Aku merenung langit yang biru berubah oren kekuningan. Matahari yang tinggi melangit mula merudum dan bakal menghilang digantikan dengan bulan. Aku menongkat dagu di jendela bilik. Otak aku mula mengimbas kembali kata kata kawan kawan ketika mereka singgah ke rumah tengah hari tadi.
"Kau tak bosan ke duduk dekat rumah,Alynn?"
Aku diam sebelum menjawab pertanyaan itu. Soalan dari Moon itu membuatkan aku terpaku. Tidak tahu apa yang ingin aku katakan pada mereka sebagai jawapan.
"Saya...,"belum sempat aku hendak menghabiskan kata kata,sudah dipotong oleh Roza.
"Rindukan Ali?" Aku mengangguk dengan pertanyaan Roza tadi. Bukan saja Ali yang aku rindu. Malah aku rindukan mama! Mika memandang tepat ke arah aku lalu mereka saling berpandangan. Senyuman penuh makna mereka hadiahkan kepada aku.
"Kita orang ada satu idea tapi aku harap kau setuju untuk join rancangan kita orang." Kata Alicia lalu dia membisikkan sesuatu ke telinga aku. Mata ku membulat saat mendengar kata kata Alicia tadi. Setelah itu aku memandang enam manusia dihadapan aku ini silih berganti. Mereka hanya mengangguk kerana memahami makna pandangan aku.
Aku memandang ke arah telefon bimbit. Pamtas aku mencapainya lalu aplikasi whatsApp aku buka. Contact guru Li Ji aku buka lalu aku mula menaip mesej kepadanya.
Cikgu Li Ji
Cikgu,saya nak minta cuti selama seminggu kerana saya nak balik ke kampung. Saya harap cikgu faham. Maaf kerana saya menyusahkan cikgu dan terima kasih.
Baiklah,Alynn. Ambillah masa rehat kamu bercuti sepuasnya. Cikgu tahu kamu pasti penat belajar ilmu peniagaan yang rumit ini. Nanti bila kamu sidah bersedia untuk kembali belajar,kamu beritahu saja cikgu. Hati hati di jalan.
Aku tersenyum dengan balasan daripada cikgu Li Ji. Mujurlah dia sangat memahami aku. Aku pernah berceritakan padanya yang minat aku bukan pada dunia perniagaan. Aku lebih menyukai dunia musik. Tapi entah kenapa,ayah sepertinya tidak memahami aku.
Atau....
Ayah sengaja tak nak faham?
Ting!
Bunyi notifikasi itu buka lalu aku lihat ianya mesej daripada ayah. Apa saja yang ayah ingin pesan pada aku ni?
Ayah
Alynn,ayah terpaksa ambil penerbangan mengejut ke Amerika Syarikat selama dua bulan. Ada kerja kecemasan yang ayah kena uruskan di sana. Kamu jaga diri baik baik,ya. Nanti ayah akan bank in duit dalam akaun kamu. Jumpa lagi nanti. Sayang kamu.
Aku menghela nafas kesal. Begitulah Dato' Ghazali a.k.a ayah yang aku kenal. Terlalu sibuk dengan kerjanya sepanjang masa sampaikan dia lupa pada anak daranya yang tinggal sendirian di rumah. Kadang kala aku terfikir,adakah ayah benar benar sayangkan aku dan Ali atau...kata kata sayang itu diungkapkan tanpa rasa yang lahir dari hati?
Mama juga subuk dengan kerjanya. Mama adalah seorang akauntan dan seorang pengurus restoran terkenal di Cyberaya. Kerana perkahwinan ayah dan mama,restoran itu semakin berkembang dan syarikat ayah semakin maju.
Tapi sesibuk sibuk mama,dia tidak pernah mengabaikan aku dan Ali,anak anaknya. Malah sentiasa ada masa jika kami memerlukannya. Tapi ayah? Aku tak tahu nak kata macam mana.
YOU ARE READING
Northwind High School II : Our Future
RandomKesinambungn dari Northwind High School : The Birth Of The New Group. Ikuti kisah Ali bersama kakak kembarnya serta kawan kawan mereka dalam mencapai dan merealisasikan impian mereka menjadi realiti. Tapi adakah manisndi dalam setiap perjalanan mer...