"Dasar anak kutip. Macam ni kau balas pada kitorang.." kata Seokjin dengan nada marah.
"Jadi betullah... Yang aku ini... Bukan anak kandung omma dengan appa." Suara tersebut mengejutkan mereka berenam.
"Kau?!"
"Ahahahaha aku sepatutnya dah boleh agak tentang perkara ni.. cara layanan korang kepada aku membuatkan aku tertanya-tanya tentang status aku yang sebenarnya.." katanya lagi lalu setitis air matanya mula mengalir ke pipi.
Figura lelaki itu memakai hoodie berwarna hitam seperti yang dilihat oleh Namjoon dan Jungkook di makmal perubatan sebelum ini. Dia mengelap air matanya secara kasar sebelum tersenyum nipis ke arah mereka.
"Kau dalang permainan ni kan? Kau upah orang untuk menyamar jadi kau." Kata Namjoon dengan nada sinis.
"Dalang? Aku jadi dalang? Hyung buat lawak ke? Pandai juga aku sampai korang kata aku ni jadi dalang permainan." Kata Taehyung lalu meletakkan tangan di dagunya. Dia sedang memikirkan sesuatu.
"Kau datang sekolah dan cari pasal dengan kitorang. Kemudian jadi penyebab kami diculik. Kau sebenarnya berpura-pura b***h sahaja selama ini." Kata Yoongi pula. Taehyung membuat reaksi terkejut.
"Bila masa aku pergi sekolah? Aku jejak sekolah pun tidak." Kata Taehyung.
"Jangan nak menipu lah!" Marah Jimin.
"Jimin..."
"Kau benci kitorang semua sebab kami semua layan kau macam boneka. Jadi kau mahu balas dendam, betul tak Kim Taehyung?" Kata Jimin dengan nada sinis. Taehyung mengeluh kecil.
"Jadi ada orang yang menyamar jadi aku hari ini. Tapi itu sudah menjelaskan kepada aku yang korang tak cukup mengenali aku." Kata Taehyung dengan nada rendah namun masih lagi didengari oleh mereka semua.
"Apa maksud kau? Menyamar? Jangan nak berpura-pura tak tahu!" Marah Jungkook pula.
"First, aku tak tahu pun yang korang pun kena culik. Second, aku dah terperangkap di tempat ini sehari lebih awal daripada korang semua. Third, sejak kes aku cuba bunuh diri sebelum ini, aku ponteng sekolah banyak kali. Pelik juga tiada orang yang sedar tentang itu. Tapi hari ini dah terjawab sebab kenapa orang lain tak tahu aku ponteng sekolah, ada penyamar rupanya." Terang Taehyung panjang lebar.
"Jangan nak menipu lah!"
"Ohh tuhan berilah aku kesabaran untuk hadapi dugaan ini. Malas lah aku nak layan keras kepala korang tu! Baik aku cari cara nak keluar daripada tempat ni!" Kata Taehyung lalu mula mengambil langkah untuk pergi.
"Ouh ya, aku sebenarnya gembira dapat jumpa orang lain. Aku risau aku akan jadi gila bila duduk sini seorang diri. Seram lagi-lagi bila dah malam fuhh..." Kata Taehyung lagi. Mereka mungkin tidak sedar suaranya sedikit serak berbanding sebelum ini kerana penat menjerit semalam. Bayangkan korang terperangkap di asylum yang menjadi tempat pembunuhan seorang diri untuk semalaman. Author tak mampu~
"Bunyi cengkerik dah kedengaran~ Sekarang dah malam~ berdoalah agar korang tak terdengar bunyi tu hehehe.."kata Taehyung lagi lalu tergelak kecil.
"B.. bunyi apa?" Kata Hoseok dengan nada risau.
"Kau cuba nak takutkan kitorang huhh?" Kata Seokjin dengan nada sinis.
"Aku tak main-main. Bila malam kau akan dengar... Bunyi tangisan mereka.. tangisan mereka apabila diseksa.." kata Taehyung dengan nada rendah.
![](https://img.wattpad.com/cover/161437583-288-k840720.jpg)
YOU ARE READING
Revenge (BTS Fanfic) ✔️✔️
Misteri / Thriller"Dimana kita berada?!" "Bilik kosong?" "Kita diculik!!" "Kenapa aku diculik bersama mereka.." ... "Hello BTS.." "Siapa kau?!" "Siapa aku tak penting... Apa kata kita main satu permainan?" "Tak akan!" ... "Kau... Kau pembelot!!" "Kau memang tak guna...