Mistake

88 7 4
                                    

Tujuh orang remaja lelaki kini dalam perjalanan menuju ke sekolah bersama-sama. Enam orang daripadanya sedang seronok berbual rancak manakala seorang lagi remaja lelaki hanya menghiraukan perbualan tersebut dan mengambil keputusan untuk berdiam diri sahaja.

"Eoo Tae, selepas kejadian yang berlaku dulu kau makin berubah." Kata Jimin secara tiba-tiba. Taehyung memandang ke arah Jimin untuk seketika sebelum kembali memandang ke hadapan.

"Manusia akan berubah, bukan? Korang layan aku macam patung yang tak ada perasaan, jadi itu yang aku akan jadi." Kata Taehyung dengan nada sinis.

"Tae.."

"Jimin jatuh sakit sebab kau tahu tak?! Kau cakap macam tu pada dia, kau memang?!"

Taehyung mula berjalan dengan pantas menghiraukan bebelan abang keduanya, Namjoon.

"Yahh Kim Taehyung!"

Taehyung memakai earphone sambil berjalan menuju ke sekolahnya. Suasana di sekelilingnya diabaikan. Jimin terasa hati dengan kata-kata yang keluar daripada mulut Taehyung namun apa yang dikatakan oleh dia ada kebenarannya. Mereka bertujuh nampak sahaja seperti kawan rapat, namun hakikat yang sebenarnya tidak. Mereka mengabaikan Taehyung kerana dia berbeza dengan mereka.

Perbezaan apakah yang membuatkan mereka mengabaikan Taehyung? Dia sendiri tidak tahu kenapa dia memberikan layanan sebegitu terhadap Taehyung.

Taehyung tiba di kelasnya beberapa minit lebih awal berbanding rakan-rakannya. Dia duduk di tempatnya yang terletak di belakang sekali lalu mengeluarkan buku untuk dibacanya. Dia memilih untuk mendengar lagu yang mempunyai rentak yang perlahan, sesuai untuk didengari semasa sedang belajar.

"Budak tu yang buat cubaan bunuh diri sebelum ini kan?"

"Sengaja nak menyusahkan mak ayah dia lah tu.."

"Rajin baca buku, tapi tetap jadi pelajar corot dalam kelas."

Suara-suara tersebut jelas kedengaran di cuping telinganya, tanpa sedar dia menggenggam pensel yang berada di tangannya dengan kuat. Getaran pada telefon dia membuatkan dia tertanya-tanya siapakah yang menghubungi dia.

"Yoonmin? Kenapa dia telefon aku waktu macam ni?" Monolog Taehyung. Dia memilih untuk menjawab panggilan tersebut memandangkan kelas dia dibatalkan oleh gurunya yang mempunyai mesyuarat pada jam pertama pelajaran.

"Eoh hyung semua datang kelas Chim, kelas batal juga kah?" Soal Jimin.

"Yup!"

"Kitorang datang lepak sini kejap."

"Tumpang tidur.."

"Hyung ni tahu tidur je.."

"Diamlah arnab!"

Taehyung mengabaikan pergaduhan rakan-rakannya dan fokus terhadap urusannya. Jimin baru sahaja ingin mengajak dia lepak bersama mereka terbatal setelah melihat Taehyung sedang menghubungi orang lain.

"Hello, kenapa kau hubungi aku?"

"Nak minta kepastian. Betul kau nak datang rumah unnie aku?"

"Mestilah! Kita semua menghampiri tarikh peperiksaan akhir tahun, jadi aku nak minta tunjuk ajar daripada kau."

"Bersemangat betul. Ok aku tolong.."

"Hehe.. ahh alang-alang esok cuti hujung minggu, aku nak bermalam di sana juga lah. Aku perlukan ketenangan untuk belajar."

"Aku tak kisah kalau kau nak datang bermalam di rumah aku. Jangan lupa minta kebenaran keluarga kau. Kalau tak aku halau kau daripada rumah aku."

Revenge (BTS Fanfic) ✔️✔️Where stories live. Discover now