Mission completed

42 4 19
                                    

"Jadi korang buat semua ni sebab mahu ingatan aku kembali?" Soal Yoongi. Mereka semua tergelak kecil.

"Bukan hyung seorang je. Tae dengan Baek pun hilang ingatan kejadian itu." Kata Taehyung pula.

"Hyung tak kisah kalau parents kita masuk penjara?" Soal Yoonmin.

"Diorang perlu terima balasan atas apa yang diorang buat. Aku pun kena bersedia untuk tahu apa efek eksperimen itu ke atas aku." Kata Yoongi pula.

"Jadi misi dah selesai. Mereka pula bagaimana?" Kata Yuumi sambil tangannya menunjuk ke arah BTS yang tertidur akibat gas tidur.

"Bebaskan mereka. Tugas kita hanya beritahu kebenaran sahaja. Diorang juga perlu tahu tentang apa yang ibu bapa mereka buat." Kata Baekjin.

Mereka bertujuh membawa mereka berlima keluar daripada asylum itu dan membawa mereka ke rumah milik Baekjin memandangkan dia tidak tahu rumah mereka semua.

Keesokan harinya hari baru bagi mereka semua. Yoongi menumpang tidur di rumah Baekjin. Dia tidak mahu pulang ke rumah kerana sakit hati melihat muka ibu bapanya. Tergamaknya mereka jadikan Yoonmin sebagai kambing hitam dan membuatkan dia benci kepada adiknya sendiri. Biarpun Yoonmin sudah memaafkan dia, dia masih lagi menyalahkan diri dia.

"Min, Yuumi, korang dah sampai. Masuklah ke dalam."

Yuumi dan Yoonmin tiba di rumah milik Baekjin. Mereka telah berjanji untuk makan bersama di situ.

"Mereka tidak bangun lagi?" Soal Yuumi.

"Kejap lagi bangun lah."

"Hai, yang tak kena ubat tidur pun tak bangun juga ke?" Sindir Yoonmin.

"Kami dah bangun lah!" Kata Baekhyun, Taehyung dan Yoongi serentak. Mereka keluar daripada bilik mereka dan berkumpul di ruang tamu.

"Buat apa tadi?" Soal Baekjin.

"Main game!" Kata Baekhyun.

"Kita main game ke tadi? Aku terhantuk lagi betul tak?" Soal Taehyung. Baekhyun hanya mengangguk. Taehyung menghela nafas berat.

"Aku ucap takziah pada kau. Setiap kali terhantuk kau hilang ingatan." Kata Yoongi.

"Masa exam macam ni lah. Bayangkan dah study penat-penat lepastu terhantuk. Tae tak dapat jawab sebab dah lupa apa yang Tae belajar.." kata Taehyung lalu mengeluh lagi.

"Kenapa korang berada di sini? Dimana aku berada?" Soal Seokjin sebaik sahaja turun ke bawah diikuti rakan-rakannya.

"Korang berada di rumah aku. Aku tak tahu rumah korang semua di mana dan semalam aku penat sangat untuk hantar semua pulang jadi aku angkut semua balik rumah aku." Kata Baekjin panjang lebar.

"Hyung buat karangan.."

"Panjangnya ayat hyung.."

"Korang berdua ni daripada kecil kemudian lama tak jumpa, bila dah jumpa balik sama je perangai. Suka perli hyung.." kata Baekjin.

"Bila cakap pasal ni. Tae tiba-tiba teringat masa kita kat hospital dulu. Kau ingat tak Yoonmin? Hyung aku menyamar jadi appa kita. Muda sungguh appa kita kan?" Kata Taehyung lalu tergelak.

"Haah aku ingat! Appa bukan main lagi muda! Yang peliknya ada orang percaya hahahahaha!"

"Baekjin jadi appa? Lawak apa ni hahaha! Hyung sesuai ke jadi appa?" Sindir Baekhyun pula. Baekjin tersenyum manis namun kelihatan agak menyeramkan.

Revenge (BTS Fanfic) ✔️✔️Where stories live. Discover now