"Hello my dear victims. Hehe sekarang jam telah menunjukkan pukul 8 pagi.."
"Ouh lupa.. korang sendiri tidak tahu sekarang siang atau malam. Hehehe.."
"Bangun semua. Sarapan telah disediakan di lobi aras 4. Nampaknya semalam telah ada yang berjaya merungkai identiti aku.. jadi semua diminta berkumpul.."
"Ouh ya, semoga berjaya."
Pengumuman itu mengejutkan hampir kesemua mereka. Orang yang pertama tiba di lobi ialah pasangan kembar Kim yang kini sedang bermain kejar-kejar. BTS kini telah tiba di lobi itu lantas mengambil sebungkus roti setiap seorang dan sebotol air minuman. Mereka duduk di dalam kumpulan mereka sahaja.
"Nampaknya kami dah kalah dengan dua orang itu." Kata Seokjin.
"Kalah dengan kami? Bukan korang ke yang dapat rungkai siapa dalang permainan ini?" Soal Taehyung.
"Berlagak pula sekarang ini. Tak mengaku pula.." sindir Namjoon.
"Eoh Baek semalam kita buat apa ya?" Soal Taehyung kepada kembarnya.
"Kita pergi aras bawah sekali untuk cari mayat mak ayah kita. Kemudian tak dapat tidur sebab terbayang muka mayat pesakit yang kena seksa." Jawab Baekhyun.
"Kenapa aku dah lupa?"
"Kau pergi hentak kepala kau dengan sengaja sebab nak lupakan apa yang kau tengok."
"Patutlah aku tak ingat langsung and kepala aku pening sekarang.."
"Kalau bukan korang, siapa lagi?" Soal Yoongi.
"Nampaknya kamu telah berkumpul mengikut arahan."
"Disebabkan ramai yang masih tidak tahu tentang aku, korang boleh berbincang dengan kawan-kawan korang. Hari ini hari penentuan nasib kamu semua.. jadi bersedia.."
Pengumuman itu tamat untuk memberi peluang mereka semua berbincang.
BTS kini duduk di dalam bulatan untuk berbincang manakala pasangan kembar itu mengambil keputusan untuk meneruskan pencarian mayat ibu bapa mereka. Katanya diorang dah kalah, jadi diorang nak cari mak ayah diorang then duduk dengan diorang.
"Creepy.."
"Ada antara kita yang dah tahu siapa dalangnya ke?" Soal Hoseok.
"Tak tahu.. gambar adalah kata kunci paling penting tapi muka mereka dirosakkan dengan sengaja." Kata Jimin.
"Aku yakin antara mereka berlima, hanya seorang sahaja yang masih hidup! Aku akan pastikan dia menyesal!" Kata Jungkook dengan nada marah.
"Aku akan saman dia!" Kata Hoseok pula.
"Aku yakin Taehyung ialah dalangnya!" Kata Seokjin dengan nada serius.
"Kenapa hyung cakap macam itu? Lagipun semasa pengumuman tadi dia ada sahaja di sini." Kata Yoongi.
"Dia boleh sahaja rakam suara dia dan berpura-pura terkejut apabila mendengar pengumuman itu." Kata Seokjin.
"Itu betul. Lagipun dia kata yang dia berada di sini lebih awal daripada kita! Mungkin dia yang merosakkan gambar itu!" Kata Jimin pula.
"Kim Taehyung! Hentikan permainan kaulah! Kami dah tahu kau dalangnya!" Marah Namjoon.
"Aku dalangnya?" Soal Taehyung secara tiba-tiba. Dia muncul di lobi itu bersama kembarnya.
"Kenapa kau yakin bahawa kembar aku ini dalang permainan ini?" Soal Baekhyun.
"Dia berada di sini lebih awal berbanding kami. Dia yang rosakkan bukti untuk sabotaj kami semua. Alasan apa lagi yang kau mahu?" Kata Hoseok.
YOU ARE READING
Revenge (BTS Fanfic) ✔️✔️
Mystery / Thriller"Dimana kita berada?!" "Bilik kosong?" "Kita diculik!!" "Kenapa aku diculik bersama mereka.." ... "Hello BTS.." "Siapa kau?!" "Siapa aku tak penting... Apa kata kita main satu permainan?" "Tak akan!" ... "Kau... Kau pembelot!!" "Kau memang tak guna...