Bang!!
Bunyi tersebut membuatkan kedua-dua mereka berhenti berlari. Baekhyun memandang ke arah Taehyung untuk melihat apa reaksi dia apabila terdengar bunyi tersebut.
"Bunyi tembakan.. ada orang pegang pistol ke?" Soal Taehyung. Baekhyun menoleh ke arah belakang untuk lihat apa yang menyebabkan bunyi itu.
"Bukan bunyi tembakan. Tapi bunyi pintu tu jatuh. Tadi aku sengaja sepak sebab geram dengan kau." Jawab Baekhyun.
"Kaki kau tak sakit ke?"
"Tak.."
"Jom pergi makan. Aku lapar lah."
"Ok jom!"
Pergaduhan yang tercetus tadi dilupakan memandangkan mereka berdua berasa lapar. Mereka berjalan menuju ke bilik 1411 memandangkan hari dah malam, seram nak pergi ke kafeteria. Nasib baik Taehyung kumpul bekalan makanan di bilik itu.
"Fuhh pintu yang dia sepak pun tercabut. Kalau dia sepak aku maunya senak seminggu. Note: jangan cari pasal dengan Baekhyun lagi."
--------------------:'(--------------------
"Diorang kena tembak ke?" Soal Hoseok.
"Entahlah. Jom masuk bilik tempat kita tidur. Selamat sikit." Kata Seokjin.
"Mungkin bunyi benda jatuh kot. Kan tadi budak tu mengamuk."
"Maybe.."
...
"Kau tak mahu berjumpa dengan mereka kah? Aku yakin kau rindukan mereka."
"Itu benar.. tapi rancangan tetap rancangan... Mereka masih lagi terlupa sesuatu yang penting.."
"Aku faham.."
...
"Chim, kau daripada tadi asyik tengok gambar lama tu. Kenapa?"
"Gambar kanak-kanak ni.. belakang dia ada tulis Pewaris perlu hidup! Tegakkan kebenaran untuk kami! 6 daripada mereka disini, 5 telah pergi. Tapi yang peliknya muka budak-budak ni semua macam dah dirosakkan.." kata Jimin lalu menunjukkan gambar itu.
"Betullah.."
"Dua orang tu ke yang rosakkan?"
"Apa ni! Main tuduh!"
"Kita baiklah!"
Serentak semua mata tertumpu kepada dua remaja itu yang muncul semula di bilik mereka.
"Macam mana korang masuk bilik ni?!" Soal Namjoon dengan nada serius.
"Abang angkat kau creepy lah.."
"Bilik ni tak kunci.. ternganga je pintu terbuka. Kitorang pun masuklah." Kata Taehyung lalu membuat muka yang tidak bersalah. (ㆁωㆁ)
"Weh diorang pandang kita! Seram woo!" Kata Baekhyun sambil menendang Taehyung masuk ke dalam bilik itu sehingga dia mendarat dengan selamat di atas Seokjin.
"Yahh! Sakit!"
"Kim Baekhyun! Kau sengaja sepak aku kan!"
"Maaf sengaja. Itu balasan tadi sebab cari pasal dengan aku!" Kata Baekhyun lalu tersenyum puas. Dapat balas dendam punya pasal.
YOU ARE READING
Revenge (BTS Fanfic) ✔️✔️
Mistério / Suspense"Dimana kita berada?!" "Bilik kosong?" "Kita diculik!!" "Kenapa aku diculik bersama mereka.." ... "Hello BTS.." "Siapa kau?!" "Siapa aku tak penting... Apa kata kita main satu permainan?" "Tak akan!" ... "Kau... Kau pembelot!!" "Kau memang tak guna...