Friends or family?

40 4 6
                                    

"Pewaris keenam, Min Yoongi.."

Serentak itu mata mereka tertumpu kepada Yoongi sahaja. Mereka terkejut mendengar kenyataan itu. Yoongi sendiri juga menerima tamparan yang hebat sebaik sahaja mengetahui kebenaran itu.

"Yoongi kau salah seorang daripada mereka?!" Kata Seokjin dengan nada terkejut. Mereka berlima terasa seperti dikhianati oleh orang yang mereka percaya. Jimin pula terdiam sahaja apabila melihat reaksi rakan-rakannya.

"Park Jimin, kau sebenarnya dah tahu yang Yoongi sebahagian daripada kami. Tapi kau mendiamkan diri kerana kau cuba menafikan kenyataan sebenar, betul tak?" Soal Yoonmin lalu tersenyum nipis.

"Kau dah tahu yang aku sebahagian daripada mereka?"

"Chim.."

"Ya aku dah tahu. Aku cam muka Yoongi hyung.. tapi aku anggap yang dia pelanduk dua serupa dengan Yoongi hyung.. rupanya aku silap.." jawab Jimin lalu menutup mukanya dengan kedua-dua tapak tangannya dan jatuh terduduk.

"Jadi nampaknya kau dah ingat tentang kami?" Soal Taehyung. Yoongi hanya mengangguk lemah.

"Aku terjumpa album gambar dan memori aku kembali..." Yoongi memandang ke arah Yoonmin.

"Maafkan hyung kerana membiarkan kau terseksa, Min.. aku.. aku memang abang yang teruk.. aku tak selidik kebenaran kejadian ini dan menyalahkan kau atas kematian Woozi.." kata Yoongi lalu melutut memohon maaf kepada adiknya.

"Min maafkan hyung... Lagipun bukan salah hyung.. ianya salah ibu bapa kita yang..." Kata-kata Yoonmin terhenti. Dia melutut seperti abangnya dan memeluknya erat. Yoongi membalas pelukan itu.

"Hyung kami dah sepakat.." Yoonmin tiba-tiba bersuara dan melepaskan pelukan dia lalu memandang ke arah abangnya itu.

"Keputusan di atas tangan hyung sekarang.." Yoonmin menyerahkan pendrive milik Baekhyun ke tangan Yoongi.

"Apa ni? Keputusan apa?"

"Di dalam pendrive itu terdapat dokumen yang pernah berada di komputer riba itu. Bukti ini jika diserahkan kepada polis, mereka yang menjadi penyebab kejadian itu akan terima balasan setimpal atas perbuatan mereka. Disebabkan kau yang berjaya rungkai identiti kami berempat, kau boleh pilih untuk hancurkan bukti ini demi kawan-kawan kau atau khianati kawan-kawan kau dengan menyerahkan kepada pihak berkuasa." Kata Baekjin.

"Yoongi hyung... Hyung nak khianati kami?" Soal Jungkook dengan nada sayu.

"Aku tak nak hidup tanpa mak ayah aku, hyung... Aku masih perlukan mereka.." kata Hoseok pula.

"Aku tak mahu ibu bapa aku menderita.. aku juga akan menderita nanti.." kata Jimin pula.

"Kau sanggup biarkan ibu bapa kau masuk penjara? Mereka juga terlibat dalam kes ini. Diorang yang jaga kau sehingga sekarang. Dan ini cara kau balas?" Kata Seokjin pula.

"Kita boleh lupakan semua ini dan hidup seperti biasa.." kata Namjoon pula. Wajah mereka berlima kelihatan agak terdesak ketika ini. Mereka masing-masing tidak mahu ibu bapa mereka dimasukkan ke dalam penjara.

"Kitorang tak akan masuk campur. Itu keputusan kau." Kata Baekhyun.

"Dia lagi tua daripada kau, hormat sikit!" Marah Baekjin. Baekhyun hanya tersengih.

"Min tak nak masuk campur."

Yoongi melihat ke arah rakan-rakannya dan juga ke arah childhood friend dia yang telah dianggap seperti keluarga dia. Dia buntu ketika ini. Yoonmin memandang sayu ke arah abangnya. Kalau ikutkan hati, dia mahu biarkan sahaja mereka semua terseksa. Namun itu keputusan yang salah. Jika abangnya memilih untuk menghapuskan bukti itu, dia akur. Lagipun dia dah dianggap mati oleh ibu bapa dia sendiri. Dia boleh mulakan hidup baru bersama Taehyung, Baekhyun, Baekjin dan kakak angkatnya, Yuumi.

Yoongi menggenggam erat pendrive itu. Dia telah selesai membuat keputusan dia.

