Maaf author baru teringat untuk update story ni!
Author risau tentang sesuatu, jadi author lupa tentang Wattpad hehe..
Sebagai balasan, author double update ok?
Enjoy!
...
..
.
Taehyung dan Baekhyun mengambil keputusan untuk merayap di aras 2 untuk mencari maklumat lain.
"Baek, ada bilik pengawasan lah. Nak masuk tak?" Soal Taehyung.
"Jom. Aku tak jelajah lagi tempat ni."
Mereka berdua masuk ke dalam bilik itu untuk melihat apa yang terdapat di bilik itu. Kelihatan beberapa buah komputer yang kelihatan telah rosak. Ada sebuah meja lain di situ, mungkin milik kepada orang yang ditugaskan menjaga tempat itu.
"Semua dah rosak ke? Aku ada jumpa pendrive.. macam mana nak tahu apa benda yang ada dalam pendrive tu?" Soal Taehyung. Dia buntu sebenarnya.
"Tae, aku ada idea!"
"Idea apa?"
"Tengok tu, skrin komputer dia tak rosak kan? Jadi kita akan guna skrin tu."
"Tapi CPU dia rosak."
"Haish kau ni.. carilah CPU yang tak rosak. Kita cari komponen komputer yang tak rosak dan sambungkan semua. Nanti kita dapat buka, bolehlah kita semak apa yang terdapat dalam pendrive tu!"
"Gosh kenapa aku tak terfikir?! Bijak! Ok jom mulakan!"
Mereka mula mengumpulkan komponen komputer yang tidak rosak di atas meja yang terdapat di bilik pengawasan itu. Sebaik sahaja selesai, mereka cuba menghidupkan komputer itu dan berjaya!
"Nice!"
"Cepat cucukkan pendrive tu!"
Mereka tanpa berlengah lagi membuka file yang terdapat di dalam pendrive itu. Muka mereka pucat sebaik sahaja membuka file itu. Terdapat hasil kajian eksperimen dan senarai nama orang yang dijadikan ujikaji.
"Baek... Nama kau.. ada dalam ni.."
"Nama kau pun ada.."
"Kita jadi bahan ujikaji? Tapi bila?"
"Kalau ikutkan tarikh ni, umur kita 2 tahun."
"Ibu bapa kita yang jadikan kita bahan eksperimen?"
Taehyung menekan satu video yang tertera namanya dan nama kembarnya.
"Hello anak-anak mama."
"Mama?"
"Bila kamu tengok video ni, mungkin masa tu mama dan papa dah tiada lagi di dunia ni. Jangan sedih ya, mama dan papa sentiasa ada di dalam hati kamu."
"Mungkin kamu akan terkejut bila buka file dalam pendrive ni. Jadi mama rekod video ini untuk jelaskan kepada kamu semua. Tentang apa yang terjadi."
"Mungkin kamu akan berasa sangat terkejut bila tahu yang kamu juga menjadi sebahagian daripada eksperimen ini. Ianya berlaku tanpa kami berdua sedar. Dia yang menjadikan kamu bahan eksperimen. Bila kami dapat tahu tentang itu, kami terus membuang dia daripada tempat ini."
![](https://img.wattpad.com/cover/161437583-288-k840720.jpg)
YOU ARE READING
Revenge (BTS Fanfic) ✔️✔️
Mystère / Thriller"Dimana kita berada?!" "Bilik kosong?" "Kita diculik!!" "Kenapa aku diculik bersama mereka.." ... "Hello BTS.." "Siapa kau?!" "Siapa aku tak penting... Apa kata kita main satu permainan?" "Tak akan!" ... "Kau... Kau pembelot!!" "Kau memang tak guna...