Story of her part 2

49 6 4
                                    

Hyunri pov..

Aku berjalan menyusuri tepi sungai Han. Aku dalam perjalanan untuk membeli makan malam aku. Hmm.. Ramyeon atau ramen? Yang mana patut aku makan? Ahh.. Lihatlah yang mana nampak menyelerakan. Makan di rumah atau di kedai? Mungkin kedai..

Tanpa aku sedar jam di tanganku menunjukkan pukul 7 malam. Aku terus berjalan menuju ke sebuah kedai serbaneka yang biasa aku kunjungi. Pekerja di dalam kedai itu memandang aku pelik.

"Kamu tak kerja ke hari ni? Sekarang kan shift kamu kerja."

Kata pekerja itu. Ouhh baru aku ingat. Ni tempat kerja aku dan sekarang dah masuk shift aku kerja. Ni kali yang ke berapa aku terlupa tentang kerja sambilan aku. Maklumlah aku hanya bekerja shift malam. Tiada siapa kisah aku pulang ke rumah atau tidak. Pada waktu pagi, aku akan ke sekolah. Tidur aku tak pernah cukup. Haishh.. Lumrah hidup memang selalunya macam ni.

Aku menukar baju kerja aku dan mengambil alih tempat rakan sekerja aku. Shift dia dah selesai dan dia sedang bersiap untuk pulang.

"Ouh ya. Rakan sekerja kamu tu dah berhenti kerja. Jadi kamu kerja seorang je hari ni."

"Berhenti? Haishh... Kena sediakan alatan keselamatan lah nampaknya."

Dia tergelak mendengar kata-kata aku. Apa? Betullah. Malam kan bahaya untuk perempuan. Biasanya aku kerja berdua dengan orang tu. Tapi dia berhenti pula. Aku rasa nak sepak je muka abang senior ni.

"Maaf Hyunri.. Hehe.. Baguslah idea kamu tu. Hyung ingat nak teman kamu tapi malangnya shift kita lain. Hyung pun dah penat."

"Tak mengapa. Saya dah besar dah. Boleh jaga diri sendiri. Hyung baliklah. Nanti kesian Dong hyuk. Dia mesti tengah tunggu hyung dia ambil dia."

"Arraseo. Jaga diri ya, Hyunri."

"Baik hyung!"

Sebaik sahaja mendengar kata-kata daripada aku, dia berangkat pulang. Aku kagum dengan senior aku, Dong wook. Dia menjalankan tanggungjawab dia sebagai seorang abang dengan baik. Nasib dia tak ubah seperti aku. Diabaikan oleh ibu bapa. Namun ibu bapa dia telah bercerai dan membawa haluan masing-masing, melepaskan tanggungjawab sebagai ibu bapa. Kejam bukan?

Adik dia, Dong hyuk berusia 10 tahun dan tidak bersekolah. Dia tidak mampu menghantar adik dia ke sekolah. Senior hampir berhenti sekolah. Tapi aku halang tindakan dia. Senior seorang yang berkebolehan. Kalau dia habis belajar, dia boleh ke universiti dengan mudah. Dia mampu ubah hidup dia dan adik dia. Sebab itu aku halang dia.

Mengenai adik dia? Aku ada kenalan yang sanggup jadi guru kepada Dong hyuk tanpa bayaran. Dia seorang guru yang dah bersara. Dong hyuk akan dihantar ke rumahnya setiap hari pada waktu senior kerja.

Nama guru itu Miss Yuura. Dia bekas cikgu sekolah rendah aku. Aku paling rapat dengan dia. Cikgu Yuura sahaja yang tahu masalah keluarga aku.

Masalah senior dah selesai. Tapi masalah aku? Tak lama lagi akan selesai. Tak sabar aku tunggu hari tu. Dan aku harap ianya berakhir dengan cepat.

End pov..

Someone pov..

Wahhh... Sejuknya cuaca hari nii.. Entah kenapa aku rasa ingin beli mi segera sahaja di kedai serbaneka. Makan di kedai jauh lebih baik. Sekurang-kurangnya ada manusia di situ berbanding di rumah, kosong, sunyi macam hati aku. Huhh...

Sedang aku melayan perasaan aku, aku ternampak kertas yang tertulis 'kerja kosong' di kedai serbaneka yang baru sahaja ditampal oleh pekerja kedai itu. Hmmm... Patut ke aku ambil kerja tu? Lagipun omma appa tak balik esok lusa. Diorang tidur di hotel. Duit makan pun cukup untuk hari ini je. Esok? Entahlah..

Revenge (BTS Fanfic) ✔️✔️Where stories live. Discover now