?! TRIGGER WARNING!?
?! MENTION SUC**E!?"Macam.. Bunuh ahli keluarga dia sendiri. Sebab saya pernah buat macam tu..." balas Baekjin, agak perlahan.
"Bwo?!"
"Awak ingat tak masa awak tak jumpa saya tu. Baru sekarang saya muncul." kata Baekjin.
"Jadi?"
"Saya dihantar ke pusat tahanan. Sebab bunuh..." Baekjin tidak mampu meneruskan kata-katanya. Tragedi itu terngiang-ngiang dalam fikirannya.
"Awak tak takut ke nak berkawan dengan saya?" soal Baekjin perlahan.
"Kenapa nak takut? Awak tak sengaja kan? Saya pasti ketika tu keadaan yang mendesak awak buat perkara tu." kata Yuumi lalu tersenyum.
"Lagipun macamlah saya tak pernah cuba.." katanya lagi.
"Yuumi.."
"Masa tu appa saya tengah mengamuk dan dia pukul omma saya. Unnie saya peluk saya, kitorang takut sangat. Saya tengok omma saya dah parah, jadi saya lepaskan pelukan unnie saya dan hentak kepala appa saya sekuat hati."
"Unnie saya menjerit bila saya buat macam tu. Omma pula terkejut dengan tindakan saya. Appa rebah, tapi dia tak pengsan lagi. Masa tu kitorang dengar bunyi siren polis. Omma saya bangun dan rampas kayu pemukul yang saya pegang. Dia suruh unnie saya bawak saya lari. Dan tu kali terakhir kitorang jumpa omma."
"Mungkin kejadian tu dah tinggalkan trauma pada unnie saya. Kitorang dihantar ke rumah anak yatim piatu selepas tu. Unnie diambil oleh keluarga kaya raya sebagai anak angkat. Saya pulak hidup berdikari. Saya tekad untuk lupakan kejadian tu."
"Tak sangka.. Teruk juga kisah hidup awak. Saya ingat muka lawa macam awak ni, hidup bahagia." kata Baekjin. Dia tidak menyangka bahawa sahabatnya juga mempunyai masa silam yang agak perit.
"Hahaha.. Tapikan, macam mana nak jadikan mereka berdua sebagai adik angkat kita? Kalau Taehyung, senang je sebab dia anak buah saya. Yoonmin?" soal Yuumi.
"Saya ada idea. Tapi kita perlu tanya pendapat mereka berdua dulu." kata Baekjin lalu berdiri. Yuumi hanya mengikut sahaja.
Baekjin mengetuk pintu wad terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam wad tersebut diikuti Yuumi.
"Eohh.. Jin hyung! Yuumi noona!" kata Taehyung, teruja. Yoonmin memandang ke arah dua orang yang memasuki wadnya.
"Annyeong haseyo.." sapa Yoonmin.
"Yoonmin kan? Akhirnya kamu sedar pun. Kamu ok?" soal Yuumi.
"Saya ok, unnie. Cuma rasa penat je." kata Yoonmin.
"Soo.. Kenapa kamu bunuh diri?" soal Baekjin.
"Masalah family. Macam biasa." kata Yoonmin, agak ringkas.
"Boleh terangkan? Kadang kala puncanya hanya masalah kecil, tapi penyelesaian dia tak logik." kata Baekjin.
"Huhh.. Saya memang nak cerita. Tapi jangan kata saya merepek. Family saya paling pelik di dunia. Diorang benci saya sebab saya perempuan." kata Yoonmin. Seperti yang dijangka, muka Yuumi, Baekjin dan Taehyung berubah. Ada yang macam nak marah pada dia, ada yang nak gelak.
YOU ARE READING
Revenge (BTS Fanfic) ✔️✔️
Mystery / Thriller"Dimana kita berada?!" "Bilik kosong?" "Kita diculik!!" "Kenapa aku diculik bersama mereka.." ... "Hello BTS.." "Siapa kau?!" "Siapa aku tak penting... Apa kata kita main satu permainan?" "Tak akan!" ... "Kau... Kau pembelot!!" "Kau memang tak guna...