"Kau pasti?" Soal Taehyung dengan nada sinis.
"Terpulang kepada korang hehe.." kata Baekhyun pula.
"Kau.. ada buat salinan kah?" Soal Yoongi setelah lama berdiam diri.
"Hurm.. itu aku tak pasti.. mungkin dalang ada buat salinan. Kalau tidak kenapa dia mahu kurung kita dan biarkan kau delete dokumen itu begitu sahaja." Kata Taehyung lalu memandang ke arah speaker yang terdapat di kafeteria itu.
"Aku lebih berminat untuk cari dalang itu kemudian keluar daripada tempat ini." Kata Baekhyun pula lalu berjalan menuju kembali ke biliknya.
"Apa kata kita buat pertandingan? Siapa dapat tahu dalang itu lebih cepat, dia dapat keluar." Kata Taehyung lalu memandang ke arah kembarnya.
"Kami akan cari dan keluar daripada tempat ini! Biarkan korang terkurung di sini selamanya!" Kata Namjoon dengan sinis.
"Mimpi sahajalah~" Yoongi terdengar suara itu sekali lagi. Dia seperti kenal suara itu.
--------------------~~--------------------
Kini BTS berada di bilik tempat mereka tidur. Mereka semua meneliti dokumen setiap yang dijumpai mereka. Jimin meneliti bingkai gambar kedua yang dijumpainya. Dia membuka bingkai itu dan ada gambar lain yang tersembunyi di balik gambar rasmi penghuni asylum itu. Ada gambar seorang kanak-kanak perempuan bersama pin rambut berwarna merah darah berbentuk seperti rama-rama. Dia memimpin tangan abangnya mungkin. Jimin mengeluarkan pin rambut yang dijumpainya dan membandingkan bentuknya.
"Pin rama-rama?" Soal Namjoon.
"Ni milik mangsa eksperimen itu. Aku terjumpa berdekatan dengan silinder lutsinar itu." Kata Jimin. Yoongi pula terdiam apabila melihat pin itu.
"Aku tak faham ayat dia. 'Pewaris perlu hidup! Tegakkan kebenaran untuk kami! 6 daripada mereka disini, 5 telah pergi.' Pergi ke mana?" Soal Jimin lalu meletakkan pin rambut dan gambar itu ke bawah.
"Mungkin dalang dia seorang sahaja. Sebab dia kata 5 telah pergi. Jadi 5 orang itu telah mati." Kata Jungkook pula.
"Kalau betul ianya begitu, siapa antara mereka yang masih hidup? Yang aku tak puas hati, gambar dirosakkan dengan sengaja." Kata Seokjin pula.
"Aku mahu ke tandas sekarang. Korang berbincang dahulu." Pinta Yoongi lalu bangun daripada kedudukan dia dan berjalan keluar.
"Ok baiklah semua semua ke sini sekarang." Kata Hoseok lalu mereka duduk berdekatan.
"Kita tak boleh biarkan Taehyung dan kembar dia keluar daripada sini dan dedahkan maklumat yang kita jumpa sebelum ni. Nanti ibu bapa kita.."
"Itu aku setuju. Lagipun ketika itu mereka terpaksa lakukannya."
"Kook ingat lagi masa tu mama dan papa didakwa atas kes eksperimen ke atas manusia. Tapi diorang terlepas sebab bukti tiada. Kook ingat kook akan membesar tanpa ibu bapa dah masa itu."
"Kita semua rasa yang sama. Kes ni dah tertutup lama dah. Mereka mahu dunia ini kucar-kacir kah bila berita ini tersebar?"
"Diorang pentingkan diri sendiri sahaja."
...
Yoongi berjalan menuju ke tandas untuk membersihkan mukanya. Dia berjanji akan cari jalan keluar daripada tempat ini. Dia akan pastikan dalang itu menyesal akibat libatkan mereka semua.
YOU ARE READING
Revenge (BTS Fanfic) ✔️✔️
Mystery / Thriller"Dimana kita berada?!" "Bilik kosong?" "Kita diculik!!" "Kenapa aku diculik bersama mereka.." ... "Hello BTS.." "Siapa kau?!" "Siapa aku tak penting... Apa kata kita main satu permainan?" "Tak akan!" ... "Kau... Kau pembelot!!" "Kau memang tak guna...