"Tak sangka kau ada bakat berlakon." Kata Taehyung."Kau pun apa kurangnya. Cepat tangkap apa yang aku buat." Balas Yoonmin. Kini mereka berada di dalam kereta menuju ke rumah Baekjin.
"Awak berlakon jadi appa diorang? Hehehe terasa lawak pula bila dengar." Kata Yuumi lalu tergelak kecil.
"Awak pun dapat gelaran omma. Jangan lupa pula." Balas Baekjin lalu ketawa. Wajah Yuumi berona merah kerana berasa malu.
"Unnie blush!" Sakat Yoonmin.
"Wuuuuuu."
Dalam kereta itu dihiasi bunyi ketawa mereka berempat. Nampak seperti sebuah keluarga yang bahagia. Siapa sangka mereka yang masing-masing mempunyai latar belakang yang berbeza namun di atas satu takdir, mereka dipertemukan dan paling mengejutkan adalah kisah hidup mereka adalah lebih kurang sama.
"Its UNMYEONG."
"There's nothing that can stop us right now. Thanks for make us exist in this world~"
...
..
.
BTS melawat Jimin keesokan harinya di wad yang menempatkan nya. Memandangkan Jimin dibenarkan keluar dari hospital, mereka bersepakat untuk menjemputnya dari hospital sebelum menuju ke satu tempat yang pasti hanya mereka sahaja yang tahu tentang itu.
Terowong yang tergendala pembinaan menjadi tempat rahsia mereka bertujuh. Kini hanya mereka berenam berdiri di hadapan pintu masuk terowong itu.
Seperti yang kita tahu, ada satu pepatah Inggeris yang menyatakan ' Don't Judge A Book By It's Cover' yang memberi maksud, jangan menilai sesuatu daripada luarannya. Ya, terowong itu nampak seperti telah lama ditinggalkan dan seolah-olah hendak roboh. Namun begitu tiada sesiapa yang tahu tentang satu kawasan yang menarik dan indah dihujung terowong itu.
Terdapat sebuah taman bunga dan terdapat juga sungai kecil di penghujung taman itu. Seperti oasis di padang pasir, dan hanya diketahui oleh BTS setelah usaha mereka meneroka tempat-tempat yang ditinggalkan oleh orang membuahkan hasil. Taman indah itu yang diberi nama Army Park menjadi tempat berkumpul mereka.
"Dah lama kita tak datang sini." Kata si maknae, Jeon Jungkook.
"Hyung setuju. Kita semua sibuk dengan urusan masing-masing. Jadi apa salahnya kita datang sini dan tenangkan fikiran kita." Kata si hyung sulung, Kim Seokjin.
"Jadi bolehlah kita dirikan khemah di sini. Yoongi dan Hoseok, korang ditugaskan cari kayu api sebanyak yang mungkin. Aku, Jin hyung dan Jungkook akan dirikan khemah. Jimin, kau baru keluar dari hospital. Jadi aku tak akan bagi tugasan yang berat kepada kau. Kau bebas untuk buat apa-apa yang kau mahu sementara kami jalankan tugas masing-masing." Arah Namjoon selaku ketua dalam kumpulan mereka.
"Baik!!"
......
Tiga buah khemah berjaya didirikan dan kayu api juga terlah berjaya dijumpai oleh Hoseok dan Yoongi. Matahari mula terbenam, ya hari telah senja pada hari itu. Mereka perlu bersedia untuk menghidupkan api sebelum malam menjelma. Seokjin sedang sibuk menguruskan makan malam mereka. Sebelum mereka berada di situ, mereka membeli makanan yang banyak sebagai bekalan mereka semasa berkhemah.
"Bahan masakan dah tersedia. Tinggal untuk dimasak sahaja." Kata Seokjin.
"Apa kata kita...." Jimin memandang setiap wajah rakan-rakannya. Masing-masing tersenyum sinis.
![](https://img.wattpad.com/cover/161437583-288-k840720.jpg)
YOU ARE READING
Revenge (BTS Fanfic) ✔️✔️
Детектив / Триллер"Dimana kita berada?!" "Bilik kosong?" "Kita diculik!!" "Kenapa aku diculik bersama mereka.." ... "Hello BTS.." "Siapa kau?!" "Siapa aku tak penting... Apa kata kita main satu permainan?" "Tak akan!" ... "Kau... Kau pembelot!!" "Kau memang tak guna...