Start researching!

47 5 17
                                    

"Erghh dimana aku berada?"

"Ehh Baekhyun! Tunggu dulu kenapa kami berada di sini?! Ouh baru ingat.." Taehyung termenung melihat laluan tempat mereka berada. Dia ternampak bayang kanak-kanak bermain gembira dan kemudian bayangan itu berubah menjadi mimpi ngeri. Dia memejam matanya dan kembali membukanya.

"Jadi itu dah menjawab sebab kenapa aku dan Baekhyun hilang ingatan.. melihat mama mati ditembak di hadapan mata kami.. Baekhyun hilang kesedaran sebaik sahaja melihat kejadian itu memandangkan dia paling rapat dengan mama." Kata Taehyung dengan nada rendah.

"Erm..."

Bunyi rengekan daripada Baekhyun membatalkan lamunannya.

"Kita di mana?"

"Lorong semalam. Aku rasa kita berdua pengsan." Kata Taehyung.

"Mama... Dia.." air mata Baekhyun mula mengalir ke pipi.

"Aku tahu kau paling rapat dengan mama. Kau pengsan lepas kejadian tu. Kemudian yang selebihnya aku sahaja yang tahu memandangkan aku ketika itu masih sedar." Kata Taehyung perlahan.

"Papa? Apa yang jadi kepada papa?"

"Dia... Ditembak.. Baekjin hyung yang selamatkan kita berdua.. dia berjaya bawa kita keluar daripada tempat ni. Tak lama selepas tu... Tempat ni dimusnahkan.." jawab Taehyung.

"Baekjin hyung?"

"Dia... Abang sulung kita.."









--------------------:)--------------------









"Aku nyaris tak dapat tidur semalam.." kata Hoseok sambil menggosok matanya.

"Kenapa pula?" Soal Seokjin. Kini mereka dalam perjalanan menuju ke kafeteria untuk mengisi perut mereka.

"Untung korang yang tidur awal. Kitorang berdua susah nak lelapkan mata.. kemudian dengar bunyi pelik." Kata Jimin. Dia juga tak cukup tidur seperti Hoseok.

"Bunyi apa tu?"

"Bunyi orang menangis. Kemudian bunyi jeritan. Rasanya bunyi tu datang daripada aras bawah sekali." Kata Hoseok.

"Hmm.. nak siasat tak?" Soal Namjoon.

"Tak nak!"

"Aku tanya je.."

"So apa yang kita nak buat?" Soal Seokjin.

"Aku rasa kita patut cari kata kunci untuk buka laptop ni." Cadang Yoongi.

"Tapi macam mana? Petunjuk pun tak ada!" Kata Jimin.

"Gambar pada username laptop tu. Gambar telefon lama kan?" Soal Jungkook. Mereka terus melihat ke arah yang dinyatakan oleh Jungkook.

"Telefon yang tekan-tekan tu? Itu ke password dia? Macam telefon Samsung."

"Cuba masukkan jenis model dia sebagai kata kunci." Arah Yoongi.

"Bukan kata kunci yang tepat."

"Username OutsideBox. Tapi kenapa ada nombor dan simbol yang diconteng pada laptop ni?" Kata Jimin.

"(5) (4×4) (6×2) (2×2) (2×1) (3×2) (5×2) (8×1) (2×1) (3×2)? Mungkin itu kata kunci dia!" Kata Hoseok dengan nada gembira. Mungkin mereka akan dapat membuka laptop itu.

Revenge (BTS Fanfic) ✔️✔️Where stories live. Discover now