"Baekjin hyung... Aku tahu hyung tak akan serahkan pendrive ni pada aku macam tu sahaja. Sebenarnya ada lagi seorang yang terlibat dengan permainan ini tapi dia hanya membantu korang semua. Dia di sana sedang bersedia betul tak?" Kata Yoongi secara tiba-tiba. Baekjin tersenyum manis.

"Nampaknya kau dah tahu. Ya ada lagi seorang lagi tiada di sini. Dia bersedia di kedudukan dia sahaja. Tapi jika kau pilih untuk hapuskan bukti, aku akan suruh dia untuk tidak berbuat apa-apa. Kami bukannya orang jahat sehingga tidak tepati janji kami. Jadi apa pilihan kau?" Soal Baekjin setelah menjawab soalan tadi.

"Pilihan aku... Dedahkan kebenaran kepada semua orang.." kata Yoongi sambil memandang ke arah camera yang sedang merakam mereka semua. Mata mereka terbuntang akibat terkejut dengan tindakan Yoongi.

"Yuumi, kau dengar kan apa yang dia cakap? Jadi lakukan tugas kau." Kata Baekjin sambil memandang ke arah kamera itu.

"Yoongi! Kau sanggup biarkan ibu bapa kau masuk penjara?!" Marah Seokjin.

"Diorang patut terima hukuman itu. Kalau betul diorang dah insaf, kenapa diorang buat aku benci adik aku sendiri dan beritahu cerita palsu tentang kematian kembar aku?!" Marah Yoongi.

"Kembar?"

"Aku pernah cerita bukan tentang kembar aku? Ibu bapa aku kata yang dia mati akibat kecuaian adik aku. Tapi sebenarnya... Mereka jadikan dia bahan eksperimen dan seksa hidup kami berenam!" Marahnya lagi.

"Kau kata kami pentingkan diri. Kau sebenarnya sedang bercakap dengan cermin. Korang semua yang pentingkan diri!" Kata Taehyung dengan nada serius.

"Kami buat begini untuk tebus kematian semua orang di sini! Semuanya salah mereka!"

"Kau tak tahu bagaimana rasanya apabila dijadikan bahan eksperimen... Kau tak tahu kesakitan kami!" Marah Yoonmin pula. Dia dah lama bersabar dengan mereka semua.

"Mereka disini tidak tenang kerana orang yang membunuh mereka masih lagi hidup bahagia di luar sana... Kami cuma jalankan tugas kami sahaja.." kata Baekjin dengan nada tenang.

"Kami bukan lagi sama seperti kamu semua.. eksperimen itu telah menyebabkan kami hilang deria kami.." kata Taehyung pula.

"Aku hilang deria sakit. Tapi dengan bantuan seseorang, deria sakit aku tidak sepenuhnya hilang." Kata Baekhyun.

"Mata aku akan berubah warna apabila emosi aku menguasai diri aku. Mungkin bagi korang ianya tak teruk. Mata kiri aku yang selalu berubah warna ini telah buta sepenuhnya. Aku melihat dengan mata kanan sahaja dan ya, aku kerap sakit kepala kerana daya penglihatan aku yang masih berfungsi hanya mata kanan sahaja. Selain itu aku mudah hilang ingatan apabila terhantuk kepala. Itu bukannya perkara yang menarik.." kata Taehyung pula.

"Eksperimen ini tak beri kesan buruk seperti yang lain. Badan aku akan jadi penat dengan cepat kadangkala. Tak serius mana masalah aku." Kata Baekjin.

"Aku dan Woozi hyung hilang deria sakit sepenuhnya. Jadi tak hairanlah kalau aku selalu cederakan diri aku kerana aku langsung tak sakit apabila buat begitu. Aku cuma mahu deria sakit aku kembali..." Kata Yoonmin pula.

"Aku tak tahu apa kesan eksperimen itu kepada aku... Selama ini aku hidup tanpa sebarang masalah." Kata Yoongi pula.

"Mungkin ibu bapa kau berjaya pulihkan masalah kau atau mereka melambatkan kesan eksperimen itu memandangkan mereka tinggal bersama kau." Kata Baekjin.

"Kenapa korang terfikir untuk buat begini kepada kami?" Soal Hoseok.

"Perlukah seksa kami?!"

Yoonmin menyerahkan topeng gas kepada Yoongi untuk dipakai. Mereka berenam segera memakai topeng gas itu dan gas tidur dilepaskan dan lima orang remaja itu tidak sedarkan diri.

"Sejak bila kamu semua berjumpa kembali dan terfikir untuk guna cara ini?" Soal Yoongi.

"Dimana harus kita mulakan?"



Yoshhh!

Ini chap seterusnya..

Author tak boleh nak cakap banyak sebab keyboard cari pasal, so byee!

Nantikan sambungannya 😉👌

Revenge (BTS Fanfic) ✔️✔️Where stories live. Discover now