Disebabkan author dapat siapkan draft baru hari ni so yeah ini chap seterusnya.
Enjoy 😉
...
..
.
"Selamat datang, BTS."
Mereka bertujuh tersentak apabila mendengar satu suara garau yang menyapa mereka semua.
"Siapa kau?!" Soal Seokjin dengan nada serius.
"Kau yang culik kami, bukan?!" Kata Yoongi dengan nada marah.
"Lepaskan kami lah!" Marah Jungkook pula.
"Lepaskan? Haha korang buat lawak kah?"
"Kau fikir kitorang bergurau ke sekarang ni?!" Kata Namjoon pula.
"Hehh.. aku tak kisah apa yang kamu semua rasa sekarang ini. Tapi aku yakin korang mahu keluar daripada tempat ini bukan?"
"Orang gila sahaja yang tak mahu keluar!" Kata Jimin pula.
"Jika kamu semua mahu keluar, kita akan main satu permainan. Jangan risau, jika korang berjaya selesaikan misteri tersebut. Korang akan dapat keluar daripada tempat ini."
"Jadi... Jika kami tidak dapat menyelesaikan misteri itu, kami akan terperangkap di sini untuk selama-lamanya. Begitu kah?" Kata Taehyung lalu berdiri daripada tempatnya.
"Bijak! Korang akan terperangkap di sini untuk selama-lamanya!"
Kedengaran bunyi ketawa daripada dalang itu. Mereka mula rasa berang. Ada yang menumbuk dinding bilik itu, ada yang menjerit marah.
"Apa kau fikir ibu bapa kami akan berdiam diri sahaja?"
"Ahh tentang itu... Ibu bapa kamu semua.. tak akan cari kamu~"
"Apa... Apa yang kau buat?!" Marah Yoongi.
"Jangan risau, aku cuma menghantar e-mail kepada mereka. Untuk memaklumkan tentang ketiadaan kamu semua. Kamu semua kawan baik bukan? Jadi mereka tak akan tahu perkara sebenar yang berlaku kepada anak-anak mereka."
"Permainan apa yang kau mahu kami selesaikan?" Soal Taehyung dengan nada tenang.
"Kau sepakat dengan dia kah?!"
"Look here, kalau kita mahu keluar, kita perlu ikut apa yang dia rancang. Cuma selesaikan misteri, aku rasa itu bukan masalah besar." Kata Taehyung.
"Jadi kau pilih untuk tunduk dengan arahan dia?" Kata Jungkook dengan sinis.
"Fine! Korang nak tinggal sini, cakap awal-awal! Aku tak kisah pun apa pilihan korang! Kalau aku tak pilih untuk ikut arahan dia, aku yang mati akibat kurang darah! Kalau aku berjaya selesaikan misteri ini, aku akan keluar seorang diri. Dan jangan harap untuk minta pertolongan aku masa tu." Kata Taehyung lalu tersenyum sinis.
"Jadi kau pilih untuk berpura-pura tidak tahu jika kau berjaya keluar. Begitu?" Soal Jimin.
"Bukan itu apa yang korang buat pada aku dahulu? Dah lupa? Yahh encik! Cepat bagitahu tentang permainan kau. Aku nak cepat berambus daripada sini!" Kata Taehyung.
"Good boy! Permainannya mudah sahaja. Korang semua sekarang berada di asylum terbiar yang terletak di bawah tanah. Tiada pintu keluar daripada tempat ini memandangkan tempat ini telah dirobohkan di bahagian atas tanah. Hanya satu pintu sahaja namun hanya pemenang sahaja yang akan tahu dimana pintu itu berada."
YOU ARE READING
Revenge (BTS Fanfic) ✔️✔️
Misterio / Suspenso"Dimana kita berada?!" "Bilik kosong?" "Kita diculik!!" "Kenapa aku diculik bersama mereka.." ... "Hello BTS.." "Siapa kau?!" "Siapa aku tak penting... Apa kata kita main satu permainan?" "Tak akan!" ... "Kau... Kau pembelot!!" "Kau memang tak guna...