Taehyung meregangkan badannya setelah mendapatkan tidur yang mencukupi. Dia segera keluar daripada tempat yang menjadi tempat tidurnya dan mengunci bilik itu dengan kunci yang dijumpainya sebelum ini. Dia takut kawan-kawan dia ceroboh bilik tu dan rampas maklumat yang dia berjaya jumpa.
Dia berjalan sambil menyanyi lagu yang kini menjadi kegemarannya. Tak lama selepas itu dia terserempak dengan rakan-rakan dia yang sedang berkumpul di hadapan sebuah bilik.
"Mengendap orang ke tu?" Soal Taehyung. Mereka berenam memandang ke arahnya sebaik sahaja mendengar suaranya.
"Kau datang daripada mana?" Soal Seokjin.
"Bilik tempat aku tidur. Kenapa?" Soal Taehyung sebaik sahaja menjawab soalan itu.
"Jadi ini bukan bilik kau? Jadi bilik siapa?" Soal Jimin.
"Mana aku tahu~ tunggu dulu... Korang ke yang memekak malam semalam tu? Maaflah korang bising sangat sampai aku termarah semalam. Ni bilik aku, dia ada dua pintu tapi pintu yang depan korang ni aku dah block supaya tiada orang boleh ceroboh." Kata Taehyung lalu mula mengambil langkah untuk pergi.
"Kau nak pergi kemana?" Soal Yoongi.
"Makan."
"Ada makanan kah di tempat macam ni?" Soal Namjoon.
"Kalau tiada, macam mana aku boleh bertahan sampai sekarang? Hari ini dah masuk hari ketiga aku terkurung di tempat ini." Kata Taehyung.
"Tak perlu nak berpura-pura seolah kau dah lama berada di sini." Kata Jimin dengan nada sinis.
"Tak perlu nak ego sangat. Walaupun korang tak tanya aku tetap akan cakap. Makanan di kafeteria. Dimana kafeteria? Pandai-pandai korang cari pada peta tempat ni. Malas mahu bertekak, bukan kenyang pun." Kata Taehyung lalu berjalan pergi. Susah baginya untuk berhadapan dengan mereka yang ego macam langit tingginya.
Sedang dia berjalan menuju ke kafeteria dia terserempak dengan figura lelaki yang berpakaian sekolah seperti kawan-kawan dia. Lelaki itu memakai topeng mulut dan dia mengambil keputusan untuk berlalu pergi dari situ.
"Berhenti.." kata Taehyung. Lelaki itu berhenti apabila mendengar suaranya.
"Aku tak tahu siapa kau... Aku nak ucap terima kasih sebab ganti kedudukan aku semasa di sekolah. Tapi disebabkan benda inilah kau tercedera, jadi ambil hoodie ini." Kata Taehyung lalu menghulurkan hoodie miliknya kepada lelaki itu.
"Sekurang-kurangnya luka kau selamat sikit kalau jadi apa-apa. Hoodie tu tebal tapi tidak panas." Kata Taehyung lagi. Lelaki itu mengambil hoodie itu daripada Taehyung.
"Jadi dengan buat begini mereka akan serang kau." Kata lelaki itu. Dia berkata begitu kerana Taehyung juga memakai baju sekolah seperti kawan-kawan dia yang lain. Kalau dia letak pewarna merah untuk dijadikan sebagai darah, kawan-kawan dia akan ingat yang dia penyamar.
"Aku tak kejam macam diorang. Aku yakin kau pun tahu yang diorang jenis kasar. Suka tumbuk orang. Kau cedera, luka kau akan jadi makin teruk nanti. Dalam baju tu ada kunci. Kau nak cari maklumat tentang tempat ini bukan? Maklumat aku dah kumpul dan simpan dalam tempat tu. Bilik pesakit 1411, aras bawah ni." Kata Taehyung lagi.
"Kenapa kau tolong aku?"
"Sebab kau dah tolong aku sebelum ini. Aku tak tahu siapa kau... Kalau betul kau antara orang yang rapat dengan aku suatu masa dahulu, aku harap aku akan dapat semula memori lama aku." Kata Taehyung.
YOU ARE READING
Revenge (BTS Fanfic) ✔️✔️
Misterio / Suspenso"Dimana kita berada?!" "Bilik kosong?" "Kita diculik!!" "Kenapa aku diculik bersama mereka.." ... "Hello BTS.." "Siapa kau?!" "Siapa aku tak penting... Apa kata kita main satu permainan?" "Tak akan!" ... "Kau... Kau pembelot!!" "Kau memang tak guna...