Their choice

41 4 18
                                    

Keesokan harinya Yoongi antara yang pertama terjaga. Dia melihat ke arah pengecas komputer riba dan berfikir sejenak sebelum tersedar sesuatu.

"Yahh laptop kita hilang!!" Jerit Yoongi. Ahli BTS yang lain mula tersedar secara mengejut akibat jeritan itu.

"Hilang?!"

"Aku rasa budak berdua tu ambil!"

"Siaplah diorang!"

Namjoon bangun daripada kedudukan dia dan berlalu keluar daripada bilik untuk berjumpa dengan kembar itu sebelum dia ternampak laptop itu di atas meja bersebelahan dengan bilik mereka. Dia tanpa membuang masa terus mengambil laptop itu dan membawanya masuk ke dalam.

"Mana jumpa?" Soal Seokjin.

"Atas meja sebelah bilik kita."

"Charge laptop ni. Dah habis bateri pula." Arah Hoseok.

"Diorang berjaya buka laptop ni ke?" Soal Jimin.

"Boleh kot. Kalau tak kenapa bateri laptop ni habis?" Kata Yoongi.

"Aku rasa diorang ada jumpa password laptop ni di mana-mana, sebab tu diorang ambil laptop ini." Kata Seokjin.

"Kita ke kafeteria dahulu. Mungkin kita akan terserempak dengan mereka berdua."








...









BTS kini berada di kafeteria dengan membawa laptop yang dijumpai oleh mereka dan beberapa dokumen lain yang belum dibaca untuk mengkaji semula maklumat itu selepas makan. Mereka berada di situ sehingga petang. Taehyung dan Baekhyun bergerak menuju ke kafeteria untuk mengambil bekalan makanan untuk hari yang seterusnya pula. Bekalan makanan mereka telah habis dimakan tadi.

Sedang mereka berdua rancak berbual, mereka terkejut melihat enam orang itu memandang tajam ke arah mereka.

"Well pencuri dah sampai." Sindir Jungkook.

"Pencuri? Sebelum ni pengintip. Selepas ini apa? Pembunuh?" Kata Taehyung dengan nada serius. Baekhyun memijak kaki Taehyung secara mengejut.

"Yahh sakit!"

"Jangan guna ayat last tu lah! Seram!" Marah Baekhyun.

"Korang yang ambil laptop kami ni kan?" Soal Jimin pula.

"Pinjam je pun. Itupun nak marah." Balas Taehyung lalu tergelak. Dia mengambil 4 bungkus roti berserta dengan 4 botol air minuman.

"Perasaan aku atau memang makanan ni macam tak ada gaya nak berkurangan.. rasanya kelmarin dah sikit hari ni dah bertambah semula." Kata Taehyung lagi.

"Pinjam? Kau ada minta izin tak? Tak ada kan?" Sindir Namjoon.

"Bukan laptop korang pun. Lagipun kitorang dah PULANGKAN SEMULA kan?" Balas Baekhyun pula sambil menekan ayat 'pulangkan semula'.

"Macamlah dapat buka." Pancing Yoongi.

"Dah buka dah pun, Taehyung dapat rungkai kata kunci dia." Kata Baekhyun lalu menutup mulutnya. Ops terlepas cakap.

"Yahh dah janji tak nak cakap pasal ni kan!"

"Terlepas ok terlepas."

"Bingo!" Yoongi mula tersenyum sinis melihat wajah cuak mereka berdua.

Revenge (BTS Fanfic) ✔️✔️Where stories live. Discover now