!? TRIGGER WARNING!?
?! MENTION SUC**E!?"Huhh Kim Taehyung, look at me. Asal kau tiba-tiba macam pesakit mental je aku tengok." Keluh Yoonmin. Dia hanya mampu pasrah melihat Taehyung berzumba sana sini. Kadang kala dia terfikir bahawa Taehyung salah masuk hospital. Nampak bahagia sangat dah dia tengok.
"Aku gembiraaaaa!!" Jerit Taehyung lalu berzumba tanpa henti.
See ada tanda-tanda pesakit hospital bahagia. Yoonmin mengalihkan perhatiannya pada kaca televisyen. Televisyen memaparkan berita terkini itu lebih menarik minatnya lalu dia menekan butang kawalan televisyen untuk mendengar berita itu dengan lebih jelas.
"Kim Taehyung... Kau patut tengok ni.." kata Yoonmin dengan nada sedikit terkejut. Taehyung berhenti berzumba dan menoleh ke kaca televisyen. Nampaknya berita terkini itu lebih memeranjatkan dirinya.
"Kita digemparkan dengan berita kehilangan seorang remaja lelaki yang dipercayai merupakan anak kepada usahawan terkenal, Kim Taeyang. Mereka mendakwa bahawa mereka terpaksa menghadiri satu majlis makan malam rasmi dan terpaksa meninggalkan anak bongsu mereka seorang diri memandangkan mangsa tidak gemar mengikuti majlis rasmi."
"Penipu....."
"Saya mohon sesiapa yang menjumpai anak saya, Taehyung tolong hubungi kami.." kata Kim Taeyang.
"Tae mana Tae pergi.. omma rindukan kamu.. pulanglah Tae.." balas puan Kim merangkap ibu kepada Taehyung, dengan nada sayu.
"Penipu... Dusta..."
"Sesiapa yang menjumpai mangsa sila laporkan kepada polis dengan kadar segera. Sekian daripada saya.."
Televisyen itu segera ditutup oleh Yoonmin. Dia mengesan aura kegelapan mengelilingi Taehyung.
"Taehyung??"
"Diorang penipu.."
"Semua kata-kata diorang tu dusta.."
"Kalau aku balik, aku akan terima akibat sebab menyusahkan diorang.."
"Penipu.."
"Aku benci diorang!!"
Taehyung mencampakkan selimut dan bantalnya ke bawah. Dia mula hilang kawalan. Tanpa mereka sedar mata kirinya berubah menjadi warna merah darah.
"Yah Kim Taehyung! Kawal diri kau!" Marah Yoonmin.
"Kau tak akan faham perasaan aku?!" Kata Taehyung dengan nada marah.
"Aku rasa kau patut tengok ni.." kata Yoonmin dengan nada lemah.
"Tengok apa.."
Televisyen dibuka sekali lagi dan berita lain pula tersiar.
"Sekali lagi kita digemparkan dengan kes remaja lari rumah. Zaman hari ini seringkali berlakunya kes lari dari rumah. Remaja perempuan dilaporkan menghilangkan diri selepas permintaannya tidak ditunaikan oleh ibu bapanya."
Taehyung mendengar keluhan daripada Yoonmin lalu kembali fokus kepada berita tersebut.
"Remaja tersebut dikenali dengan nama Yoonmin, merupakan anak kepada pemilik sekolah berprestij dalam negara kita, Min Yoosub."
"Saya tak tahu nak kata apa. Isteri saya cakap yang Yoonmin meminta dia untuk membeli sebuah kereta untuk dia. Dia masih lagi di bawah umur, jadi isteri saya tak benarkan dia untuk memiliki kereta sehingga mencapai had umur dibenarkan."
YOU ARE READING
Revenge (BTS Fanfic) ✔️✔️
Mistério / Suspense"Dimana kita berada?!" "Bilik kosong?" "Kita diculik!!" "Kenapa aku diculik bersama mereka.." ... "Hello BTS.." "Siapa kau?!" "Siapa aku tak penting... Apa kata kita main satu permainan?" "Tak akan!" ... "Kau... Kau pembelot!!" "Kau memang tak guna...