"Hai aku Baekjin, abang kepada dua kembar itu. Aku yakin korang mesti tertanya-tanya apa yang terjadi kepada masa silam kami berenam. Jadi aku di sini akan menceritakan segalanya termasuklah yang tidak diketahui oleh adik-adik aku itu."
"Semuanya bermula 17 tahun lalu, ketika itu adik aku berusia 2 tahun manakala aku berusia 6 tahun. Adik aku masih lagi terlalu kecil untuk ingat segala yang berlaku ketika itu. Orang pertama yang dapat idea untuk jadikan pesakit di situ sebagai bahan eksperimen ialah ayah kepada Hoseok, Jung Kyung. Dia dengan ayah Yoongi bersepakat untuk buat eksperimen ke atas adik aku Taehyung."
"Eksperimen satu, emotion eyes berjaya tapi kesannya adik aku buta mata kiri dia. Dia... Masih kecil ketika itu, aku tak dapat bantu dia. Mereka ugut untuk bunuh adik aku jika aku beritahu kepada ibu bapa aku. Tak lama selepas itu diorang semakin taksub. Mereka jadikan Baekhyun dan aku sebagai bahan eksperimen mereka. Yoongi, Yoonmin dan Woozi juga dijadikan mangsa. Yoonmin berusia 2 tahun seperti adik aku manakala Yoongi dan Woozi berusia 4 tahun."
"Eksperimen kedua mereka ialah telekinesis dan aku dijadikan mangsa kerana aku lebih tua antara mereka yang lain. Aku dikurung di dalam silinder lutsinar yang dipenuhi dengan cecair aneh. Eksperimen ini berjaya tapi badan aku cepat penat apabila aku guna kelebihan aku. Eksperimen ketiga ialah Memory reader dan Taehyung menjadi mangsa mereka. Macam yang korang tahu, eksperimen ini gagal dan menyebabkan Taehyung kerap hilang ingatan apabila dia terhantuk."
Orang lain jadi bahan eksperimen sekali je tapi Taehyung kena dua kali. Sebab tu lah Taehyung paling menderita.
"Prof Min semakin taksub dengan eksperimen ini kerana baginya jika dia berjaya jalankan eksperimen itu, dia akan memperoleh untung yang banyak. Perasaan taksub dia membuatkan dia tidak berfikiran waras. Dia menjadikan anak-anak dia sebagai bahan kajian. Kejam bukan?"
"Baekhyun, Woozi dan Yoonmin ialah bahan eksperimen keempat, eksperimen Pain Relieved. Dia mahu membuat manusia yang mampu menyerap kesakitan orang lain. Ya, itu gila! Eksperimen itu gagal dan beri efek buruk kepada mereka bertiga. Mereka bertiga hilang deria sakit mereka. Kenal tak doktor Ryuuga? Ayah dia juga bekerja di Asylum itu. Ayah dia Dr Raiga berjaya pulihkan deria sakit adik aku, biarpun deria sakit dia seperti lampu, sekurang-kurangnya dia masih ada deria sakit. Dr Raiga tidak berjaya memulihkan deria sakit Yoonmin dan Woozi untuk menjadi seperti Baekhyun. Mereka hilang deria sakit untuk selama-lamanya."
"Yoongi ialah eksperimen terakhir mereka. Eksperimen Recovery blood. Yoongi ialah satu-satunya eksperimen yang berjaya tanpa apa-apa kesan buruk. Yoongi mungkin tidak sedar yang luka dia sembuh lebih cepat berbanding biasa. Badan dia ada kebolehan untuk pulih dalam masa yang singkat. Sebaik sahaja kegiatan itu tertangkap, En Min berpura-pura seperti dia dipaksa untuk bersetuju membuat eksperimen itu. Jadi dia terlepas daripada tindakan manakala ayah Hoseok dibuang kerja daripada tempat itu."
"Baekhyun ketika itu dalam keadaan parah, Yoongi tampil sukarela untuk derma darah kepada Baekhyun memandangkan darah mereka sama dan kelebihan yang dimiliki dia. Hasilnya, Baekhyun turut mempunyai kelebihan yang sama seperti Yoongi tapi perkara ini dirahsiakan daripada semua pihak."
"4 tahun berlalu dengan pantas, kami hidup bahagia seperti keluarga. Pesakit di tempat itu juga gembira apabila melihat kami bermain bersama mereka. Bagi kami, mereka juga keluarga. Pertengahan tahun itu mengubah segalanya. Pengurus asylum itu disahkan meninggal dunia dan digantikan dengan pengurus baru, ayah kepada Seokjin dan Namjoon. Kami semua tidak tahu bahawa dia juga sama seperti ayah Yoongi dan ayah Hoseok."
"Dia menjadikan semua pesakit di situ sebagai bahan kajian. Mereka gila! Ibu bapa aku serta ibu bapa Ryuuga antara yang menentang eksperimen itu. Mereka membuat laporan polis dan keadaan di situ ketika itu agak teruk. Ada yang bom bahagian atas asylum ini supaya tiada sesiapa dapat masuk dan keluar."
YOU ARE READING
Revenge (BTS Fanfic) ✔️✔️
Misterio / Suspenso"Dimana kita berada?!" "Bilik kosong?" "Kita diculik!!" "Kenapa aku diculik bersama mereka.." ... "Hello BTS.." "Siapa kau?!" "Siapa aku tak penting... Apa kata kita main satu permainan?" "Tak akan!" ... "Kau... Kau pembelot!!" "Kau memang tak guna...