!? TRIGGER WARNING!?
?! MENTION SUC**E!?Someone POV..
Badan aku rasa lemah.. Aku tak tahu kenapa, tapi aku rasa tak bertenaga.. Seolah-olah tenaga aku telah diserap keluar..
Aku cuba untuk ingat apa yang aku buat sebelum ini.. Aku.. Aku terjun ke dalam air laut? Jadi... Aku nak bunuh diri? Tapi kenapa? Kenapa sekeliling aku putih? Aku dah mati ke? Ataupun aku berada dalam mimpi? Kalau ya, aku nak sedar dari mimpi ni..
Aku terdengar suara.. Agak perlahan namun aku cuba untuk fokus pada suara tu..
"Bila Yoonmin akan sedar?"
Soalnya. Suaranya tak ubah seperti suara perempuan. Yang aku pasti itu bukan suara ibu aku, dan aku tiada kakak. Suara siapa tu? Sedar? Maksudnya aku pengsan ataupun koma? Aku nak bangun sekarang! Sesiapa tolong aku!
"Kamu tak kisahkan kalau kami tinggal kamu sebentar? Malam ni kami datang. Kami ada urusan yang perlu diselesaikan."
Suara lelaki pula kedengaran di cuping telinga aku. Namun aku tidak dapat mengagak suara siapa.
"Selesaikan urusan hyung dengan noona tu. Saya ok je."
Kali ini suara remaja lelaki. Suaranya seperti pernah aku dengar. Siapa dia?
"Betul ni. Kami pergi dulu. Jumpa malam nanti"
Kali ini perempuan tadi pula menjawab. Siapa mereka?
Aku terdesak! Siapa mereka! Aku nak tahu siapa mereka! Aku tekad untuk bangun daripada mimpi ngeri ini! Aku.. Aku benci suasana ni! Jangann.. Jangan tinggalkan aku seorang diri!
End POV..
Susah..
Macam tak boleh..Namun dia sedaya upaya cuba untuk membuka matanya. Sebaik sahaja berjaya membuka matanya, dia memandang sekelilingnya. Bunyi kipas berputar jelas membuktikan dia keseorangan.
"Aku berada di mana?"
Soalan itu yang terungkap olehnya sebaik sahaja sedar daripada mimpi ngeri itu.
"Kau dah sedar?" soal Taehyung. Dia memandang ke arah gadis yang terbaring di sebelahnya.
"Hmm.. Bukan ke aku.. Bunuh diri? Aku masih hidup?" kata gadis itu.
"Kau pun cuba bunuh diri juga? Maaflah, kau hidup lagi. Nanti cuba lagi." kata Taehyung selamba.
"Apa punya ayat.." kata-katanya terhenti sebaik sahaja memandang Taehyung.
"Taehyung?!" katanya, agak terkejut. Dia tidak menyangka bahawa rakan sekerjanya juga berada satu wad dengannya. Gadis itu berusaha untuk duduk daripada pembaringannya.
"Wae? Terkejut? Aku pun terkejut bila tengok kau terbaring sebelah aku. Satu wad pulak tu. Kenapa kau bunuh diri?" soal Taehyung.
"Molla.. Aku tak ingat sebab aku bunuh diri. Haishh.. Kau pulak?" soal gadis itu selepas menjawab persoalan Taehyung.
"Aku ada sebab.. Alahh masalah biasa.. Masalah keluarga.." jawab Taehyung. Dia hanya memandang ke bawah.
"Baru aku teringat. Terima kasih pada kau, aku dah tahu sebab aku bunuh diri." kata gadis itu.
"Apa sebab nya?"
"Kucing aku mati kena langgar." jawab gadis itu, lancar.
"Bwo?! Sebab tu je ke?! Tak masuk akallah!" kata Taehyung. Baginya alasan gadis itu adalah tidak masuk akal baginya.
YOU ARE READING
Revenge (BTS Fanfic) ✔️✔️
Mystery / Thriller"Dimana kita berada?!" "Bilik kosong?" "Kita diculik!!" "Kenapa aku diculik bersama mereka.." ... "Hello BTS.." "Siapa kau?!" "Siapa aku tak penting... Apa kata kita main satu permainan?" "Tak akan!" ... "Kau... Kau pembelot!!" "Kau memang tak guna...