive.
"Yahh kau siapa?!"
Figura itu terpandang ke arah mereka berdua lalu tanpa membuang masa, dia keluar daripada tempat itu dengan segera.
"Taehyung?!"
"Kita kejar dia!"
Mereka mula mengejar langkah Taehyung namun lama kelamaan mereka kehilangan jejaknya. Mungkin dia memilih untuk menyorok daripada tempat itu.
"Budak tu memang pandai main sorok-sorok. Macam mana aku boleh terlupa tentang kelebihan dia.." kata Namjoon. Jungkook pula terdiam apabila mendengar kata-kata Namjoon.
"Pandai menyorok?" Soal Jungkook.
"Kita pernah main sorok-sorok masa kecil dulu dan Taehyung selalu menang permainan itu. Kau dah lupa kah?" Soal Namjoon selepas menjawab soalan itu.
YOU ARE READING
Revenge (BTS Fanfic) ✔️✔️
Mistério / Suspense"Dimana kita berada?!" "Bilik kosong?" "Kita diculik!!" "Kenapa aku diculik bersama mereka.." ... "Hello BTS.." "Siapa kau?!" "Siapa aku tak penting... Apa kata kita main satu permainan?" "Tak akan!" ... "Kau... Kau pembelot!!" "Kau memang tak guna...